
Ibu Sasha Saidin Genap Usia 80 Tahun
Panjang umur ibu kesayangan Sasha Saidin iaitu Siti Aishah Abdullah. 3 Mac lalu, ratu hati kesayangan penyanyi kumpulan Elite ini genap meniti usia 80 tahun. Meskipun sudah meniti usia emas namun ibu Sasha bertuah kerana diberi rezeki kesihatan yang baik, masih mampu berjalan sendiri dan anggun orangnya.
Tidak hairanlah Sasha walau sudah berusia 49 tahun kelihatan awet muda. Ternyata dia mewarisi gen cantik daripada ibunda kesayangan, Siti Aishah.
Dalam temu bual Sasha Saidin bersama Nona sebelum ini mengenai amalan kecantikan, kakak pelakon Zain Saidin ini bersyukur dikurniakan genetik sihat dan cantik.
“Kami beruntung bila ada yang kata saya dan Zain nampak muda dari usia. Kalau tengok Arya dan Aaisyah (anak Zain dan Che Ta), gen mak keturunan Inggeris memang kuat.
Dari anak-anak sampai ke cucu warisi gen mak. Alhamdulillah, mak pun nampak muda dari usia, fizikal dan mental.
Bahkan masa saya remaja umur 13 ke 14 tahun dulu muka saya nampak lebih macam budak-budak lagi. Sebabkan wajah keanak-anakan, saya tak popular dalam kalangan budak lelaki yang ingat saya masih kanak-kanak. T
api sekarang ia kelebihan buat saya lebih-lebih lagi bila makin tambah usia.”Menerusi perkongsian di media sosial, Sasha memuat naik momen sambutan hari ulang tahun kelahiran ibunya yang kelihatan ceria dalam persalinan hijau dan tudung rona sedondon. Lebih istimewa, hari lahir Siti Aishah jatuh pada 13 Ramadan.
Sasha juga berterima kasih atas ingatan dan ucapan hari lahir peminat kepada ibunya.
Titip isteri Sirhan ini, “3rd of March was extra special this year. Thank you everyone for the birthday wishes and the du’as.”
Turut menyerikan majlis sambutan itu ialah anak lelaki tunggal Sasha Saidin iaitu Adam Arya. Tidak ketinggalan, Zain Saidin dan isteri tercinta yang juga pelakon Rozita Che Wan serta anak mereka, Aaisyah Dhia Rana.
Pada majlis itu, Rozita atau Che Ta turut diraikan sempena hari lahirnya yang ke-53 pada 9 Mac 2026.
“A very happy birthday to my beautiful Sister in Law (SIL) Rozita Che Wan celebrating next week too. Have a great one!”
Semoga ibu Sasha Saidin, Siti Aishah dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
This website uses cookies.