“Tolong! Kami terputus bekalan makanan, terputus elektrik, terputus hubungan jalan!” Itu rayuan seorang mangsa banjir di Desa Murni yang rumahnya sehingga kini masih ditenggelami air separas pinggang.
Meskipun pagi ini dilaporkan sebahagian kawasan banjir sudah surut, namun masih ada lagi sebahagian kawasan yang terjejas ditenggelami air. Lebih membimbangkan, terdapat beberapa kampung yang dikhabarkan belum menerima bantuan sewajarnya kerana terputus jalan.
Menurut laporan dari pusat penempatan banjir, keadaan di sana dikatakan amat menyedihkan kerana mangsa banjir hanya sempat menyelamatkan diri tanpa membawa sebarang keperluan asas.
Di antara bantuan yang amat diperlukan pada ketika ini adalah:
Ads
Makanan dan minuman
Ubat-ubatan
Baju dalam
Seluar dalam
Pad (tuala wanita)
Seluar dalam pakai buang
Baju
Seluar
Barangan mandian seperti sabun mandi, shampoo, berus gigi, ubat gigi
Tuala mandi
Selimut
Alas tempat tidur (Toto)
Dalam hebahan terbaru di Facebook Penang La Nii, pusat pemindahan amat memerlukan sumbangan orang ramai seperti air bersih, makanan, pakaian, barang-barang bayi, tilam dan bantal.
Salurkan sumbangan terus di pusat pemindahan banjir Dewan Orang Ramai Mengkuang Titi, Pusat Banjir Lubok Meriam, Sekolah Agama Masjid Mengkuang Semarak, Dewan Orang Ramai Kampung Kota, Dewan Pengkalan Tambang, Dewan Banjir Guar Perahu, Sekolah KAFA Kubang Semang, Sekolah Kebangsaan (SK) Penanti dan Surau Kampung Tok Subuh.
RM1 Juta Dari Selangor
Ads
Masih terkesan dengan musibah banjir yang melumpuhkan Pulau Pinang semalam, kehadiran Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang turun padang melihat sendiri keadaan getir di sana mencuri perhatian Nona.
Dalam waktu-waktu mencemaskan ini, keputusan beliau mengumumkan bantuan banjir sebanyak RM1 juta kepada Pulau Pinang serta menggerakkan pasukan sukarelawan bagi meringankan kerja-kerja pembersihan selepas banjir juga adalah cukup bijak.
Dalam lawatan ringkas itu, Mohamed Azmin yang ditemani Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut diberi taklimat mengenai perkembangan banjir di bilik kawalan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Ads
Dalam pada itu, kelibat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang iaitu Dato’ Maimunah Mohd Sharif yang berhempas-pulas bersama pegawai dan kakitangan MBPP tengah malam tadi membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir cukup mengharukan. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanggal 16 Jun menjadi saksi MK daripada kumpulan k-Clique selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin. Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri di Masjid Jamiul Huda, Ampang Selangor yang dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak.
MK atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27 telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid, Mahdi Mat Zain berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Syeikh Nordin Syeikh Ahmad.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh yang singkat. Syukur dah jadi suami.
“Doakan kebahagiaan kami bersama,” ujarnya sejurus selepas selamat bergelar suami.
Pada majlis akad nikah, pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 bersama seutas gelang tangan manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua belah pihak. Pasangan pengantin memilih persalinan rona putih sedondon untuk meraikan majlis akad nikah yang diadakan pada pagi jumaat yang tenang.
Selain itu, pihak pengantin lelaki turut menyerahkan enam dulang hantaran dibalas dengan jumlah yang sama dari pihak pengantin perempuan. Pasangan ini juga bakal diraikan dalam majlis resepsi di sebuah hotel di Klang, Selangor hujung minggu ini.
Berita mengenai MK bakal bergelar suami mula bertiup kencang apabila tular video dan foto dirinya menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini. Tetapi MK mengambil pendekatan tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya di laman sosial dan membuatkan para peminat tertanya-tanya siapakah kekasih MK.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah buat 28 orang penggiat seni yang terdiri dari pelbagai cabang di atas pengiktirafan memperoleh Anugerah Dekan sepanjang tempoh melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia.
Antara mereka yang menerima Anugerah Dekan tersebut termasuklah penyanyi Amir Masdi, Tomok dan Haziq. Turut menerima anugerah yang sama termasuklah Fattah Amin, Pekin Ibrahim serta beberapa pengurus artis dan wartawan hiburan.
Pada majlis tersebut, Dekan Fakulti Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan UUM, Dr Ahmad Hisham Zainal Abidin turut hadir menyampaikan anugerah kepada semua penerima.
Berkongsi perjalanan menyambung pengajian menerusi program jarak jauh, Fattah mengakui dia ada melalui fasa mencabar di mana ketika itu popularnya sedang memuncak.
Suami kepada Nur Fazura, Fattah Amin terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang tempoh kuliah namun kejayaan ini membakar semangatnya untuk melanjutkan pelajaran.
Untuk info, Fattah menyambung pengajian di perinkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang industri Kreatif di UUM sekitar penghujung tahun 2015.
Betapa pelajaran itu penting dalam kehidupan, biarpun sibuk dengan urusan harian ada antara penggiat seni tetap mengejar impian untuk menuntut ilmu.
Menerusi kapsyennya Fattah berkongsi gambar majlis penyampaian anugerah dekan di laman Instagram miliknya. Isteri tercinta, Nur Fazura memberikan ucapan tahniah buat suami tercinta sambil menyatakan rasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh bapa kepada Nur Fatima ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama pelakon remaja, Puteri Balqis yang pernah mengharumkan industri seni apabila memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014, tiba-tiba hangat selepas pengakuan beliau menjadi mangsa gangguan ayah kandungnya seawal usia 5 tahun.
Dakwaan tersebut kemudiannya mendapat liputan meluas malah turut menarik perhatian ahli politik dan beberapa pegawai tinggi kerajaan. Memetik laporan sumber, susulan kes tular ini, Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz telah dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Selasa (6 September).
Pemeriksaan ini dilakukan sehari selepas mereka hadir membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya. Puteri Balqis dan ibunya turut bermalam di wad hospital berkenaan bagi menjalani pemeriksaaan sebelum disahkan menghadapi gangguan dan tekanan selepas trauma atau (PTSD).
PTSD bukan masalah kesihatan biasa. Apa yang dialami dua beranak ini merupakan masalah kesihatan mental yang serius dan masyarakat mesti sedaya-upaya membantu mereka agar tidak berlarutan.
Masalah kesihatan mental perlu diberi perhatian serius
KENALI PTSD
Apakah PTSD? Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD) merujuk kepada keadaan mental dimana penghidap mengalami episod panik yang dirangsang oleh pengalaman yang lalu. Pengalaman melalui peristiwa traumatik boleh jadi sangat mengganggu bagi ramai orang.
Tetapi sebahagian orang menghidapi gangguan stres pasca trauma selepas mengalami peristiwa yang menyakitkan atau mengejutkan seperti kemalangan jalan raya atau peperangan. Mereka mungkin sentiasa berfikir tentang peristiwa traumatik tersebut dan ia boleh memberikan kesan kepada kehidupan.
PTSD kerap berlaku dan kebiasaannya berlaku kepada perempuan lebih dari lelaki. Ini adalah kerana kebanyakan perempuan lebih sensitif kepada perubahan berbanding lelaki menyebabkan mereka mengalami emosi yang lebih kuat.
TANDA-TANDA PTSD
Tanda-tanda dan simptom yang kerap bagi PTSD ialah:
Tidak boleh berhenti berfikir tentang peristiwa spesifik yang menyebabkan PTSD. Semasa mengalami PTSD, rasa trauma tersebut mungkin muncul berulang kali melalui imbas kembali (flashback), halusinasi dan mimpi ngeri.
Memencilkan diri daripada kehidupan sosial. Anda berharap untuk tidak menemui orang lain atau mengelakkan dari manusia, tempat, fikiran atau situasi yang boleh mengingatkan anda kepada trauma tersebut. Hasilnya ialah rasa terasing dari keluarga dan kawan-kawan serta hilang minat terhadap aktiviti yang disukai.
Lebih mudah marah atau melalui perubahan mood lebih kerap.
Mengalami masalah menunjukkan kasih sayang pada orang lain atau berasa resah dan mudah terkejut.
Mengalami masalah tidur dan fokus.
Simptom-simptom seperti tekanan darah dan degupan jantung tinggi, pernafasan laju, ketegangan otot, mual dan muntah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.