Rencah Rasa Sajian JEPUN Terbaik Di Kin No Uma, Seolah-Olah Berada Di Negara Matahari Terbit!

Keenakan sushi, sashimi, tempura dan teppanyaki sememangnya menjadi sebutan di kalangan penggemar makanan Jepun. Hidangan popular ini sering menjadi pilihan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan terutamanya apabila tiba hujung minggu.

Restoran Jepun Kin No Uma yang terletak di Hotel Palace Of The Golden Horses memperkenalkan pelbagai hidangan autentik Jepun sempena promosi Saturday Japanese Buffet.Hidangan istimewa yang disajikan oleh Sous Chef Mohd Rafidon ini boleh dijadikan pilihan untuk memenuhi selera hujung minggu anda bersama keluarga tersayang.

Melangkah masuk ke ruangan restoran, pengunjung disambut dengan suasana serta dekorasi asli Jepun yang memberikan rasa serta suasana bagaikan berada di restoran Jepun yang terletak di negara Matahari Terbit itu.

Bagi penggemar hidangan dari Jepun ini, terdapat lapan stesyen buffet disediakan di Kin No Uma antaranya termasuklah hidangan pembuka selera, tempura, nabe mono dan aneka udon, sashimi dan sushi, teppanyaki dan sebagainya. Bagi penggemar hidangan makanan laut yang segar, kaunter sashimi dan tepanyaki makanan laut adalah kaunter buffet yang wajib dijadikan pilihan kerana ia menawarkan pelbagai hidangan makanan laut antaranya termasuklah ketam, udang, ikan salmon yang segar dan mengundang selera!

Selain hidangan teppanyaki makanan laut, seleksi pilihan daging dan ayam juga boleh dijadikan pilihan. Selain itu, hidangan seperti Grilled Chicken Teriyaki, Grilled Lamb Cutlets with Cajun Spiced boleh dijadikan pilihan di kaunter teppanyaki.

Pada harga serendah RM88 bersih, penggemar hidangan Jepun boleh menikmati potongan harga yang istimewa apabila mendaftar sebagai ahli Mines Privileges

di mana banyak keistimewaan yang ditawarkan antaranya termasuklah diskaun 50 peratus untuk menikmati hidangan untuk dua orang, 33 peratus diskaun untuk tiga orang, 25 peratus untuk empat orang dan 20 peratus ketika anda menikmati hidangan bersama lima orang. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
IKLAN
Share