Resipi Ayam & Udang Siap Dimasak Dalam Masa 10 Minit! Sesuai Buat Wanita Sibuk

Siapa kata hendak masak perlukan masa yang lama? Resipi Ayam Goreng Berempah & Udang Goreng Bercili yang Nona kongsikan ini bukti wanita berkerjaya dan para suri rumah yang sibuk dengan urusan keluarga pun mampu disediakan.

Selamat mencuba!

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:

  • 300 gram ayam
  • 5 gram daun kari
  • 5 gram halba campur
  • 60 gram bawang merah (dikisar halus)
  • 50 gram bawang putih (dikisar halus)
  • 50 gram halia (dikisar halus)
  • 60 gram serbuk kari daging
  • 40 gram serbuk cili
  • 30 gram serbuk kunyit
  • 2 biji telur ayam
  • 60 gram tepung jagung
  • 70 gram yogurt asli
  • 30 gram serbuk pati ayam
  • 50 gram garam

Cara membuat:

Gaul semua bahan-bahan bersama ayam yang telah dicuci bersih. Kemudian, perapkan ayam yang telah bersalut semua ramuan tadi. Sesudah itu, panaskan minyak dan goreng ayam dengan api sederhana sehingga masak serta garing. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang. Enak dinikmati ketika masih panas bersama nasi putih.

UDANG GORENG BERCILI

Bahan-bahan:

  • 300 gram minyak masak
  • 180 gram bawang merah
  • 100 gram halia
  • 100 gram bawang putih
  • 80 gram udang kering
  • 100 gram cili kering
  • 100 gram cili merah
  • 70 gram buah keras
  • 80 gram air asam jawa
  • 300 gram udang harimau (digoreng)
  • 70 gram gula
  • 70 gram garam
  • 60 gram cili hijau
  • 60 gram tomato
  • Garam secukup rasa

Cara membuat:

Panaskan minyak kemudian masukkan bahan-bahan A (minyak masak, bawang merah, halia, bawang putih, udang kering, cili kering, cili merah dan buah keras). Tumis hingga garing dan tuang air asam jawa serta garam secukupnya. Apabila bahan-bahan tersebut sudah masak, masukkan udang harimau yang telah digoreng dan gaul rata. Akhir sekali, masukkan cili merah, cili hijau dan tomato. Kacau perlahan-lahan sehingga masak. Sedia untuk dihidang.

 

IKLAN
Share