Gaya Hidup

Rumah Tangga Bintang EIFEL I’M IN LOVE, SHANDY AULIA Dilanda Badai. Percutian Bersama Anak Tunggal Cipta Momen Indah Dua Beranak!

Nampaknya berita perceraian selebriti bukan sahaja berlaku di Malaysia dalam bulan Ramadan ini. Pasangan selebriti dari negara jiran, Indonesia, Shandy Aulia dan David Herbowo juga dikhabarkan sepakat mengakhiri rumah tangga mereka baru-baru ini.

Shandy Aulia merupakan pelakon filem Eifell I’m In Love 1 & 2 bersama Samuel Rizal.

Memetik portal Liputan.6.com, pasangan ini bersepakat untuk mengakhiri perkahwinan mereka dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak peguam untuk menyelesaikan kes perceraian mereka. Antara persetujuan yang telah dicapai secara bersama oleh pasangan ini termasuklah hak penjagaan anak secara bersama. Pasangan ini juga dikatakan tidak akan menghadiri sebarang perbicaraan mengenai kes perceraian mereka.

Shandy Aulia dan suaminya, David Herbowo berkahwin pada  12 Desember 2011. Hasil perkongsian hidup selama 12 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Claire Herbowo.

Meskipun bakal meleraikan ikatan perkahwinan dalam jangka masa terdekat ini, Shandy dan David menyimpan rapi permasalahan rumahtangga mereka kerana menganggap ia merupakan kisah peribadi yang tidak perlu dicanangkan.

Sekadar informasi, Shandy Aulia memfailkan kes perceraian mereka ke Pengadilan Negeri Jakarta Selatan pada 11 April 2023 yang lalu. Sidang cerai perdana mereka pula dijadualkan bakal berlangsung pada 3 Mei 2023.

Menjengah laman Instagram milik selebriti ini, dia kini berada di Rome bersama anak kesayangannya, Claire Herbowo. Melihat perkongsian di Instagram, ternyata Shandy dan Claire menikmati percutian bersama dan foto-foto mereka berdua nampak ceria dan menikmati momen sebagai ibu dan anak.

Sekitar tahun 2021, rumah tangga pasangan ini pernah dikhabarnya berhadapan dengan konflik tetapi perkara tersebut dinafikan oleh Shandy Aulia. Namun kali ini, keretakan rumah tangga mereka sudah tidak dapat diselamatkan lagi apabila kedua-duanya bersetuju untuk berpisah dengan cara baik.

Pada usia mencecah 35 tahun, Shandy Aulia sememangnya bertuah memiliki raut wajah keanak-anakan sekaligus membuatkan dirinya tampil awet muda.

 

 

 

 

 

IKLAN
Share