Gaya Hidup

Rupanya Ini Sebutan Sebenar Kereta Mewah Jenama BMW & Hyundai. Rupanya Ramai Salah Sebutan Jenama Kereta Ini!

Satu kaji selidik menunjukkan hampir semua pemandu di Britain gagal menyebut jenama BMW dengan betul, lapor portal berita MailOnline semalam.

Firma broker sewa kenderaan, Select Car Leasing mendedahkan bahawa berdasarkan tinjauan terhadap 1,000 responden, sebanyak 95 peratus tidak mengetahui  sebutan yang betul untuk jenama BMW.

Syarikat pengeluar kereta tersebut, Bayerische Motoren Werke menyatakan bahawa cara betul menyebut jenama itu ialah ‘Bee-em-vee’.

Foto: Instagram Mawar Rashid

Selain BMW, pemandu Britain juga mengalami kesukaran untuk menyebut dengan betul jenama kereta Hyundai yang mereka sebut sebagai ‘Hiyun-dai’ dan bukan ‘Hun-day’. Hanya enam peratus pemandu kenderaan dalam tinjauan itu berjaya menyebut nama Hyundai dengan betul.

Jenama permotoran yang paling mudah disebut penduduk Britain ialah Renault dengan 44 peratus daripada mereka menyebutnya sebagai ‘Reh-noh’. Dalam pada itu, kereta  Skoda sepatutnya  disebut sebagai ‘Schkoda’ tetapi 89 peratus orang tidak dapat menyebutnya dengan betul.

Jenama kereta yang paling sukar disebut ialah Volkswagen dengan hanya sembilan peratus penduduk Britan berjaya menyebutnya dengan betul. – Agensi

IKLAN
Share