Gaya Hidup

Saidatul’ihsan Putri Nama Anak Kedua Che Puan Juliana, Majlis Akikah & Cukur Jambul Meriah!

Cecah usia tiga bulan, Che Puan Juliana Evans akhirnya berkongsi wajah dan nama puteri kedua iaitu Saidatul’ihsan Putri kepada umum.

Dalam hantaran yang dibuat baru-baru ini, bekas pengacara program popular REMAJA berkenaan memuat naik gambar di sekitar majlis akikah dan cukur jambul anakanda tersayang.

Difahamkan majlis penuh adat itu berlangsung pada 10 September lepas. Che Puan Juliana tampil anggun dalam persalinan kurung bermanik warna merah jambu lengkap berselendang rona senada. Begitu juga suami tercinta yang segak dalam busana Baju Melayu.

Kongsinya, “Akikah, cukur jambul anakanda Saidatul’ihsan Putri.”

Sedap nama bayi perempuan Che Puan Juliana dan Tengku Sharifuddin Shah.

Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans selamat melahirkan puteri kedua pada 17 Jun lepas.

Meskipun tanggungjawab sebagai ibu semakin bertambah sejak kehadiran cahaya mata kedua ini namun Che Puan Juliana bahagia dan teruja menggalas tugas berkenaan.

Apatah lagi, dapat melihat anak yang dikandung sembilan bulan membesar sihat di depan mata.

Pada 5 Julai lepas, Che Puan Juliana menyambut ulang tahun kelahiran ke-34. Dia turut berkongsi memori bersama suami tercinta Tengku Sharifuddin Shah yang meraikan hari lahirnya.

Che Puan Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj pada tanggal 30 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan puteri sulung iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/suami-dikurnia-gelaran-ydm-tengku-orang-kaya-menteri-diraja-pelakon-cantik-syamim-farid-kini-bergelar-to-puan/

IKLAN
Share