Tahniah buat Datuk Sheila Majid yang selamat menyambut menantu sulung baru-baru ini! Anak lelaki kepada penyanyi tersohor itu, Megat Abdul Majid Aziz Roslan sah bergelar suami kepada Nik Nuralia Dato’ Nik Fauzi dengan hanya sekali lafaz pada 13 Februari lalu.
Majlis pernikahan yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre pada pagi Ahad tersebut diadakan secara tutup dalam suasana norma baharu namun tetap meriah.
Menerusi perkongsian di Instagram, Datuk Sheila berkongsi momen kemeriahan majlis anak tersayang dengan memuat naik foto dan video ijab kabul pasangan mempelai. Dewan resepsi Megat dan Nuralia dihias indah dengan garapan rona putih.
Pada majlis itu, pengantin lelaki menghadiahkan sembilan dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan.
Terdahulu, Megat dan Nuralia melangsungkan pertunangan pada 21 Disember 2020 dan mengambil masa setahun lebih untuk disatukan memandangkan situasi pandemik Covid-19.
Difahamkan juga majlis pernikahan mereka terpaksa ditangguhkan beberapa kali. Salah satu sebabnya ialah kerana pasangan berkenaan diduga positif Covid-19 baru-baru ini.
Ads
Dalam pada itu, Datuk Sheila melahirkan rasa teruja dan gembira menerima menantu sulung dan mengharapkan agar pasangan ini melayari alam rumah tangga dengan sebaiknya. “Saya berdoa agar Megat dan Nik Nuralia sentiasa dirahmati dan dibimbing Allah SWT. Semoga ikatan ini diberkati dan berjaya di dunia dan akhirat.”
Ads
Megat Abdul Majid merupakan anak kedua Datuk Sheila Majid daripada perkahwinan pertamanya dengan penerbit dan produser, Roslan Aziz.
Perkahwinan kedua Datuk Sheila bersama pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim atau lebih dikenali dengan panggilan Acis dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen dan Khalefa Laila.
Sumber : Astro Awani
Kredit foto: Instagram Datuk Sheila Majid
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.
Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru Masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Nak kuruskan badan, nak kumpul duit, nak berkahwin dan macam-macam lagi.
Tapi apa kata kali ini, azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru Hijrah.
Jika kita tak pernah berazam selama ini pada tahun baru Hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang. Azam yang dimaksudkan sebaiknya menjurus ke arah pengisian rohani dan keagamaan.
Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut.
Jadikan kehidupan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya.
Percayalah lebih rapat kita dengan Allah SWT, akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
Bersempena ketibaan Maal Hijrah 1438H, bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah:
“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.”
Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun.”
Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam:
“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.”
Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
Jelas Ibni Abbas, siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu. Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu. Norzalina Mohd Alias
Hujung minggu lalu, Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra dan isteri, Yang Bahagia Che Puan Sofie Louise Johansson berkenan berangkat ke Jajahan Tumpat, Kelantan.
Anggun dan segak mengenakan persalinan sedondon rona krim, keberangkatan tiba baginda dimulai di Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Tumpat dan disambut Ketua Jajahan dan isteri, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II dan isteri, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan NGO Kelantan, Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Kelantan dan isteri, Pengelola Istana D’Raja Kelantan dan isteri, pegawai-pegawai serta kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.
Sebelum membuat lawatan seterusnya, baginda tuanku dan isteri turut diberi taklimat ringkas berkaitan perkembangan dan situasi semasa di Jajahan Tumpat oleh Ketua Jajahan, Timbalan Ketua Polis Tumpat dan Timbalan Pengarah Hospital Tumpat. Dalam pada itu, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra juga diraikan dengan Santapan Tengahari.
Usai bersantap, baginda tuanku berkenan berangkat ke kediaman Syazwan Najmi iaitu salah seorang rakyat Kelantan berusia 23 tahun yang menetap di Kampung Pak Keral, Tumpat. Kehidupan pemuda ini telah menarik perhatian baginda selepas kisah kematian isteri tercinta, Siti Nur Nasuha Safie kira-kira lima bulan lalu kerana mengalami komplikasi jangkitan kuman ketika melahirkan anak perempuan kembar pada 31 Mac lepas.
Difahamkan Syazwan menamakan bayi kembar mereka Medina Safiya dan Medina Sofiya sempena menunaikan hasrat arwah isterinya yang mahukan nama tersebut.
Namun, paling menarik perhatian rakyat adalah penampilan Che Puan Sofie yang sopan berbaju tradisi sambil duduk bersimpuh di atas lantai. Meskipun baru mendalami budaya masyarakat Melayu tetapi Che Puan Sofie yang dilahirkan di Sweden kelihatan tidak kekok berbuat demikian dan manis berselendang.
Berpeluang mendukung kedua-dua bayi comel ini, Dr Tengku Muhammad Fa-iz dan Che Puan Sofie turut menzahirkan kesedihan atas pemergian Siti Nur Nasuha di samping menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan agar roh isteri Syazwan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beramal soleh. Sebelum berangkat pulang, baginda berdua berkenan meneruskan lawatan ke kilang memproses serunding di Tumpat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semalam heboh diperkatakan aplikasi kiriman mesej popular WhatsApp tidak beroperasi sepenuhnya. Memang benar, semalam terdapat sedikit gangguan kepada perkhidmatan gergasi media sosial iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp.
Dilaporkan aplikasi tersebut sedang menghadapi masalah dan pengguna tidak berupaya untuk menerima suapan baharu. Berdasarkan laporan DownDetector menyatakan masalah itu dikesan berlaku pada jam 11.30 malam (waktu Malaysia) untuk ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan.
Itu baru beberapa jam aplikasi tersebut tak dapat diakses. Walau bagaimanapun, aplikasi kiriman mesej popular WhatsApp telah mengumumkan akan berhenti berfungsi untuk 52 buah telefon pintar bermula 1 November ini.
Mungkin berjuta-juta pengguna tidak dapat menggunakan aplikasi sosial tersebut melainkan mereka menaik taraf peranti mereka atau mengemaskini sistem operasi telefon pintar masing-masing.
Menurut WhatsApp, langkah itu adalah bagi melindungi pengguna dan memastikan aplikasi berkenaan selamat.
Bagi peranti yang menggunakan sistem operasi Android, WhatsApp berkata, ia hanya akan menyokong Android 4.1 dan ke atas.
Bagi telefon pintar yang menggunakan sistem operasi iOS pula, WhatsApp hanya menyokong kemas kini iOS 10 dan ke atas.
Telefon pintar yang termasuk dalam senarai adalah:
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.