Gaya Hidup

Santuni Anak Syurga, Tindakan ANNA JOBLING Tunaikan Impian ‘Peminat Kecil’ Raih Perhatian

Sejak terkenal dengan drama Melur Untuk Firdaus, nama Anna Jobling semakin meningkat naik. Bukan saja di Malaysia, namun aura serta kejelitaan Anna mendapat tempat di kalangan rakyat Indonesia dan Singapura.

Malah, peminat Anna Jobling turut terdiri dari pelbagai lapisan umur. Dari orang dewasa sehinggalah ke kanak-kanak, ternyata Anna Jobling adalah antara bintang yang makin menyinar dengan sikapnya yang sentiasa merendah diri dan pandai menjaga diri.

Dan baru-baru ini, media melaporkan pelakon, model serta bekas peserta Dewi Remaja ini mendapat perhatian ramai apabila dia meluangkan masa bertemu dengan seorang anak syurga, yang juga peminat Anna.

Menerusi hantaran Istagram @annaluvstory berkongsi gambar dan video Anna Jobling yang hadir menyantuni adik Sofia Humaira. Menerusi sumber, adik Sofia ada menyatakan hasrat untuk bertemu Anna semasa dia berada di ICU Hospital Besar Kuala Lumpur, namun hasratnya itu tidak kesampaian.

Lantas, Anna mengambil keputusan untuk menjumpa sendiri dengan adik Sofia sambil ditemani ibu bapanya. Menerusi gambar-gambar yang dikongsi, terserlah riak kegembiraan di wajahnya apabila hajat dapat bertemu dengan pelakon kegemarannya tercapai.

Rata-rata peminat yang melihat gambar dan video tersebut mendoakan kesihatan buat adik Sofia dan pada masa yang sama mengagumi tindakan pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman ini.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share