Warna biru firus sering dikaitkan dengan aura menyegarkan, menenangkan, sofistikated dan kreatif.
Baru-baru ini, Kate Middleton menghadiri acara Trooping the Color 2025 bersama Putera William dan tiga anak mereka iaitu Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis. Penampilannya tentu sekali lagi mencuri perhatian.
Pada 2024, Kate Middleton tampil dengan gaun putih rekaan Jenny Packham dengan perincian lengan panjang serta riben biru besar dan putih pada kolar.
Pada 2025, Kate kembali tampil dengan busana yang dipakainya. Kate dan Puteri Charlotte mengenakan gaun biru firus.
Palet warna Kate merujuk kepada salah satu busana Puteri Diana, dan dicipta oleh pereka yang sama, Catherine Walker.
BACA JUGA: Usai Kembali Sihat KATE MIDDLETON Tampil Menawan Ketika Hadiri Garden Party Di Istana Buckingham
Kate turut memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II dengan memakai sepasang anting-anting mutiara ikonik.
Kate memakai coat dress berwarna biru firus seperti yang pernah dipakai oleh ibu mertuanya, Puteri Diana pada 12 Februari 1992 ketika lawatannya ke New Delhi, India.
Puteri Wales ini turut melengkapkan busananya dengan topi rekaan Juliette Botterill Millinery, dan sepasang anting-anting mutiara Ratu Elizabeth.
Gaun biru firus mempunyai aksen putih digabungkan dengan kasut tumit stiletto coklat.
Manakala anak perempuannya, Puteri Charlotte melengkapkan penampilannya dengan gaun biru pucat yang dipadankan dengan flatshoes sementara rambutnya diikat tocang ke belakang menyerlahkan lagi kecomelannya.
This website uses cookies.