KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Sovereign’s Parade Pentauliahan paduka anakanda YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah di Royal Military Academy Sandhurst (RMAS), London, United Kingdom, semalam.
Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan YAM paduka anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda berdua.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Sovereign’s Parade Pentauliahan paduka anakanda YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah di Royal Military Academy Sandhurst (RMAS), London, United Kingdom, semalam.
Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan YAM paduka anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda berdua.
Hadir sama, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Tuan Yang Terutama Dato’ Zakri Jaafar dan isteri Datin Nor Aini Abdul Rahman serta Datuk Pengelola BIjaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari Mohd. Ariffin dan Penasihat Pertahanan Malaysia di United Kingdom Brigadier General Dato’ Pahlawan Safwan Ismail.
Ads
Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke istiadat tersebut disambut Ketua Staf Pertahanan United Kingdom, Jeneral Sir Patrick Sanders.
Pada istiadat tersebut, Seri Paduka Baginda turut diberi penghormatan menerima Tabik Hormat Diraja diiringi lagu Negaraku.Seri Paduka Baginda juga berkenan beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan bersama Ketua Staf Pertahanan United Kingdom Jeneral Sir Patrick Sanders dan Panglima Tentera Darat India Jeneral Manoj Pande.
YAM Tengku Ahmad telah melengkapkan latihan ketenteraan di RMAS selama setahun bermula 11 Ogos 2022. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut telah menjalani latihan ketenteraan di RMAS dari tahun 1978 hingga 1979 dan ditauliahkan oleh mendiang Ratu Elizabeth II pada tahun 1980.
Ads
Manakala, Pemangku Raja Pahang juga telah menjalani latihan ketenteraan di akademi itu dan ditauliahkan pada bulan Disember 2019 selepas melengkapkan latihan selama 44 minggu.
RMAS adalah sebuah instituti latihan ketenteraan tersohor dunia yang amat terkenal dalam pembangunan kepimpinan dan latihan asas ketenteraan dan pegawai tentera darat.
Di ruangan kepsyen hantaran di instagram Istana Negara, ramai warga maya yang turut memuji ketampanan anakanda Agong dan permaisuri di samping mengucapkan ucapan tahniah kepada Tengku Ahmad Ismail.
Ads
Sumber & Foto: Instagram @istana_negara
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atau mesra dikenali sebagai Pak Lah pastinya satu kehilangan besar buat negara. Disifatkan negarawan terbilang dan disegani di mata dunia, kembalinya Pak Lah ke rahmatullah baru-baru ini nyata memberi kesan mendalam terhadap keluarga allahyarham terutamanya anak sulung iaitu Tan Sri Kamaluddin Abdullah.
Satu-satunya anak lelaki kepada Allahyarham Tun Abdullah dan Allahyarhamah Tun Endon Mahmood, Tan Sri Kamaluddin atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Kamal merupakan tokoh korporat.
Berusia 55 tahun, beliau merupakan Presiden dan Ketua Eksekutif ENRA Group Berhad iaitu sebuah firma perkhidmatan minyak dan gas. Tidak dinafikan Tan Sri Kamal mewarisi wajah bapanya, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Selain Tan Sri Kamal, Allahyarham Tun Abdullah dan Allahyarhamah Tun Endon turut dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nori Abdullah. Nori ialah isteri kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga ibu tiga anak.
Tan Sri Kamal meskipun bergelar ahli konglomerat dan berstatus VIP namun dia sebenarnya seorang figura yang santai dan gemar berkongsi aktiviti di media sosial miliknya.
Mengamati perkongsian Tan Sri Kamal, rupa-rupanya bapa kepada empat cahaya mata ini berbakat dalam bidang masakan dan penggemar makanan!
Tan Sri Kamaluddin Bapa 4 Anak
Tan Sri Kamaluddin sebelum ini pernah berkahwin dengan Datuk Azrene Abdullah. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang anak terdiri daripada dua orang anak lelaki dan dua anak perempuan iaitu Amira, Alya, Ahmad dan Arif.
Salah seorang anaknya, Amira atau lebih dikenali sebagai Mizz berusia 24 tahun merupakan penyanyi dan bergiat aktif dalam seni lakonan. Dia juga pengasas Move For Hope.
Tan Sri Kamal yang juga graduan lulusan University of Cambridge, United Kingdom bertemu jodoh dengan Fareshah Abdullah pada April 2021.
Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 15 April lalu. Allahyarham meninggalkan seorang isteri iaitu Tun Jeanne Abdullah dan dua anak iaitu Tan Sri Kamaluddin Abdullah dan Nori Abdullah.
Tun Abdullah atau mesra dikenali sebagai Pak Lah meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam, 14 April 2025.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan disahkan menghidap kanser limfoma dan bakal memulakan rawatan dalam masa terdekat.
Menerusi perkongsian beliau di laman Instagram, kanser limfoma yang dihidapi mungkin masih berada pada peringkat awal memandangkan beliau masih sihat dan tidak mengalami sebarang simptom.
“Pada pukul 3 petang tadi, saya menerima diagnosis daripada doktor yang mengesahkan saya menghidap kanser limfoma.
“Saya bakal melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser tersebut telah merebak ke organ-organ lain,” katanya.
Chef Wan, 65 tahun menambah kanser tersebut mempunyai peluang sembuh sebanyak 70 hingga 80 peratus sekiranya dikesan awal.
“Doktor juga akan memulakan kemoterapi yang mungkin mengambil masa selama 13 minggu.
“Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M. Daud Kilau dan sebagainya pada masa akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, Chef Wan berkata, beliau telah menerima takdirnya dengan hati yang terbuka dan akan terus kuat demi keluarga tercinta.
“Anak dan menantu saya terus menangis selepas mendapat tahu saya menghidap kanser. Tetapi, beginilah hidup. Kita perlu jalani setiap cabaran satu demi satu dengan hati yang terbuka.
“Kepada semua, jangan risau. Terima kasih atas doa kata-kata semangat,” katanya dalam hantaran sama.
Pada 11 Januari lalu, bonda tersayang Chef Wan, Noraini Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun di Hospital Gleneagles selepas 10 hari dirawat akibat penyakit kanser dan Alzheimer.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mahu bergelar graduan serta meraih pencapaian tertinggi dalam akademik. Bukan ibu bapa saja yang turut merasa bangga bahkan ia menjadi laluan kepada kejayaan pada masa depan yang lebih baik.
Tidak kurang juga ada yang tidak berpeluang untuk menggenggam segulung Ijazah, Sarjana mahupun PhD namun mampu mencipta kejayaan dengan cara yang berbeza berdasarkan potensi diri. Contohnya pakar dalam bidang perniagaan hingga ada yang bergelar jutawan. Hebat!
Apa yang penting jangan berhenti menggali ilmu untuk berjaya dalam kehidupan. Kejayaan itu bukan hanya buat diri sendiri bahkan untuk membantu golongan yang memerlukan. Jadikan perjalanan hidup kita sebagai motivasi dan pembakar semagat buat orang lain. Jangan pernah berputus asa dengan nasib diri.
Bagaimana cara untuk berjaya walau tidak berkelulusan tinggi?
CARI POTENSI DIRI
Setiap orang pasti ada potensi diri masing-masing. Orang yang berjaya sedar potensi diri dan berani mencarinya. Bakat atau kemahiran antara potensi diri yang boleh menjadikan anda seorang yang hebat. Pengetahuan yang minimum bukan alasan untuk tidak mendapat pengetahuan.
CARI PENGALAMAN SEBANYAK MUNGKIN
Berusaha untuk memanfaatkan seluruh waktu yang ada untuk mendapatkan pengalaman kerja sebanyak mungkin. Ia dilakukan supaya dapat menambahkan portfolio yang baik dan cemerlang. Usah terlalu memilih kerja kerana pengalaman kerja yang banyak akan mengembangkan lagi kerjaya anda.
KERJA KERAS DAN PANTANG MENYERAH
Untuk berjaya perlu gigih dan pantang menyerah kalah walau di saat kejatuhan. Mereka yang berjaya lahir daripada hasil kerja keras. Faktor kejayaan sebenar adalah bergantung kepada prestasi anda serta semangat untuk bekerja.
BIJAK CARI PELUANG
Banyak peluang sekarang ini yang tidak mengharuskan seseorang memiliki kelulusan yang tinggi. Contohnya menjadi blogger, pereka, online business dan sebagainya yang berpotensi untuk berjaya. Pendidikan yang tinggi kadangkala tidak menjamin seseorang menjadi kreatif dalam perniagaan.
BERSAING
Kehidupan yang kian mencabar hari ini menjadikan orang-orang berjaya ini perlu bersaing contohnya mencipta inovasi baru, kreatif serta menjadi yang terunggul untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.