Orang Korea memang sangat menjaga kecantikan dan kesihatan mereka. Jadi, memiliki kulit yang cantik, flawless, glowing dan awet muda seperti orang Korea sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Iyalah, walaupun tidak mengenakan solekan yang tebal, wajah mereka tetap kelihatan berseri dan ada diantara mereka yang kelihatan lebih muda daripada usia sebenar!
1. GAYA HIDUP
Selain faktor cuaca dan keturunan keluarga menjadi kelebihan wanita Korea memiliki kulit wajah sempurna, gaya hidup sihat juga menjadi rahsia terbesar mereka untuk memiliki kulit cantik dan bersih tanpa sebarang cela. Penggunaan krim pelindung cahaya matahari amat penting dalam kehidupan seharian mereka dan akan sapu krim tersebut setiap 2-3 jam. Seterusnya, mungkin sukar untuk dilakukan oleh kebanyakan orang, tapi anda perlu elak daripada rokok, minuman keras dan kafein. Selain itu, pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya!
2. MAKANAN
Ads
Amalkan pengambilan makanan yang boleh membantu melambatkan proses penuaan seperti ginseng, ikan bilis, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ginseng akan membantuk mengembalikan tenaga. Manakala, sayuran dan buah-buahan juga kaya dengan vitamin C & E selain bertindak sebagai anti oksidan. Jadikan juga sayuran dan buah-buahan sebagai snack ketika lapar! Selain itu,
3. PEMBEDAHAN PLASTIK
Tidak dapat disangkal lagi warga korea memang sangat terkenal dengan proses pembedahan plastik untuk kelihatan cantik sehingga ada yang sanggup berhabis duit. Surgical procedures yang menjadi kegemaran warga Korea ialah face lifting. Kaedah tersebut membantu menghilangkan kesan kedut dan meningkatkan keanjalan kulit wajah. Namun, anda perlu berhati-hati dengan negative side effects. Walau bagaimanapun masih ramai lagi wanita korea memang mengamalkan kecantikan dari dalaman, pemakanan dan aktiviti sukan.
Ads
4. URUTAN WAJAH
Dengan hanya urutan lembut dan ringkas pada wajah dapan membantu melancarkan perjalanan darah lantas kulit akan menjadi lebih segar dan kurang garis halus. Fokus kepada urutan V-line, jaw line dan laugh line.
Ads
5. AIR PUTIH
Cara wanita Korea untuk memastikan kulit wajah mereka sentiasa terhidrasi dengan baik adalah dengan minum banyak air putih. Perawatan wajah yang sempurna dan mahal tidak akan berguna jika membiarkan kulit kering dan cairan yang diperlukan oleh tubuh tidak mencukupi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berseri-seri Zara Zya sekarang! Pernah menemani usahawan kosmetik Dato’ Alha Alfa ke majlis berprestij hingga nama Zara Zya sering dikaitkan dengan selebriti dan ahli perniagaan lelaki terkenal itu dek kerana statusnya yang masih bujang.
Cukup disiplin sebagai pelakon dan menjiwai watak yang diberikan sebaik mungkin, tidak hairanlah nama Zara Zya makin melonjak nai Malah, figura ini bukan saja dikagumi kerana bakat, tetapi kecantikan Zara turut menjadi bualan peminat.
Zara Zya Bukan Hanya Berbakat, Kecantikkan Jadi Siulan Peminat!
Walau kerap mengenakan solekan tebal setiap kali menjalani penggambaran namun aktres berbakat besar ini cukup prihatin menjaga kesihatan kulit.
Bersandarkan status selebriti, Zara perlu sentiasa tampil kemas dan menarik di hadapan khalayak. Lebih-lebih lagi sejak berhijab, penampilannya menarik tumpuan ramai.
Ditemui dalam sesi fotografi bersama Nona tidak lama dulu, Zara tanpa berselindung mendedahkan rejim kecantikan diri.
Apa yang mengejutkan adalah petua cantik anak seni ini rupa-rupanya ringkas, selamat dan murah.
Maklumlah, bila sebut sahaja artis mesti ramai yang beranggapan golongan ini hanya menggunakan produk berjenama dan mahal.
Bercerita tentang produk penjagaan wajah yang mahal, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin mengakui pernah menggunakan set penjagaan wajah bernilai ribuan ringgit namun kesannya tidak seperti yang diharapkan.
Pernah Berhabis Ribuan Ringgit, Demi Kecantikkan!
“Ya, saya pernah habis sampai lebih seribu ringgit beli set produk jenama antarabangsa tapi sayangnya tak berkesan dengan keadaan kulit saya. Sudahnya, terpaksa berhenti guna set ini.
Mujur mama saya rajin kongsi petua tradisi. Jadi saya amalkan apa yang mama ajar. Tak perlu susah-susah pun sebab guna barang seperti buah-buahan dan beras saja. Salah satu petua mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli.
Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask.
Petua ini bagus untuk jeragat sebab mama memang ada masalah jeragat yang banyak. Macam-macam rawatan mama buat termasuk laser tapi tetap tak hilang. Alhamdulillah lepas dia amalkan petua buah tomato dan yogurt ini, jeragat mama berkurangan.
Satu lagi tip cantik yang selalu saya buat ialah menggunakan beras pulut. Caranya, beras pulut disangai dan dikisar sampai halus. Boleh digunakan sebagai skrub badan. Memang inilah yang saya buat dari dulu lagi.
Hendak lagi berkesan, beras pulut tadi dicampur dengan madu atau minyak zaitun,” ujar pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 ini.
Selain sibuk dengan urusan seni dan bisnes, Zara juga antara selebriti yang aktif menyertai misi kebajikan dalam meringankan beban masyarakat kurang bernasib baik.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Sedar tak sedar dah bergelar anak dara puteri-puteri Arni Nazira ni. Macam kembar pun ada. Semakin cantik dan ayu persis ibu mereka ketika muda. Terpesona dan tak jemu mata memandang!
Puteri Aleeya Antasha, anak sulung Arni yang kini berusia 21 tahun. (Kredit Foto: Instagram @aleeyantasha)Puteri Aleefa Antasha yang berusia 19 tahun. (Kredit Foto: Instagram @aleefaantashaa)
Menurut perkongsian ekslusif Arni Nazira bersama Nona, Puteri Aleeya Antasha, 21, dan Puteri Aleefa Antasha, 19, masing-masing kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah kolej yang sama sekitar Kuala Lumpur dalam bidang event management. Disebabkan minat serta hubungan dua beradik ini sangat rapat, kedua-duanya memilih bidang pengajian yang sama.
Kredit Foto: Instagram @aleeyantashaKredit Foto: Instagram @aleefaantashaa
Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha merupakan zuriat hasil perkahwinan Arni yang pertama bersama penyanyi rock tanahair, Awie namun mereka bercerai pada tahun 2006.
Wajah terkini Arni Nazira yang masih cantik dalam usia 42 tahun.
Arni kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar yang merupakan seorang usahawan. Mereka dikurniakan 3 anak iaitu Wan Muhammad Mua’dz, 11, Wan Ayesha Maserra, 9, dan Wan Muhammad Mushrief, 6.
Bahagia bersama suami dan 3 anak. (Kredit Foto: Instagram @arninazira)
Sebagai ibu, Arni tetap melayani anak-anak sama rata dan sentiasa berusaha menjadi ibu yang terbaik. Arni turut mendedahkan, kedua-dua Puterinya itu memiliki karakter yang berbeza. Namun begitu, perbezaan itulah yang membuatkan mereka lebih rapat dan saling melengkapi.
“Memandangkan Puteri Aleeya anak yang sulung maka kami menggelarnya Kakak. Dia seorang yang lembut, kakak yang penyayang dan sangat menjaga adik-adiknya. Memang terserlah karakter ‘anak sulung’ dalam dirinya.
Kredit Foto: Instagram @aleeyantashaKredit Foto: Instagram @aleeyantashaKredit Foto: Instagram @aleeyantasha
Puteri Aleeya juga rajin mengambil tahu tentang adik adiknya yang lain. Disebabkan itulah dirinya menjadi lebih matang, bertanggungjawab dan berdikari. Memandangkan Puteri Aleeya tinggal di asrama maka kami jarang berjumpa. Hanya pada hujung minggu jika ada masa terluang kami akan bertemu.
Kredit Foto: Instagram @aleeyantasha
Manakala Puteri Aleefa pula karakternya sedikit ‘kasar’ berbanding kakaknya. Namun begitu, dia juga seorang yang sangat penyayang dengan adik-adiknya. Saya bersyukur kerana Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa mudah mendengar kata dan berfikiran matang.”
Kredit Foto: Instagram @aleefaantashaaKredit Foto: Instagram @aleefaantashaaKredit Foto: Instagram @aleefaantashaa
Selain mewarisi raut wajah ibu, Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa juga bertuah kerana memiliki kulit yang putih bersih serta mulus. Agaknya apa petua kecantikan yang Arni perturunkan kepada puteri-puterinya itu?
“Tiada sebarang petua yang khusus cuma pesanan saya pada mereka ialah sentiasa menjaga kulit, lebih-lebih lagi di usia remaja sekarang. Kulit akan mudah bermasalah kalau tak jaga dengan betul,” kongsi Arni yang masih kekal jelita dalam usia 42 tahun.
Pasangan bahagia dan romantik! (Kredit Foto: Instagram @arninazira)
Harapan Arni buat Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa agar mereka sentiasa menjaga diri dan yang paling penting menjaga solat.
“Kalau bertemu atau sekadar berbual dalam telefon itulah pesanan utama saya buat mereka setiap hari. Kami akan video call atau bermesej di WhatsApp. Saya mendoakan mereka menjadi anak-anak yang solehah, berakhlak mulia, kental jiwanya dan tidak mudah tersasar dari landasan hidup yang sebenar, Insya-Allah. Saya mahu yang terbaik buat anak-anak, bukan saja Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa bahkan anak-anak yang lain juga.”
Kredit Foto: Instagram @arninazira
Arni atau nama sebenarnya, Arni Nazira Anuar kini bahagia bersama kehidupannya sebagai suri rumahtangga sepenuh masa. Menurutnya, dia sangat bahagia dan selesa dengan rutin hariannya sebagai isteri dan ibu.
Kredit Foto: Instagram @arninaziraKredit Foto: Instagram @arninazira
Sekitar tahun 90an, Arni popular dengan lagu berjudul ‘Cinta Antara Benua’ serta memiliki raut wajah yang lembut dan ayu. Kini hampir 12 tahun Arni menyepikan diri dari bidang seni setelah mendirikan rumahtangga buat kali ke-2 pada tahun 2009.
Anak jati Terengganu ini mula digilap bakatnya menerusi pertandingan nyanyian Asia Bagus 1996. Antara filem lakonan Arni ialah Nafas Cinta (1998) dan Bara (1999).
Kredit Foto: Instagram @arninazira @aleeyantasha @aleefaantashaa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Namanya seringkali mengharumkan Malaysia. Amy Nur Tinie Abdul Aziz, atau Tinie bukan saja dilantik sebagai United Nations IIMSAM Youth-Goodwill Ambassador malah beliau juga adalah seorang ratu cantik, ahli perniagaan, pengacara, pelakon dan model terkenal.
Pernah menghiasi Fesyen Editorial Majalah Nona pada tahun 2016, langkah Tinie yang kini berusia 25 tahun semakin ligat dalam dunia seni.
Kecantikan gadis Ipoh, Perak itu juga begitu luar biasa, sehingga beliau selalu dimahkotakan sebagai juara pertandingan ratu cantik.
Namun satu perkara paling istimewa tentang Tinie adalah sifat merendah diri. Bayangkan meskipun jarang berutus khabar, namun hubungan kami kekal mesra sampai sekarang.
Lumrah anak bongsu walaupun ditatang bagai minyak yang penuh, namun ibu bapanya tetap mendidik dengan nilai ketimuran yang tinggi.
Miss Eco International 2019/2020
Sewaktu Tinie mewakili Malaysia di Mesir pada April lepas
Tinie sering menjadi peserta yang menyenangkan. Mesir, April 2021
Mengimbau semula kenangan zaman remaja dan kanak-kanak, Tinie tergelak kecil apabila diajukan soalan tentang gelaran dirinya sewaktu kecil.
“Masa kecil dulu, Tinie selalu dipanggil ‘Anak Gajah’. Mungkin pasal saiz rangka badan yang besar dan lebih tinggi berbanding rakan-rakan yang lain.
Bila masuk alam persekolahan, kawan-kawan sekolah panggil ‘Dora The Explorer’ pula sebab bentuk muka Tinie yang lebar dan berbentuk segi empat tepat.
Tinie (di tengah) bersaiz lebih besar daripada rakan sebaya
Keletah Tinie yang sudah pandai bergaya sejak kecil
Ada juga di antara mereka yang negatif bila dapat tahu tentang penglibatan Tinie dalam dunia ratu cantik dan modelling. Mereka merendah-rendahkan kebolehan Tinie. Katanya, mesti Tinie tak boleh pergi jauh dalam bidang ni.
Kata-kata negatif tu dikumpul dan dijadikan pembakar semangat. Tinie mahu buktikan bahawa benda tu salah sama sekali.” Amy Nur Tinie
BUKAN GADIS POPULAR
Seperti kisah filem terkenal, Tinie juga sebenarnya bukanlah sebahagian gadis-gadis popular di bangku sekolah.
“Zaman dulu tak ada istilah Instafamous atau social influencer. Jadi selalunya akan ada kumpulan dari gadis-gadis yang merasakan mereka mempunyai kelebihan, lebih bijak atau lebih cantik daripada orang lain.
Tinie pula seorang yang suka buat hal sendiri. Kebanyakan masa difokuskan untuk pelajaran dan menyertai pertandingan sebagai wakil sekolah. Tidak pernah terlintas untuk menjadi popular dan sebagainya. Tetapi memang dari kecil Tinie suka bercakap, bergaya dan berdiri di depan kamera.
Sejak dulu Tinie selesa membuat halnya sendiri
Gaya Tinie sewaktu masih di sekolah rendah
Perbezaan Tinie dulu dan selepas bergelar Ratu Cantik
Disebabkan ibu memiliki perniagaan spa kecantikan, salon dan juga butik pengantin, Tinie dah didedahkan dengan cara menjaga penampilan diri sejak kecil lagi. Selalunya pulang je dari sekolah, Tinie akan tolong ibu dan kakak di kedai. Kami pun sudah diajar cara-cara untuk buat rambut dan spa.
Tinie juga melibatkan diri dalam dunia modelling seawal empat tahun, jadi sudah terbiasa dengan mekap, tapi tidaklah jenis yang tebal. Kadang-kadang Tinie curi-curi pakai barang mekap ibu atau kakak.
Cuma apabila meningkat remaja, Tinie kurang memakai mekap sehinggalah kembali aktif dalam pertandingan ratu cantik pada usia 16 tahun.”
Seorang yang aktif, lasak dan lincah
Kecantikan semula jadi Tinie memukau pandangan
Berdarah kacukan Melayu-Arab, gadis berketinggian 173cm ini rupanya mula melibatkan diri secara serius dalam pertandingan ratu cantik pada usia 15 tahun. Banyak gelaran yang telah disandang antaranya sebagai:
Juara Pencarian Gadis Metro Perak (Harian Metro 2011)
Top 16 Miss Perak Tourism 2015
Juara Miss KBJ Ratu Kebaya 2015
Juara Miss KLMCC International Pageant 2016 (Best Catwalk, Miss Popularity)
Juara Miss KL Kebaya 2016
Juara Miss Malaysia Kebaya 2016/2017
Naib Juara Beauties Search Prima Oligo 2017
Tempat Ketiga Miss Lumière International World 2017 (Singapura)
Ikon Wanita Melayu PWM 2018
Top 18 Miss World Malaysia 2018
Juara Miss Eco International 2019/2020
“Menjadi seorang ratu bukanlah semata-mata rupa paras dan bentuk tubuh yang menarik. Bagi Tinie, banyak kualiti lain yang mesti dititikberatkan.
Antaranya memiliki keyakinan diri, tidak mudah berputus asa, mempunyai keazaman dan kesabaran, bijak, berkarisma, sentiasa merendah diri dan mampu menjadi ikon yang positif untuk generasi sekarang.
Untuk para wanita yang sering merasa kurang keyakinan diri, nasihat Tinie jangan pernah jadikan apa yang orang lain fikir sebagai beban kepada kita. Yang penting adalah apa yang kita percaya tentang diri sendiri.
Percayalah setiap individu adalah unik dengan cara tersendiri. Jadi gunakan keunikan itu dan keluarlah dari zon selesa. Kejayaan tak akan datang bergolek jadi sentiasalah berusaha dengan keimanan bahawa Tuhan sentiasa bersama kita.
Hadapi segalanya dan banyakkan berdoa kepada-Nya,” Amy Nur Tinie
Aura Tinie luar biasa!
Kenangan manis di sisi Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman
Sering menjadi inspirasi generasi muda
Tinie pernah menjadi hos program wanita ‘Tumit Tinggi’ (RTM)
Tinie bersama Datuk Awie sebagai pelakon filem ’10 Tips Tipu Bini’ (Astro)
PETUA KECANTIKAN
“Tinie suka amalkan petua orang-orang lama, misalnya membasuh muka dengan air basuhan beras, daun sireh untuk hilangkan parut jerawat dan gunakan putih telur sebagai masker.
Itulah yang Tinie amalkan sekarang. Pada Tinie, petua ini bukan saja menjimatkan malah tiada bahan kimia yang merosakkan kulit,” akhirinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.