Selepas 16 Tahun Baru Pertama Kali Merasa Pegang Award, Kejayaan UMMI NAZIERA Jadi Inspirasi

Bermula menerusi drama siri Nur Kasih yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu, perjalanan anak seni bernama Ummi Naziera ini tak mudah.

Selepas berhempas pulas, memegang watak demi watak akhirnya bakatnya yang tidak sememangnya dapat disangkalkan lagi akhirnya diiktiraf. Selepas 16 tahun bergelumang dalam bidang seni lakonan, akhirnya Ummi Naziera berjaya mengondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik semalam menerusi Anugerah Drama Sangat yang berlangsung semalam.

“Sepanjang 16 tahun saya berlakon di industri, ini merupakan kali pertama saya dapat mengenggam trofi anugerah. Syukur, Alhamdulillah,

“Saya rasa manis. Kemenangan ini cukup manis kerana perjalanan saya sebagai seorang pelakon bukan satu perjalanan yang mudah.” ujarnya.

 

Menurut pemilik ama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, meski sudah berjaya mendapatkan sebuah anugerah, tidak bermakna dia sudah selesa, malah Ummi masih lagi mahu menimba ilmu dan memperbaiki lakonannya.

“la banyak mengajar saya untuk tidak mengambil mudah akan kerjaya seni saya. Walaupun dah menang, saya tetap masih perlu lakukan yang terbaik bagi kepuasan saya sebagai pelakon.” katanya lagi.

Semalam, Ummi turut berjaya menewaskan beberapa barisan pelakon yang turut tercalon dalam kategori itu seperti Fauziah Ahmad Daud, Fasha Sandha, Nabila Huda, dan juga Siti Saleha.

Tahniah NONA ucapkan kepada Ummi Naziera. Semoga kejayaannya ini terus jadi inspirasi buat semua wanita di luar sana.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

IKLAN
Share