Gaya Hidup

Selesai Tunai Haji, Dato’ M Nasir Titip Ucapan Hari Lahir Buat Isteri ‘Salam Hajah Datin Marlia Musa’!

Lebih dua dekad melayari bahtera perkahwinan, Dato’ M. Nasir tetap mengingati tarikh penting melibatkan dirinya dan isteri tercinta. Misalnya tanggal 12 Jun lalu merupakan ulang tahun hari kelahiran suri hati kesayangan, Datin Marlia Musa.

Sempena meraikan hari istimewa itu, legenda muzik berkenaan berkesempatan memuat naik gambar di samping Datin Marlia dan menitipkan ucapan bermakna.

Menerusi perkongsian tersebut, Dato’ M. Nasir mendoakan kesejahteraan cinta hatinya. Walau ringkas namun tanda ingatan sang suami seperti Dato’ M. Nasir ini pastinya meninggalkan memori indah kepada kaum isteri.

Iyalah, bukan semua suami boleh ingat tarikh-tarikh penting. Apatah lagi apabila usia perkahwinan dah cecah puluhan tahun.

Dato’ M. Nasir Titip Ucapan Hari Lahir Buat Datin Marlia Musa

Titip pelantun lagu Apokalips ini, “Salam Hajah Datin Marlia Musa. Wishing you a happy birthday ya, semoga hari ini menjadi hari-hari yang lebih baik dari sebelum, sihat walafiat selalu di samping keluarga, bertambah rezeki dan sukses dan diberkati dilindungi Allah SWT. Aamiin. Selamat ulang tahun.”

Tentunya ulang tahun kelahiran ke-56 Datin Marlia tahun ini memberi makna tersendiri kerana dia dan suami baru selesai mengerjakan ibadah haji. Pasangan ini dilapor berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada awal Jun lalu dan tidak diketahui ramai.

Semoga amalan yang dilakukan maestro muzik tanah air ini bersama isteri tercinta sepanjang  berada di sana diterima Allah SWT serta memperoleh haji mabrur.

Perkahwinan Bahagia Dato’ M. Nasir & Datin Marlia Musa

Datin Marlia Musa sah bergelar isteri sifu muzik ini pada 31 Ogos 2000. Ketika itu masing-masing berusia 32 tahun dan 43 tahun.

Biarpun jarak usia 11 tahun namun kedua-duanya cukup serasi dan saling melengkapi di antara satu sama lain.

Artikel https://www.nona.my/isteri-menangis-terharu-dapat-kereta-idaman-kejutan-black-hanifah-rai-jasa-isteri-dipuji-3-tahun-dia-jaga-bisnes-kami/

Dato’ M. Nasir atau nama penuhnya Mohamad Nasir Mohamed pernah berkahwin dengan Allahyarhamah Junainah Johari. Menerusi perkahwinan terdahulu, dia mempunyai lima orang anak iaitu Muhammad Ilham, Muhammad Yasin, Muhammad Hidayat, Muhammad Syafii dan Nilam Sari.

Hasil perkahwinan dan Datin Marlia, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suci Musalmah. Semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

 

Share
Published by
Suzi