Fesyen

Sentuhan Unik Jovian Mandagie Untuk Gaya Harian Wanita. Ringkas Namun Punya Daya Tarikan Menarik

Pereka fesyen ini memang tidak pernah berhenti dalam menghasilkan koleksi baru buat peminat-peminatnya. Baik untuk koleksi perkahwinan, lebaran dan juga kasual, setiap satu koleksi memiliki aura tersendiri dengan suntikan nilai praktikal yang relevan untuk disarung.

Terbaru dia hadir dengan koleksi Jovian Casual atau dikenali sebagai J Casual yang menampilkan pilihan blaus yang senang untuk digyakan dengan apa jua seluar mahupun skirt. Menawarkan helaian yang versatil dan dalam pada masa yang sama sopan, helaian-helaian kontemporari ini juga dihasilkan untuk memberikan keselesaan yang optimum.

Blaus Ini Antara Yang Cukup Menyerlah. Penulis Suka Dengan Perincian Ikatan Riben Yang Memberi Penyataan Fesyen Sempurna.

Menarik dari sudut pandangan penulis adalah pilihan corak cetakan yang luas seperti cetakan inspirasi flora, grafik dan garisan yang pastinya menjadi kegemaran ramai wanita. Siluet yang diterapkan juga cukup ringkas dan longgar namun cantik terletak pada tubuh dengan ada helaian yang disuntik elemen dramatik seperti cape dan juga ikatan riben di pinggang.

Menurut Jovian Mandagie, “J Casual adalah koleksi kapsul tahunan yang wajib saya lancarkan. Saya rasakan ia merupakan satu keperluan bagi memastikan setiap wanita tampil menarik dan menawan walaupun hanya dalam pakaian harian.”

 

IKLAN
Share