Pereka fesyen ini memang tidak pernah berhenti dalam menghasilkan koleksi baru buat peminat-peminatnya. Baik untuk koleksi perkahwinan, lebaran dan juga kasual, setiap satu koleksi memiliki aura tersendiri dengan suntikan nilai praktikal yang relevan untuk disarung.
IKLAN
Terbaru dia hadir dengan koleksi Jovian Casual atau dikenali sebagai J Casual yang menampilkan pilihan blaus yang senang untuk digyakan dengan apa jua seluar mahupun skirt. Menawarkan helaian yang versatil dan dalam pada masa yang sama sopan, helaian-helaian kontemporari ini juga dihasilkan untuk memberikan keselesaan yang optimum.
Blaus Ini Antara Yang Cukup Menyerlah. Penulis Suka Dengan Perincian Ikatan Riben Yang Memberi Penyataan Fesyen Sempurna.
Menarik dari sudut pandangan penulis adalah pilihan corak cetakan yang luas seperti cetakan inspirasi flora, grafik dan garisan yang pastinya menjadi kegemaran ramai wanita. Siluet yang diterapkan juga cukup ringkas dan longgar namun cantik terletak pada tubuh dengan ada helaian yang disuntik elemen dramatik seperti cape dan juga ikatan riben di pinggang.
IKLAN
IKLAN
Menurut Jovian Mandagie, “J Casual adalah koleksi kapsul tahunan yang wajib saya lancarkan. Saya rasakan ia merupakan satu keperluan bagi memastikan setiap wanita tampil menarik dan menawan walaupun hanya dalam pakaian harian.”
Biarpun industri fesyen selalu melaungkan agenda kesaksamaan dan usaha untuk mengubahnya, namun sehingga kini diskriminasi dan juga pengadilan berasaskan warna kulit masih berlaku. Inilah pengalaman yang dilalui oleh Nyadek Thot atau lebih mesra dipanggil Duckie Thot yang merupakan pemenang tempat ketiga Australia’s Next Top Model pada tahun 2013. Ketika menyertai pertandingan tersebut dia baru sahaja berumur 17 tahun.
Di pentas akhir Australia Next Top Model 2013
Usai pertandingan, kerjaya peragaannya tidak meluncur laju dan kelebihan yang ada pada dirinya seolah-oleh dipandang sepi oleh industri fesyen Australia. Lebih tiga tahun bergelut untuk mencari ruang dalam dunia fesyen di tempat sendiri, akhirnya pada tahun 2016 dia berhijrah ke New York yang mana model berkulit hitam lebih diterima.
House of Holland SS18
Dalam temubual bersama majalah Paper, gadis berusia 21 tahun ini berkata, “Usai pertandingan akhir Australia Next Top Model saya selalu tertanya-tanya kenapa saya tidak mendapat sebarang kerja selama hampir dua tahun di dalam dunia fesyen di sana. Akhirnya saya terfikir, berada di negara yang tidak begitu menggunakan wanita berkulit hitam adalah perkara yang sia-sia jika saya terus berada di Australia.
Berbekalkan wang AUS$400 di dalam poket dan tiket ke new york saya mempertaruhkan nasib. Syukur setibanya di New York kerja peragaan pertama yang saya peroleh adalah bersama makeup guru terkenal Path McGrath.”
Berjalan untuk jenama terkenal Helmut Lang SS18, Jeremy Scott SS18, Moschino SS18
Kecantikan asli yang dimiliki oleh gadis berdarah Sudan ini nyata mengangkap perhatian dunia fesyen antarabangsa. Sebaik sahaja berhijrah, dia disambar oleh banyak jenama-jenama lain untuk memperagakan busana mereka. Terbaru paling membanggakan dia dipiih untuk menghiasi video kempen kosmetik Rihanna, Fenty Beauty.
Kasut bukan sahaja sebagai aksesori, malahan dapat memberi mood dan menyerlahkan lagi penampilan seseorang wanita itu agar tampil lebih bergaya. Lagi-lagi apabila rekaan kasut tersebut dihiasi dengan emas, sutera serta berlian dan nilainya mencecah sehingga puluhan juta Ringgit Malaysia!
Kasut tumit tinggi yang dikenali dengan nama The Passion Diamond Shoes itu bernilai RM 70 juta dan memegang rekod baharu sebagai kasut termahal di dunia setelah berjaya menewaskan kasut tumit tinggi Debbie Wingham yang dijual dengan harga RM 60 juta sebelum ini.
Sebuah hotel yang satu-satunya bertaraf 7 bintang di dunia, Burj Al Arab di Dubai menjadi lokasi utama untuk jualan kasut ini dibuka kerana umum mengetahui penduduk di Dubai dihujani dengan hartawan dan jutawan! Memang sesuai la pemilihan lokasi tersebut kerana hanya orang yang betul-betul kaya sahaja mampu untuk memiliki kasut puluhan juta ringgit ni.
Apa yang menariknya lagi, setiap perincian dihasilkan dengan begitu teliti sehingga logo di bahagian dalam kasut mewah rekaan Jada Dubai ini juga diperbuat daripada emas yang sangat halus dan nipis agar si pemakai selesa apabila berjalan. Selain itu, 9 bulan masa diperlukan untuk menyiapkan kasut yang berwarna emas ini. Kasut ini juga diperbuat daripada sutera, 236 butir berlian dan dua butir berlian D masing-masing bersaiz 15 karat!
Bahkan, prototype asli dan kasut ini bersaiz 36 Euro atau 5. Kasut seumpama ini juga hanya akan dihasilkan mengikut saiz selepas pelanggan membayar harga penuh sahaja.
Memilih beg jangan membuta tuli, apabila membelinya pastikan anda mengambil kira kesesuaian, kegunaan dan juga rekaan. Beli beg bukan berdasarkan kecantikan, harga yang murah ataupun trend semata-mata, ikuti tip yang disediakan mengenai pembelian beg yang berkualiti dan mungkin boleh diperturunkan kepada generasi yang akan datang.
Foto: Instagram @mirafilzah
KUALITI TINGGI
Apabila mencari beg pastikan anda melihat kepada kualiti yang ditawarkan. Kualiti disini bermaksud anda menilai jenis bahan yang digunakan untuk membuat beg, jahitan dan juga keteguhan beg tersebut. Membeli beg yang berkualiti membuatkan anda mudah memadankannya ke apa sahaja acara yang dihadiri, sebagai contoh jika anda membeli sebuah statement bag, anda boleh memadankannya ke acara apa sekalipun berlainan dengan baju statement yang agak susah untuk di pakai berulang kali.
Foto: Koleksi @buttonscarves
PILIH KULIT
Kulit adalah fabrik yang cukup sempurna untuk menghasilkan beg kerana ia bertahan bertahun lamanya. Dan kalai nak tahu, kulit semakin lama ia akan nampak semakin cantik. Oleh itu membeli beg yang dihasilkan menggunakan fabrik kulit merupakan satu pelaburan yang tepat, sudahlah boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang bahkan ia menjadi semakin cantik seiring peredaran masa.
Foto: Koleksi @hermes
WARNA NEUTRAL
Jika anda membeli beg untuk dipakai bagi jangka masa yang lama, sebaiknya pilih warna-warna neutral seperti rona nude, kelabu, coklat dan jug hitam. Rona ini sesuai dipadankan dengan apa juga busana dari gaya kasual sehinggalah gaya formal, tidak seperti warna-warna lain yang lebih menonjol yang hanya boleh digayakan dengan stail yang tertentu.
Foto: @gucci
ELAK LOGO BESAR
Dalam dunia fesyen kita tahu yang trend datang dan pergi, ia tidak kekal selamanya. Ia sama juga boleh diaplikasikan kepada pemilihan beg, penulis menyarankan agar anda tidak membeli beg yang memiliki corak cetakan logo ataupun memiliki logo yang besar. Sebaliknya pilih beg yang nampak ‘bersih’ tanpa logo keterlaluan untuk menampakkan rekaan yang lebih profesional tanpa perlu menunjukkan logo jenama beg.
Foto: @dior
STUKTUR TEGAP
Mengapa struktur sangat penting? Ini bagi memastikan ia senang dibawa tanpa anda pelu membetulkan beg tersebut. Lagipun pemilihan beg berstruktur menonjokkan gaya yang lebih kemas, anggun dan sesuai di gayakan ke tempat kerja, mesyuarat mahupun kala bersantai bersama teman-teman.
ELAK BESI MENONJOL
Memang tidak dinafikan yang banyak beg-beg yang ditonjolkan dari pentas fesyen antarabangsa menonjolkan beg-beg dengan rekaan besi yang jelas kelihatan. Mungkin ia akan menampakkan anda cukup trendy dan juga manrik perhatian orang, namun untuk jangka masa panjang ia tidak praktikal.
Sebagai contoh beg yang memiliki terlalu banyak perincian stud tidak sesuai digayakan dengan semua gaya bahkan untuk menjaganya juga tidak mudah kerana besi mudah tercalar.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...