Gaya Hidup

Serena Williams Umum Bakal Bersara, Mahu Berevolusi & Besarkan Keluarga

Jaguh tenis lagenda, Serena Williams beri bayangan akan mengumumkan persaraannya dari dunia tenis setelah memulakan langkah profesionalnya pada Oktober 1995. Berita yang menggemparkan ini nyata menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pemerhati, peminat dan jaguh sukan itu.

Menerusi temu bual eksklusif bersama majalah Vogue

untuk edisi September 2022, juara Grand Slam 23 kali ini meluahkan perasaannya tentang berita tersebut. “Saya tidak suka perkataan ‘bersara’, ia bukan sesuatu yang moden buat saya namun saya telah memikirkan perkara ini sebagai satu peralihan dalam kehidupan saya.

“Mungkin perkataan yang terbaik dapat saya gambarkan ketika ini adalah evolusi, saya sedang dalam usaha berkecimpung dalam bidang lain dan perkara-perkara lain yang penting buat saya.

“Beberapa tahun lalu, saya memulakan Serena Ventures, sebuah firma modal teroka dan tidak lama selepas itu saya memulakan kehidupan sebagai isteri dan ibu dan saya bercita-cita untuk mengembangkan keluarga saya,’’ katanya.

Tambahnya, pelbagai pertimbangan dilakukan secara teliti sama ada untuk terus berusaha menyamai rekod lagenda Margaret Court dengan 24 kemenangan Grand Slam atau keluarganya. Jelasnya, ia bukan sesuatu yang mudah banyak momen dalam kehidupannya dihabiskan di atas gelanggang tenis sama ada menerusi latihan dan kejohanan.

“Percayalah, saya tidak mahu memilih antara tenis dan keluarga kerana saya berpendapat ia adalah sesuatu yang tidak adil.

Sumber: ASTRO Awani | Kredit foto: @serenawilliams

 

 

IKLAN
Share