Seronok Tengok Isteri SUPERHERO THE FLASH Imbas Memori Perkahwinan Mengikut Adat Perkahwinan KADAZAN

Buat penggemar filem adiwira watak The Flash ini sudah tentu tidak asing lagi. Dengan memakai kostum adiwira warna merah, Thomas Grant Gustin, 28, atau lebih dikenali sebagai Barry Allen a.k.a. Flash the superhero, telah melangsungkan perkahwinan bersama gadis pilihan hatinya pada 15 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Foto: Instagram @lathoma3
Foto: Instagram @lathoma3

Apa yang lebih menarik, suri yang beraja di hati Grant ini adalah seorang gadis kacukan Sabah-Kadazan, Andrea Thoma, 30 tahun. Andrea merupakan anak kepada pasangan suami-isteri Judy Thoma dan James Thoma.

Foto: Instagram @lathoma3
Foto: Instagram @lathoma3

Andrea beruntung kerana mampu mengekalkan warisan Borneo ini dalam dirinya kerana mempunyai seorang ibu yang menitik-beratkan adat dan budaya mereka. Mengikut beberapa sumber pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan mengikut adat dan budaya Sabah di Kampung Kolopis Penampang, Sabah.

Andrea telah dilahirkan dan dibesarkan di Ohio, Amerika Syarikat tetapi Andrea boleh bertutur dalam bahasa Kadazan dan bahasa Melayu. Walaupun tidak berapa fasih tetapi Andrea mampu bercakap dalam dua bahasa ini dengan baik.

Foto: Instagram @lathoma3
Foto: Instagram @lathoma3

Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik ini telah dilahirkan di Ohio, Amerika Syarikat dan mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam Terapi Fizikal. Ini yang baru dikatakan beauty with brain kan?

Foto: Instagram @lathoma3
Foto: Instagram @lathoma3

Bertugas sebagai Juru Terapi Fizikal di Amerika Syarikat, wanita cantik ini mempunyai pengikut di laman Instagram seramai 716 ribu pengikut (ketika artikel ini ditulis). Isteri kesayangan The Flash ini mengamalkan gaya hidup yang sihat dan kerap memuatnaik senaman yang sering diamalkannya.

Foto: Instagram @lathoma3

Bercakap soal makan pula Andrea seperti kedua-dua adik-beradiknya, gemar makan makanan yang dimasak diletakkan belacan, menarik bukan?

 

IKLAN
Share