
Berkat doa yang dipanjatkan tanpa henti, akhirnya usahawan dan pelakon, Yatt Hamzah dapat bertemu semula dengan suami tercinta, Zulfadhli Khiruddin.
Suaminya diculik tentera rejim zionis ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini bersama 22 lagi aktivis dari Malaysia.
Yatt yang kini berusia 45 tahun dan ibu kepada lima anak ini berkongsi bahawa selama 43 hari dia dan anak-anak tidak dapat berhubung atau bertemu dengan suami tercinta.
Namun, doa yang tidak putus akhirnya dimakbulkan apabila mereka kembali bersatu semula.
Dalam hantarannya di Instagram, Yatt Hamzah meluahkan rasa syukur dan gembira dengan kepulangan suami yang sangat dirindui selepas misi Global Sumud Flotilla.
Dalam perkongsiannya, Yatt menulis dengan penuh keinsafan dan kasih:
“Dan harini pula isterinya demam, batuk, selsema, PMS dan macam-macam lagi sakit menyerang. Tetaplah juga gagahkan diri untuk sambut suami pulang. Alhamdulillah. Selamat pulang suami.”
“Lepas ni turn isteri pula pergi misi flotilla okay. Suami duduk rumah pula jaga anak-anak 24 jam,” tulisnya berseloroh.
Beberapa minggu lalu, Yatt Hamzah berkongsi bahawa dia telah terputus komunikasi dengan suaminya selepas pasukan Global Sumud Flotilla dipintas dan ditahan oleh tentera rejim zionis.
Sepanjang tempoh itu, Yatt dan anak-anak melalui hari-hari penuh debaran dan doa tanpa henti.
Lebih menyentuh hati, anak-anak sering bertanya tentang bapa mereka, menjadikan situasi itu lebih memilukan bagi Yatt sebagai seorang isteri dan ibu.
BACA JUGA: Suami Ditahan Ketika Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Yatt Hamzah Tak Putus Berdoa
Walaupun ujian yang dihadapi amat berat, Yatt Hamzah tetap bersemangat dan menyatakan keinginannya untuk turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan akan datang.
Beliau percaya bahawa perjuangan kemanusiaan tidak harus berhenti dan akan terus menyokong usaha Global Sumud Flotilla
pada masa depan.Semoga Yatt Hamzah dan keluarga kekal bahagia, tabah menghadapi ujian, serta terus menjadi inspirasi kepada ramai dalam memperjuangkan kemanusiaan dan kasih sayang sesama insan.
This website uses cookies.