Berita

Sophea Emelia Baru Usia 5 Tahun Dah Khatam Al-Quran, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukur Anak Perempuan Terang Hati Mengaji

MasyaAllah, rezeki Datuk Dr Sheikh Muszaphar dikurniakan anak-anak celik ilmu dan terang hati mengaji Al-Quran. Lebih indah, anak perempuannya iaitu Sophea Emelia yang berusia lima tahun sudah pun mampu khatam Al-Quran.  

Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang sebelum ini sering menjadi rujukan para ibu bapa kerana kejayaannya membentuk jati diri dan kebolehan luar biasa kesemua tujuh anak tersayang berkongsi khabar gembira tersebut di media sosial miliknya.  

Sophea Emelia Anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Perkongsian berkenaan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya sebagai suntikan inspirasi dan pencapaian bagi pusat pendidikan awal kanak-kanak di Keedsflix yang diasaskan oleh Datuk Dr Sheikh Muszaphar.  

Difahamkan Keedsflix ditubuhkan pada tahun 2020 mengetengahkan pendidikan awal kanak-kanak berteraskan Al-Quran, teknologi dan pembinaan akhlak sejak usia prasekolah.  

Menerusi hantaran yang dibuat di media sosialnya, angkasawan negara ini memanjatkan kesyukuran atas kejayaan membanggakan anak tersayang.  

“Emelia is five years old and she just khatam Al-Quran. Alhamdulillah Eusoff is still at juz 25. Soon.  

Thanks to Keedsflix. Buat semua anak Keedsflix, itu yang diharapkan, itu yang dijanjikan. Khatam sebelum enam tahun. Ya Rabb, Aamiin.”

Sophea Emelia mempunyai kembar lelaki iaitu Sheikh Eusoff.  

Adik-Beradik Sophea Emelia

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mendirikan rumah tangga dengan Datin Dr Halina pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tujuh orang anak iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, pasangan kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah, sepasang kembar lagi Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia serta zuriat bongsu mereka, Sheikh Muhammad. 

Kehidupan keluarga besar ini sering menjadi inspirasi kepada ramai kerana keakraban dan nilai didikan yang diterapkan oleh mereka berdua.

Semoga rumah tangga Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina sentiasa dilimpahi rahmat serta kebahagiaan.

Artikel https://www.nona.my/ada-sarjana-muzik-elegan-kemampuan-sissy-imann-galas-tugas-pengacara-di-samping-naz-rahman-raih-pujian/

Share
Published by
Suzi