Air Mata Tuanku Zara Di Pentas Konvokesyen Ijazah Anumerta Buat Arwah Nurly & Fatin

Suasana di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertukar hiba apabila nama dua graduan, Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman dan Allahyarhamah Fatin Nasrien Fadli disebut untuk menerima ijazah pada Istiadat Konvokesyen ke-27 universiti itu.

Tuanku Zara Salim Menyampaikan Ijazah Anumerta

Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim kelihatan sebak dan menyapu air mata sebaik menyerahkan ijazah serta menonton tayangan montaj khas mengenang tragedi yang menimpa pelajar universiti itu.

Kredit Foto Bernama

Tayangan tersebut mengenang kehilangan 15 penuntut UPSI yang terkorban dalam tragedi di Jalan Raya Timur–Barat berhampiran Tasik Banding pada Jun lalu.

Tragedi Yang Menggamit Memori

Tragedi Jalan Raya Timur–Barat (JRTB) itu berlaku ketika rombongan pelajar berkenaan dalam perjalanan pulang ke kampus selepas cuti perayaan.

Kejadian yang menyayat hati itu telah meninggalkan kesan mendalam buat warga UPSI, terutama keluarga mangsa dan rakan-rakan seperjuangan.

BACA JUGA: “Semoga Al-Quran Sentiasa Menjadi Sahabat Perjalanan Kita” ELFIRA Jadikan Kisah Arwah Nurly Sahirah Sebagai Inspirasi

Ijazah Anumerta Tanda Penghargaan

Dalam suasana penuh emosi, ijazah anumerta disampaikan oleh Tuanku Zara Salim kepada bapa arwah Nurly Shahirah, Azman Mohamad, 63, dan bapa arwah Fatin Nasrien, Fadli Abd Rahman, 50.

Penyampaian itu bukan sekadar simbolik, tetapi juga penghargaan terhadap semangat dan usaha kedua-dua pelajar yang tidak sempat menamatkan pengajian mereka.

Kenangan Abadi

Istiadat Konvokesyen UPSI kali ini menjadi kenangan abadi bukan sahaja bagi keluarga mangsa tragedi Jalan Raya Timur–Barat tetapi juga seluruh warga universiti.

Ia mengingatkan semua akan pentingnya menghargai setiap detik bersama insan tersayang dan semangat perjuangan menuntut ilmu.

Kredit: Bernama

Share
Published by
Amy Mohd