Sepetang bersama penghibur terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang di Kuala Lumpur, banyak petua dan amalan kesihatan beliau yang dapat dikongsikan. Bayangkan pada usia lebih separuh abad, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kasih’ ini masih cergas, malah kekal cantik dan energetik!
Dari amalan pantang lepas bersalin hinggalah jamu rebusan sirih yang diminum, wanita periang yang mesra disapa Bunda ini tidak lokek berbahagi pengetahuan.
Dilahirkan pada 6 Ogos 1957, usia Bunda juga hampir sebaya dengan usia kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadikan beliau seorang legenda seni dunia.
Ketika diajak bersembang, Bunda Hetty nyata seorang yang versatil, merendah diri, keibuan dan kelakar dalam satu masa. Tiada istilah sombong dalam tutur katanya.
Kenangan terindah penulis bersama Bunda Hetty
Bahkan kesempatan berdampingan dengan penyanyi hebat itu, sempat jugalah penulis menatap raut wajahnya dari dekat. MasyaAllah, halus sungguh kulit wajah Bunda, persis anak dara.
Ads
Paling menarik, bila ‘diintai’ isi minuman teh kesukaannya. Ada kulit kayu manis!
“Kadang-kadang Bunda suka letak hirisan lemon juga. Memang baik untuk tubuh badan kita.” Hetty Koes Endang
Nak tahu lebih banyak petua kecantikan sambil bersembang tentang hubungan akrab beliau dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Jom tonton video Lensa Nona di bawah…
Ads
MAJLIS HIGH-TEA
Majalah Nona diundang secara eksklusif sempena majlis Secangkir Teh bersama Hetty Koes Endang yang diadakan penuh privasi di Telaga Bunga Spa, Royale Chulan Kuala Lumpur.
Menurut Pengasas D & D Spa & Wellness Centre yang turut merupakan penerima Nona Superwoman Award, Datin Diana Ibrahim, “Majlis yang julung-julung kali diadakan ini adalah untuk menghargai kesetiaan dan sokongan yang diberikan oleh para pelanggan kami selama ini.”
Ads
Datin Diana dan suami
Petang Sabtu yang indah, seakan tidak terasa berlalu pantas. Dua jam tetamu berhibur dengan celoteh juri Gegar Vaganza musim kelapan itu, sambil mendengar alunan suara merdu Hetty Koes Endang secara langsung.
Meskipun singkat, namun momen-momen indah yang tercipta pasti menjadi kenangan indah yang terpahat buat mereka sepanjang hayat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan penyanyi cantik, Kilafairy. Walaupun kini dilihat jarang muncul di kaca tv namun anak kepada penyanyi terkenal era 1980, Allahyarhamah Rohana Jalil ini dilihat aktif di media sosial.
Tiga tahun tampil sopan berhijab, pelakon dan penyanyi, Kilafairy percaya, kehidupan akan terus menjadi ruang menguji keteguhan hati dan imannya sebagai hamba.
Proses Hijrah Itu Tak Mudah, Apalagi Istiqamah!
Malah, Kila tidak menafikan proses dalam sisi penghijrahan dalam diri, soal hati dan penampilan termasuk untuk terus kekal istiqamah sebagai bukan satu hal yang mudah.
“Benar soal istiqamah itu bukan perkara mudah. Ia bukan sehari dua untuk dihadam. Pendek kata setiap hari, saya umpama bergelut dalam diri.
“Namun lama kelamaan ia bagai satu fasa yang akan jadi terbiasa. Pada akhirnya kita hanya mahu dan harapkan reda Tuhan dalam hidup ini,” katanya.
Aura ‘Angelina Jolie’ Malaysia, Versi Muslimah Kian Menyerlah
Dalam pada itu, meski kini memilih untuk menutup aurat sepenuhnya dengan menggayakan busana patuh syariah, Kilafairy dilihat semakin berseri-seri dan mempunyai aura tersendiri yang tidak pernah pudar, tetapi semakin menawan.
Sering tampil dengan gaya elegan dan solekan memukau, bekas pelajar fesyen ini pernah mendapat jolokan ‘Angelina Jolie Malaysia’ dek kerana memiliki bentuk bibir yang seksi.
Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan yang kini berusia 31 tahun bertuah kerana dilahirkan sebagai anak kacukan Melayu-Pakistan.
Jadi tidak hairanlah jika wajah Kilafairy persis gadis-gadis di timur tengah, terutama dari segi solekan dan gaya tudung. Memang terserlah kelainannya!
Menjengah ke Instagram peribadinya yang memiliki satu juta pengikut, Kila dilihat tidak culas dan memanfaatkan peluang mempunyai ramai pengikut dengan memuatnaik hantaran membela nasib saudara se-Islam di Palestin yang masih hangat diperdebatkan di seluruh dunia sehingga kini.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Orang yang disenangi lazimnya dikenali melalui tahap kebersihan dirinya. Selepas itu barulah cara percakapan dan pemikirannya yang membuatkan seseorang selesa untuk didampingi.
Terdapat 4 hal penting yang mesti dititikberatkan oleh setiap wanita pada tubuh badannya.
Kebersihan Mulut
Jangan menganggap remeh soal bau dan kesihatan di dalam mulut. Sebab, bau mulut boleh menjadi halangan dalam pergaulan. Bau mulut juga boleh membuat seseorang menjadi tidak percaya diri dan menghalang dirinya untuk bergaul.
Lebih-lebih lagi jika masalah bau mulut dialami oleh wanita. Bau mulut boleh terjadi berdasarkan apa yang anda makan. Lokasi dimana adanya sisa-sisa makanan yang menjadi punca gigi berbau.
Namun jangan merasa bimbang kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Bau mulut boleh dielakkan dengan cara memilih makanan yang membantu mengurangkan bau mulut.
Kunyah epal atau lobak setiap hari akan membuat nafas anda menjadi lebih segar dan harum.
Minum teh hijau baik teh atau yang bercampur dengan bahan lain akan membantu. Teh hijau mengandungi catechin yang mampu membunuh bakteria di mulut, menghilangkan gula dari plak dan menghilangkan bakteria penyebab bau mulut.
Keju mampu melindungi enamel gigi dan menghasilkan air liur atau saliva serta membunuh bakteria penyebab plak gigi bahkan penyakit gusi.
Penggunaan air putih adalah cari terbaik untuk merangsang saliva (air liur). Berkumur tiap membantu mengeluarkan kotoran yang ada di celah gigi dan penyebab bau mulut. Jadi, jangan lupa minum 8 gelas setiap hari.
Mulakan jaga kesihatan mulut anda. Gosok gigi salah satu daripadanya. Hal remeh namun penting ini jangan lupa dilakukan minima 2 kali sehari selepas makan. Tetap sihat, tetap positif.
Hindari Mata Penat
Lingkaran hitam di bahagian mata setelah penat bekerja membuat penampilan tidak maksima di malam hari. Cara yang praktikal ialah tekap mata dengan uncang teh yang sudah disejukkan selama kurang lebih 15 minit sebelum menyolekkan kembali mata.
Tip: Apabila anda memiliki waktu memilih teh celup, pilih yang mengandung chamomile agar kulit sekitar mata lebih segar dan terlihat sihat.
Bibir Berry Menggoda
Pancarkan daya tarikan sensual dengan warna bibir menyerupai warna berry. Dijamin penampilan anda bakal mencuri perhatian.
Tip: Sebelum menukar warna gincu untuk makan malam, pastikan kondisi bibir benar-benar bersih dan kelembapannya terpelihara. Jangan lupa gunakan lipbalm untuk mengelakkan bibir daripada pecah-pecah dan kering.
Aroma Memikat
Pilih pewangi yang memiliki aroma segar sekali gus memberi kesan feminin seperti aroma bunga mawar. Selain serasi untuk menemani suasana majlis malam hari juga sesuai untuk disemburkan di waktu siang hari kerana baunya yang tidak terlalu menyengat.
Tip: Gunakan pewangi sekadar perlu dengan menyemburkan sedikit di bahagian belahan dada, belakang telinga dan pergelangan tangan. Dan diulang sembur ketika mahu ke majlis makan malam pula. Agar lebih praktikal, pilih pewangi yang berukuran kecil dan mudah untuk dibawa. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemakaian pelitup muka atau facemask seperti yang diwajibkan pada waktu pandemik ini pasti membuatkan ramai penggemar solekan buntu berkarya. Tapi sebenarnya, kecantikan bahagian mata masih boleh ditonjolkan seperti yang dikongsi oleh Pengasas Anastasia Beverly Hills, Anastasia Soare.
Kekuatan solekan kening merupakan keutamaan Anastasia. Beliau sangat mementingkan kerapian bulu kening dan kesesuaian bentuknya dengan wajah seseorang. Trend bulu kening feathers menjadi antara kegemaran jurusolek selebriti itu.
Ketika memakai facemask, tumpukan minat solekan anda ke bahagian kening. Lukis atau rapikan bentuknya agar wajah nampak lebih bersiap. Boleh juga layangkan pembayang mata dan sempurnakan dengan sapuan maskara.
Anastasia SoareProduk baru Anastasia, Brow FreezeSolekan kening menyerlahkan bahagian mata
PRODUK PILIHAN NONA
Bersempena perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2021 yang turut menghampiri sambutan Tahun Baru Cina ini, seleksi produk solekan edisi terhad di bawah juga pasti sesuai dimiliki.
(1) Anastasia Beverly Hills, Koleksi Spring 2021 (RM112 – RM165)
Dasar solekan yang segar dengan kemasan neutral menjadi asas Anastasia Beverly Hills melancarkan koleksi Spring 2021. Antara koleksi wajib ada adalah brow styling wax,Brow Freeze. Wax jernih ini sesuai untuk semua rona kulit dan bulu kening, menjadikan solekan kening lebih tahan lama serta memukau! Dapatkan juga Iced Out Highlighter untuk kemasan solekan yang segar berkilau, bagai dipantul cahaya.
(2) Gucci Beauty, Koleksi Tahun Baru Cina Rouge A Levres Satin (RM145)
Meraikan perayaan Tahun Baru Cina, Gucci Beauty menampilkan gincu edisi terhad, Rouge A Levres Satin yang hangat berkrim. Tiga rona merah iaitu 513 Emmy Red, 25 Goldie Red dan 505 Janet Rust sedia untuk dipilih, dengan kelembutan bau violet sebagai nota asasnya. Meskipun merah rona kuasa dan kegembiraan, namun tekstur gincu ini yang lembut sangat menyelesakan pemakai.
(3) Fenty Beauty, Edisi Tahun Baru Lunar Lip + Luminizer Set (RM252)
Memukau mata dengan percikan berkilau sempena sambutan Tahun Baru Lunar, Fenty Beauty mempersembahkan set edisi terhad highlighter dan glos bibir hebat. Layangkan highlighter debu Diamond Bomb All-Over Diamond Veil in Royal Icing ke tubuhmu dan calitkan Gloss Bomb Universal Lip Luminizer in Cheeky untuk kemasan bibir rona jingga kemerah-merahan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, tahniah buat Afifah Nasir dan Syed Hariz atas kelahiran cahaya mata sulung mereka baru-baru ini. Sejak hari pertama disahkan hamil, pasangan ini cukup teruja menjadi ibu bapa dan amat menanti-nantikan kelahiran permata hati kesayangan ...