Gaya Hidup

“Sweetnya Ibu Anak Ini,” Gurau Senda Dengan Ratu Hati, Ibu Datuk Syafinaz Bakal Cecah Usia 93!

Datuk Syafinaz Selamat ternyata memiliki pesona tersendiri. Sinonim sebagai juri pelbagai program realiti nyanyian popular, tak dinafikan jelitawan ini mempunyai aura memikat yang mampu membuatkan sesiapa sahaja terpesona dengan peribadinya.

Sering tampil anggun dan elegan, pasti ramai tidak menyangka pensyarah vokal ini sudah pun mencecah usia 50 tahun. Genap menginjak usia separuh abad pada Januari lepas, Datuk Syafinaz menerima pujian ramai apabila wajahnya kelihatan awet muda dan cantik!

Apatah lagi, dia bijak menjaga penampilan diri dan memiliki susuk tubuh ramping persis model! Sekaligus membuatkan wanita ini kelihatan menawan dalam apa jua persalinan.

Sempena ketibaan Syawal baru-baru ini, Datuk Syafinaz ada berkongsi momen istimewa di samping ibu tersayang. Seronok tengok hubungan mesra anak dan ibu ini. Walau sudah mencecah usia lebih 90 tahun, ratu hati Datuk Syafinaz masih boleh menyanyi.

Kongsinya, “By the way, she’s turning 93 October this year. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mendoakan kesejahteraan beliau. She sends her love to every single one of you.”

Penyanyi kelahiran Johor ini juga dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Pingat berkenaan dikurniakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan pada tahun 2018.

Sekitar April 2021, Datuk Syafinaz melancarkan single berjudul Persis Salju. Kerinduan peminat kepada penyanyi bersuara antarabangsa ini terubat menerusi lagu berkenaan memandangkan hampir 20 tahun menunggu ‘buah tangan’ dari Datuk Syafinaz.

Difahamkan wanita berbakat besar ini mula menceburi industri seni seawal umur 7 tahun dan pelbagai pengiktirafan berjaya diraih.

Malah, pengetahuan dan pengalaman Datuk Syafinaz dalam dunia hiburan, seni suara dan persembahan juga menjadikannya antara juri popular yang sering diundang dalam pertandingan nyanyian dan program realiti.

 

IKLAN
Share