Baru-baru ini, NONA ada melaporkan yang Mizz Nina dipilih sebagai antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan tahun ini sebagai penerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan atas segala usahanya dalam misi kemanusiaannya selama ini.
Dan hari ini, Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 42 tahun berkongsi gambar di mana dia dan anaknya, Musa kini sedang menunaikan ibadah umrah. Mizz Nina berkongsi kegembiraaanya dengan hantaran gambar dia mendukung Musa sambil melihat Kaabah. Di tangan Musa turut kelihatan seakan-akan gambar ilustrasi atau buku kota Mekah walaupun masih tidak kelihatan wajahnya.
Meluahkan rasa syukur kerana dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama anaknya, Mizz Nina mengakui sudah lama memberikan pendedahan awal kepada anaknya tentang kota suci itu.
Ads
“Alhamdulilah ya Rabb kerana mengizinkan kami berdua berada di sini. ❤️Sudah berbulan-bulan Musa menonton dan mendengar cerita haji, dan alhamdulillah dapat juga Musa melihat semuanya!”, tulis Miss Nina.
Selain itu, Mizz Nina turut mendoakan Musa menjadi insan yang baik bila besar nanti. “Ya Allah. Jadikan musa sebagai cahaya ummah, dengan ahlaq yang baik, warisan yang kuat dan kehidupan yang dijalani dengan iman, taqwa, soleh dan tawakkal, kurniakan tarbiyyah yang baik dan Semoga al-Quran mengajarnya segala yang perlu diketahuinya untuk mengharungi arus hidup ini dan akhirat aamiin”.
Untuk rekod, pada Mac lalu Mizz Nina memaklumkan dia bersama bekas suami, Noh Salleh mengambil Musa sebagai anak angkat selepas bertahun-tahun menjalani prosedur IVF. Mereka berdua bercerai pada 3 Ogos lepas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
It’s a girl! Ruang roof top Geo Resort and Hotel Genting Highlands semalam gamat apabila Nur Elisya Sandha dan suami tercinta, Uzair Haqimy mendedahkan jantina bayi sulung mereka kepada umum. Seperti dijangka peminat dan kenalan rapat, adik pelakon Fasha Sandha ini hamil anak perempuan. Tahniah!
Dalam temu bual bersama Nona untuk cover digital Jun 2022, Elisya yang kini berusia 23 tahun memberitahu dia bakal melahirkan cahaya mata sulung kira-kira tiga minggu lagi iaitu pada hujung Jun.
“InshaAllah date bersalin pada 28 Jun. Nama baby pun dah ada. Sepanjang mengandung, first trimester je saya alami muntah-muntah sedikit dan masih shooting. Masa shooting Ratu Tenpin 2 dah empat bulan dan perut pun dah nampak sedikit. Tapi sebab pakai baju besar tak nampak sangat.
Alhamdulillah, sepanjang mengandung semua ok je. Cuma sakit-sakit belakang tu biasalah. Saya dapat tahu pregnant bulan November tahun lepas dan masa bersanding di kampung waktu tu usia kandungan dah dua bulan.”
Kata Elisya, sepanjang hamil dia mengamalkan minuman sarang burung dan sibuk menyediakan segala kelengkapan bayi. “Setakat ini semua ok cuma ada beberapa barang yang belum complete. Biasalah anak pertama ni kalau boleh semua nak beli.”
Aktres jelita ini tanpa berselindung memberitahu dia akan berpantang di kediaman Sheila Rusly memandangkan ibunya, Mama Sandha agak sibuk dengan rutin harian. “Saya rasa waktu Mama Sheila lebih fleksibel. Lagipun Mama Sheila ada production sendiri, kalau tak ada shooting, dia boleh jaga saya dan baby. Jadi sebab itu saya rasa lebih convenience duduk berpantang di rumah Mama Shiela.”
Sementara itu, salah seorang individu yang paling menjadi tumpuan dalam acara ‘gender reveal’ semalam sudah tentunya Sheila Rusly. Sebaik mengetahui jantina cucu sulung, kelihatan penerbit popular ini melompat kegembiraan dan sebak. Iyalah, mesti Sheila ternanti-nantikan kehadiran cucu perempuan memandangkan kedua-dua anaknya lelaki.
“Saya selalu cakap dengan dia jangan risau sangat. Just go with the flow. Nak jadi ibu yang baik ni bukan ada buku yang you kena tekun belajar. Tak ada ibu yang perfect di dunia ni. Kita kena tunjuk contoh yang baik dekat anak-anak. Jangan suruh dia buat yang terbaik tapi kita tak berusaha ke arah itu.”
Mengenang kembali momen kehamilan Elisya, Sheila berkata ada kisah lucu di sebalik khabar gembira tersebut. “Saya dah dapat agak (hamil) tapi dia tipu sebab craving dia lain macam. Bila saya tanya period dia lambat, dia tipu. Pernah sekali, lepas dia siap masak semua, dia cakap nak pergi solat.
Walhal dia baru beritahu semalam yang dia period. Lepas tu dia dan Haq ajak pergi makan di Dim Sum Place. Saya tak nak pada mulanya tapi turutkan juga. Sampai sana, dia bagi hadiah dalam kotak putih, dia kata saja beli. Bila buka nampak benda (alat pengesan kehamilan) tu, saya menjeritlah bila tengok.”
Mengulas perancangan untuk memiliki anak kelak, Elisya tidak menolak rezeki namun berharap dapat mempunyai tiga hingga empat orang cahaya mata. “Kalau boleh rancang nak tiga ke empat orang anak je. Keluarga saya ramai, saya ada enam adik-beradik dan dah ada lapan anak buah. Suami pula quite small.
Jadi untuk ada tiga ke empat orang tu dah memadai. Memang saya ada banyak impian dan boleh achieve sebab sebab muda lagi. Ada orang kata pregnant muda-muda ni sayag. Susah nak dapat apa yang saya nak.
Saya rasa tu salah sebab rezeki semuanya datang dari Allah dan rezeki tu akan datang bersama usaha. Saya akan berusaha ke arah tu sambil ada anak di sisi. Saya nak jadikan anak tu sebagai semangat untuk saya capai impian yang belum tertunai.”
Elisya dan Haq selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wah, diam-diam Goh Liu Ying sudah pun mempunyai dua orang anak! Sejak bersara daripada arena sukan tanah air, bekas ratu badminton ini tetap aktif sebagai tenaga pengajar untuk sukan badminton dan membina legasinya sendiri.
Selain sibuk dengan kerjaya itu, Liu Ying tidak ketinggalan menerima jemputan menghadiri majlis atau kempen jenama sukan mahupun kecantikan.
Terbaharu, dia menjadi salah seorang penerima Motherhood Choice Award 2025 menerusi kategori Supermom Awards.
Bukan itu saja, Goh Liu Ying turut menerima pengiktifaran dari Malaysia Book of Records (MBOR) pada Julai lalu selaku Malaysia’s First Female Olympic Badminton Medalist!
Sepanjang menjadi atlet kebanggaan negara, pelbagai pingat berjaya diraih antaranya membawa pulang tiga pingat di Sukan SEA, tiga pingat di Sukan Komanwel dan tiga kali layak menyertai Sukan Olimpik dengan memperoleh satu pingat perak di Rio pada 2016.
Lebih istimewa, figura berusia 36 tahun ini selamat melahirkan anak kedua yang merupakan bayi perempuan pada 5 Mei 2025.
Berkongsi detik kelahiran di media sosial, Liu Ying memperkenal cahaya mata kesayangan kepada followers dan peminat. Difahamkan bayi perempuan berkenaan diberi nama Thea Tee.
Sebelum kehadiran Thea, Liu Ying dan suami mempunyai seorang anak lelaki yang menginjak usia dua tahun iaitu Kai Kai. Anak sulungnya lahir pada detik bermakna iaitu 31 Ogos 2023 bersempena Hari Kebangsaan.
Bekas atlet kelahiran Melaka ini mengumumkan persaraan daripada dunia badminton pada 11 Januari 2023 sebelum mengesahkan perkahwinan dan kehamilan anak sulungnya pada pertengahan April 2023.
Pun begitu, Liu Ying tidak berkongsi butiran jejaka pilihan dan wajah suami tercinta kepada khalayak.
Menurut portal olahraga berbahasa Mandarin Wellsport.asia, Goh Liu Ying memberi gambaran suaminya merupakan seorang usahawan yang ditemui sejak dia masih aktif dalam sukan badminton.
Moga rumah tangga Liu Ying dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nauzubillah! Bayangkan dalam keadaan jalan raya yang sesak dan di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur pun jenayah kecurian pecah kereta berleluasa, inikan pula kalau kita memandu malam seorang diri.
Kejadian yang baru berlaku kepada Peneraju Kanan Bernama Radio, Nazira Noran ini patut menjadi peringatan penting buat golongan wanita yang memandu kereta bersendirian.
Selepas memecahkan cermin kereta mangsa, pencuri yang menaiki motosikal itu terpaksa ‘berputih mata’ kerana hanya sempat mengambil steering lock di tempat duduk penumpang.
Meskipun masih panik dan terkejut, tindakan pantasnya bergegas ke balai polis untuk membuat laporan mungkin dapat menyelamatkan mangsa lain daripada ditimpa kes yang sama. Ikuti perkongsian beliau di bawah.
=======================
08.10.17 Innalillahi wainna ilaihir rojiuun. Musibah ini hadiah.
Alhamdulillah, saya selamat walau sedikit tercedera di tangan kerana 2 penjenayah bermotosikal memecahkan cermin kereta di traffic light Jalan Ampang, berdepan Balai Polis Jalan Tun Razak waktu Maghrib tadi.
Penjenayah tadi cuba mengambil handbag di seat sebelah, tapi yang dirembatnya steering lock saya. Handbag saya biasanya letak di kaki, tapi tadi handbag ada di atas riba kerana saya sedang mengambil charger handphone.
Saya tengah tunduk dan membalas mesej Whatsapp kawan, jadi mata saya juga terselamat dari terkena serpihan kaca. Kejadian berlaku terlalu pantas, 10-30 saat motosikal yang mengambil barang itu lesap dengan steering lock saya.
Alhamdulillah sebelah kanan saya balai polis, jadi saya terus membuat pusingan U-turn dan buat laporan polis. Syukur semuanya selamat.
Peringatan untuk wanita yang memandu sendirian. Jangan, jangan, jangan sesekali letak handbag kat seat kiri. Saya yang tak letak handbag kat situ pun dia masih nak pecahkan kereta dan rembat apa yang ada kat seat sebelah.
InsyaAllah pengajaran untuk saya dan semua wanita untuk tidak memberi peluang kepada penjenayah. Ini peringatan juga untuk saya dan wanita lain di stesen minyak atau tempat berisiko. Kalau berjalan seorang, lebih baik letak purse dalam poket saja.
=======================
Kata Nazira lagi, pencuri itu cuba memecahkan cermin keretanya sebanyak dua kali menggunakan senjata tajam menyerupai besi dan kapak. Norzalina Mohd Alias
Sumber: Facebook Nazira Noran
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.