
Di tengah arus dunia digital yang bergerak pantas, satu nama sedang meniti bibir para wanita moden — SyurgaWanita.com, platform beli belah dalam talian yang dicipta oleh wanita, untuk wanita. Didorong oleh semangat memperkasa golongan Hawa agar menjadi pengguna berwibawa dan peniaga berjaya.
Baru-baru ini, bertempat di The Ritz-Carlton Kuala Lumpur, Syurga Wanita menganjurkan sebuah majlis eksklusif yang menandakan babak baharu dalam industri e-dagang wanita di rantau ini.
Majlis berprestij itu bukan sekadar meraikan keanggunan wanita, tetapi turut menzahirkan kehadiran sebuah jenama yang bakal menjadi simbol empowerment dan gaya hidup digital masa depan.
Visi Wanita untuk Wanita
Diasaskan oleh Ms Enica, seorang usahawan dan pengilang berwawasan tinggi, SyurgaWanita.com dibangunkan atas dasar percaya bahawa setiap wanita berhak menikmati pengalaman membeli-belah yang selamat, menyeronokkan dan berdaya saing.
Platform ini bukan sekadar tempat membeli barangan — ia adalah komuniti digital yang menghimpunkan ribuan pempengaruh, usahawan dan pengguna wanita dari pelbagai latar belakang.
“Syurga Wanita diwujudkan sebagai ruang eksklusif untuk wanita tampil yakin, bergaya dan berani Ia bukan hanya tentang membeli-belah, tetapi tentang membina komuniti yang saling menyokong dan menginspirasi,” ujar Ms Enica ketika ditemui di majlis pelancaran.
Tahun ini, Syurga Wanita menetapkan matlamat besar — untuk menghimpunkan 1,000 Key Opinion Leaders (KOL) dan pempengaruh dari seluruh Malaysia bagi memperkukuh kehadiran jenama di pasaran digital. Dan perjalanan mereka tidak terhenti di situ.
Selepas menembusi pasaran Hong Kong dan China, bulan ini Syurga Wanita secara rasmi memasuki pasaran Indonesia, sekali gus mengorak langkah pertama ke arah menjadi platform e-dagang wanita paling berpengaruh di Asia.
Syurga Wanita yang merupakan hak milik sepenuhnya dari Malasia menyasarkan untuk menghimpunkan 100 jenama eksklusif wanita menjelang 2026 serta mencapai 1 juta pelanggan aktif dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Sehingga kini, Syurga Wanita telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa termasuk China, Hong Kong dan Indonesia yang memfokuskan kepada keperluan dan gaya hidup wanita moden, dengan menawarkan ratusan produk daripada pelbagai kategori termasuk kecantikan, fesyen, kesihatan dan gaya hidup.
ADIRA SUHAIMI x SYURGA WANITA: Haruman Eksklusif, Sentuhan Selebriti
Pertama kali diadakan di The Ritz- Carlton, Kuala Lumpur, Syurga Wanita baru-baru ini meraikan tiga pemenang utama yang bertuah menerusi peraduan atas talian ‘Wanita Bergaya 2025’ di mana masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai serta hadiah istimewa tajaan Syurga Wanita. Menariknya, ia dihadiri ramai pelanggan setia, selebriti antaranya Datuk Alha Alfa serta Shanel Harun, serta pempengaruh yang diadakan di The Ritz- Carlton, Kuala Lumpur.
Selain itu, antara kemuncak ialah pelancaran wangian eksklusif ADIRA SUHAIMI X SYURGA WANITA sebuah kolaborasi yang menyatukan pesona selebriti dan keanggunan wanita moden.
Menurut Adira, dia cukup menitikberatkan citarasa orang ramai dalam pemilihan haruman sebelum mengambil keputusan untuk melancarkan dua jenis minyak wangi edisi khas iaitu ‘Flora Syurga’ dan ‘Aura Wanita.’
Jelas Adira lagi, proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk kedua-dua minyak wangi tersebut mengambil masa hampir sebulan bagi memastikan kualiti dan aroma yang menepati citarasa dirinya serta wanita Asia moden.
“Saya memilih untuk bekerjasama dengan Syurga Wanita kerana percaya platform e-dagang tersebut memiliki potensi besar untuk berkembang kerana misi yang jelas dan terarah.
Jelas Enica, 500 pempengaruh kini bersedia untuk mempromosikan produk ini kepada jutaan pengikut di media sosial, menjadikan pelancaran bertambah Istimewa.
Pengalaman Membeli-Belah Tanpa Batasan
SyurgaWanita.com direka dengan keutamaan terhadap pengalaman pengguna — dari antaramuka mesra pelanggan hingga ke sistem keselamatan transaksi yang tinggi. Di sini, wanita bukan sekadar pembeli tetapi juga pencipta peluang — dengan akses kepada pelbagai produk eksklusif, jenama tempatan premium, serta ruang niaga digital yang menghubungkan mereka dengan pelanggan di seluruh dunia.
Jelas pengasas Syurga Wanita, Enica berkata, platform ini bukan sekadar sebagai pusat beli-belah, tetapi sebagai satu ekosistem sokongan untuk wanita dan usahawan tempatan yang mahu mengembangkan jenama mereka dengan lebih strategik.
Antara jenama tempatan yang kini berada di bawah platform ini termasuk produk kecantikan, kesihatan dan gaya hidup daripada personaliti terkenal tanah air seperti Dato Seri Alha Alfa, Adira Suhaimi dan Shanell Harun, selain beberapa jenama baharu yang turut memasarkan produk eksklusif mereka secara digital.
Lebih istimewa, Syurga Wanita turut mengetengahkan konsep “shopping with happiness” — membeli-belah dengan rasa bahagia, bebas dan dihargai. Ia menjadi safe space digital untuk wanita mengekspresikan diri tanpa batasan, sambil menikmati produk kecantikan, fesyen, gaya hidup dan penjagaan diri daripada jenama terpilih.
“Platform ini saya sediakan khusus buat kaum wanita untuk membeli-belah dengan mudah dalam satu platform. Terdapat banyak jenama yang sudah pun bersama kami dan pelanggan bebas untuk membeli mana-mana produk pilihan mereka. Yang pasti, banyak lagi jenama akan hadir bagi memeriahkan platfrom ini” jelas Enica lagi.
Selain memfokuskan kepada jualan, Syurga Wanita juga menekankan pendekatan komuniti, di mana pelanggan dan usahawan boleh saling berinteraksi, mendapatkan bimbingan pemasaran, serta menyertai kempen promosi bersama KOL yang dilantik.
Platform ini turut menawarkan pelbagai ganjaran menarik termasuk eWallet Rewards, Lucky Draw, Purchase with Purchase dan hadiah eksklusif seperti barangan elektronik, kereta dan tiket penerbangan. Jadi apa tunggu lagi! Jom layari Syurgawanita.com sekarang, dan alami pengalaman membeli belah yang menakjubkan.
This website uses cookies.