
Alhamdulillah, patutlah nampak makin berseri-seri ketika di acara berprestij Nona Superwoman Award baru-baru ini. Seri ibu mengandung rupanya.

Tahniah buat aktres jelita berwajah Pan Asia, Che Puan Juliana Evans yang baru sahaja berkongsi khabar gembira dirinya hamil anak kedua.

CP Juliana memuat naik hantaran tentang perkhabaran itu di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

“We are happy to announce our second one is on the way and we are very excited for it.”

Aktres berketurunan Melayu-England ini turut meminta agar para pengikut serta peminat mendoakannya.
“Doakan yang baik-baik,” tulis penerima Nona Beauty Award ini di ruangan kapsyen dengan tanda pagar #22weekspregnant #secondtrimester

Perkongsian itu dibalas dengan iringan doa dan ucapan tahniah dari para pengikut dan peminatnya.
“May Allah ease everything, sis and husband”
“Alhamdulillah take care!”
“You can tell your physical looks pregnant even before the announcement.”

Untuk info, CP Juliana mendirikan rumahtangga dengan kerabat diraja Johor-Selangor, Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017.

Mereka dikurniakan seorang puteri, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine yang kini berusia tiga tahun.

Majalah Nona mendoakan agar dipermudahkan fasa kehamilan dan kelahiran CP Juliana kali ini.
Kredit Foto: Instagram Juliana Evans
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Koleksi Hijab & Bekas Air Terhad Edisi dUCk x Starbucks Bakal Jadi “Collectible Item”

Khusus buat penggemar jenama dUCk , ini merupakan peluang anda menambahkan koleksi kegemaran anda bukan sahaja dalam bentuk fesyen, malah kini ia bakal menjadi kegilaan dengan kolaborasi bersama Starbucks!

Bermula 27 September 2022 sehingga stok masih ada, dUCk dengan kerjasama Starbucks Malaysia telah hadir dengan koleksi fesyen baharu edisi terhad kepada umum yang dikenali sebagai dUCk + Starbucks Blooming Collection.
“Selepas rumah dan pejabat, Starbucks adalah rumah ketiga saya! Jenama Starbucks telah banyak memberi inspirasi kepada saya dan kolaborasi ini sememangnya amat bermakna buat The dUCk Group,” ujar Datin Vivy Yusof, usahawan dan pengasas bersama The dUCk Group.


Membawakan item-item harian yang dekat dengan pelanggan seperti selendang, beg tote, bekas air dan juga termos, koleksi kerjasama antara dua jenama ini hadir dengan tema warna ungu yang merupakan warna ikonik untuk The dUCk Group.

Manakala dari segi rekaan pula, ia menampilkan ilustrasi yang menggabungkan beberapa jenis bunga seperti bunga raya, orkid, ros dan banyak lagi.

Selain daripada koleksi fesyen, kolaborasi dUCk + Starbucks turut memperkenalkan kad edisi terhad dengan nilai pengaktifan kad minimum RM100 bagi setiap satu kad. Manakala setiap produk yang ditawarkan bermula dari RM95 ke atas. Jadi, jangan lepas peluang memiliki koleksi terhad ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tersentuh Jiwa Penyayang DATIN EINA AZMAN, Hadiahkan Gelang Emas Untuk ‘Maid’ Sempena Birthday!

Datin Paduka Eina Azman memang terkenal dengan sikap dermawannya. Pernah menjadi bualan kerana prihatin membantu bayi bernama Thaqif Arjuna yang mengalami masalah kulit serius sekitar tahun 2018, kali ini aktres jelita tersebut sekali lagi menarik perhatian peminat apabila melayan pembantu rumah seperti keluarga sendiri.
Saban tahun Datin Paduka Eina tidak lupa meraikan ulang tahun kelahiran para pembantu rumah sebagai menghargai jasa mereka. Kali ini, dia sekali lagi menggembirakan pembantu rumah kesayangan yang dikenali Bibik Megawati dengan menghadiahkan seutas rantai tangan emas. Pemurah betul isteri Datuk Paduka Kaiser ni!
Yang pasti ini bukan pertama kali Datin Paduka Eina memberi hadiah kepada Megawati. Malah tahun lalu, dia menghadiahkan seutas rantai emas kepada pembantu rumah bertuah tersebut.



Memuat naik video sambutan ulang tahun kelahiran Megawati di Instagram miliknya, kongsi Datin Paduka Eina, “Selamat Ulang Tahun buat bibik yang paling saya sayang Megawati yang ke 25 tahun. Terima kasih atas segala apa yang kamu berikan untuk keluarga saya.
Saya sedih sebab ni birthday Mega yang terakhir sebelum Mega balik ke Acheh selepas 5 tahun bekerja dengan saya. Mega ni apa yang dia tak boleh buat? Semua boleh… Nak dapat bibik baru memang senang tapi belum tentu boleh dapat macam kamu.
Post ni special untuk kamu Megawati sebab saya sayang kamu. Sekian dari saya majikan mu yang suka bebel, Eina Azman.”
Menerusi video berkenaan, Megawati melompat kegembiraan dan memeluk majikannya apabila mendapati kotak hadiah tersebut mempunyai seutas rantai tangan emas. Jelas kedengaran Megawati memberitahu yang dia turut menerima kasut pada hari sebelumnya.


Celah Datin Paduka Eina, dia menghadiahkan dua rantai dan satu gelang emas buat Megawati sepanjang wanita berkenaan bekerja dengannya. Malah sempat berseloroh yang pembantu rumah berkenaan antara yang paling banyak buat perangai tapi bibik yang paling dia sayang.




Datin Paduka Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-27 pada 14 Mac lalu. Jelitawan ini bergelar isteri kepada usahawan Datuk Paduka Kaiser pada 31 Ogos 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sajian Istimewa Dengan Sentuhan Imaginasi Membangkitkan Semangat Musim Perayaan. Kembalikan Memori Zaman Kanak-Kanak!

Terliur melihat deretan kek dan pastri yang terdapat di The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) apatah lagi dalam suasana menyambut perayaan Krismas kali ini. Walaupun suasana musim perayaan dalam keadaan negara masih berhadapan Covid19, kemeriahannya tetap terasa. Ingin mencari sedikit keseronokan pada musim cuti ini?

The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) adalah apa yang anda perlukan, lawatan singkat ke dunia fantasi Alice in Wonderland dengan sajian yang memberi inspirasi! Cantik dilihat, enak dimakan, jadi ambillah peluang ini untuk menghilangkan rasa kebosanan dengan meraikan keajaiban dan keindahan imaginasi yang aktif.

“Musim percutian selalunya memerlukan sesuatu yang istimewa, dan lebih-lebih lagi pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya, rasanya seperti kita perlu menghilangkan diri seketika dari dunia nyata. Untuk meraikan musim ini, The Coffee Bean & Tea Leaf sangat gembira untuk berkongsi menu perayaan kami, dengan segala jenis sajian yang boleh memenuhi pelbagai saiz jamuan,” kata Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan, The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia.

Berkesempatan berkunjung keThe Coffee Bean & Tea Leaf baru-baru ini, penulis amat menggemari manisan dikenali sebagai The Red Queen. Mana tidaknya, pastri enak ini berinti karamel, kopi dan mousse coklat yang tersembunyi di bawah kerak merah coklat badam yang mewah rasanya. Untuk lebih pilihan, tidak perlu gusar untuk membuat pilihan dengan adanya kek Minted Ever After, campuran coklat gelap dan pudina yang dihiasi krim, kismis merah dan dan rosemary segar, atau Velveteen’s Wish atau kek red velvet berhias cebisan biskut rangup dan mousse keju.

Apabila berdad di hadapan kaunter kek, pasti rambang mata hendak memilih kek untuk dinikmati bersama keluarga. Jika terlalu sukar untuk memilih semua sajian enak yang ditawarkan ini,, pek Alice’s Tea Party boleh dijadikan pilihan. Seleksi sajian bersaiz kecil terdiri daripada Hatter’s Winter Log, Jolly Breadman, Tweedle Tart dan Minted Ever After. Anda juga boleh menambah di antara Jolly Breadman atau biskut mentega Once Upon A Door pasti memenuhi citarasa anda.

Bagi melengkapkan kesemuanya, cubalah minuman Chocolate Cookie, kombinasi espresso premium dengan biskut coklat enak untuk minuman percutian yang menggoda selera! Bolehlah memilih di antara minuman Chocolate Cookie Ice Blended , minuman Pure Chocolate Cookie Ice Blended atau Chocolate Cookie Latte panas/ais.
Selain itu, inilah masanya untuk menikmati minuman popular Double Chocolate Peppermint, yang ditampilkan sebagai minuman Double Chocolate Peppermint Ice Blended, Pure Double Chocolate Peppermint Ice Blended, Double Chocolate Peppermint Latte dan Peppermint Nitro Latte ( di restoran terpilih). Paling menarik, kanak-kanak juga boleh menikmati minuman versi tanpa kopi iaitu Double Chocolate Cocoa manakala pencinta teh boleh menghayati keasyikan Peppermint Tea panas.
Dengan begitu banyak pilihan, ambillah peluang ini untuk menikmati hidangan enak bersama minuman percutian anda, dan cubalah Black Pepper Chicken Sandwich (RM19.80) yang baharu!

Item baharu bagi meraikan musim percutian yang sibuk atau dalam suasana selesa di rumah anda termasuklah Holiday Blend, Peppermint Tea dengan adunan teh hijau, French Deluxe Vanilla Powder Edisi Terhad 8oz, Peppermint Chocolate Powder dan Hazelnut Powder (RM40/tin). Bahkan Hydro Flask Series dan Frost Tumbler Series turut ditawarkan dalam rekaan baharu yang cantik.
Sejajar dengan musim pemberian hadiah, Tag Hadiah CB&TL yang popular kembali lagi dengan rekaan baharu, di mana keuntungan jualan akan disalurkan ke inisiatif Caring Cup. Tahun ini, penerimanya ialah Assunta Integrated Social Services iaitu program kelolaan Hospital ASSUNTA, untuk membantu mengutip dana bagi menambah baik peralatan dan bekalan barang asas klinik bergerak mereka yang baharu. Dengan sokongan tambahan ini, mereka akan terus memberikan bantuan perubatan dan penjagaan kesihatan bagi kumpulan terpinggir.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


