Gaya Hidup

“Tak Ada Orang Lebih Tahu KEPEDIHAN Yang Kami Lalui, Melainkan Anda Sendiri Berada Dalam LUKA Kami!” – DATO’ FAZLEY YAAKOB

Usai saja keputusan pilihan raya umum ke14 pada 10 Mei lalu, nama Dato’ Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Ahmad menjadi bualan ramai. Tidak hanya hangat diperkatakan di media sosial, kisah mereka berdua turut menjadi carian popular di Internet pada hari berkenaan. Semuanya dek kerana pendedahan ‘panas’ pasangan ini tentang sikap bekas Perdana Menteri dan isteri yang juga ibu kandung Datin Azrene. Lebih 12 tahun mendiamkan diri, akhirnya segala perasaan yang dipendam selama ini diluahkan di laman Instagram masing-masing.

Seperti yang dijangkakan, pendedahan tersebut nyata mengejutkan ramai pihak. Hinggakan berbelas ribu reaksi mengisi ruangan komen di Instagram mereka berdua. Ada yang menyokong tindakan Dato’ Fazley dan isteri.. tidak kurang juga yang mengeji.

Berpeluang meraih penjelasan secara bersemuka dengan Juara MasterChef Selebriti Malaysia ini ketika sesi fotografi Nona Julai 2018, bapa kepada empat orang anak ini mengakui beliau ada sebab tersendiri untuk berbuat demikian. Dengan riak wajah tenang sambil mengenggam erat jari isteri tercinta di sebelahnya, Dato’ Fazley menyusun bicara.

“Buat mereka yang mungkin tak tahu apa yang sebenarnya kami lalui sepanjang 13 tahun lepas, sekarang anda dah tahu. Buat anda yang tahu tapi meragui kesahihan cerita kami, terpulang kepada anda. Yang paling penting, tak ada orang yang lebih tahu kepedihan apa yang kami lalui melainkan anda sendiri berada dalam ‘luka’ kami.”

Bagi Datin Azrene pula, “Walaupun kita senyum, kita nampak senang tak semestinya senyum dan kesenangan itu bermakna kita sentiasa senang. Jadi dalam maknanya… kalau nak kupas, kupaslah.”

Tambah Dato’ Fazley lagi, “Sebagai ketua keluarga, jawapan saya mudah saja. Apabila kami post

sesuatu di social media, apa yang tertulis di social media itulah ia. Maksudnya kami post untuk mencari kesepakatan bersama keluarga, untuk menyatakan apa yang perlu dinyatakan. Tapi kalau nak tahu lebih-lebih, hanya apa yang kami nyatakan di social media. Maknanya, kalau nak dapat cerita tambahan itu tak adalah. Habis dekat situ pada hari tersebut. Dah post, dah sudah.. selesai,”

Tahun ini, masuk tahun ke-13 pasangan romantis ini mengecap nikmat berumah tangga. Lebih indah, mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata pada Oktober lepas yang merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Hasil perkongsian hidup bersama, Dato’ Fazley dan Datin Azrene mempunyai empat orang anak iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.

Bercerita tentang perkembangan terbarunya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Asmara Ini berkata, beliau kini dalam perancangan untuk meluaskan lagi empayar perniagaan. “Perancangan saya inshaAllah akan buka restoran keempat. Setakat ini mempunyai Suka Sucre Bistro dan Mamanda. Di Suka Sucre Bistro, Azrene adalah head cake designer

. Kek perkahwinan tertinggi di Malaysia yang dibuat oleh Azrene masa perkahwinan Mawar Rashid dan Raff yang dihasilkan Azrene sendiri dan team beliau. Perancangan kami untuk lebarkan empayar perniagaan makanan, album masih lagi ada inshaAllah lepas Raya ada album terbaru saya, ada cameo dalam drama dan program TV serta sebagainya.”

Ikuti kisah selanjutnya tentang mereka berdua dalam naskhah Nona Julai 2018. Kini di pasaran!

 

IKLAN
Share