Fesyen

Tampil Lebih FABULOUS Dengan JUMPSUIT, Ini EMPAT Tip Melaram JUMPSUIT Buat Wanita BERHIJAB!

Fesyen jumpsuit kian mendapat tempat di kalangan penggemar fesyen termasuk wanita berhijab. Siapa kata jumpsuit tidak boleh digayakan oleh wanita berhijab? Dengan penataan gaya yang betul, gaya wanita muslimah mampu menjadi lebih stailo dan trendy. Jika anda khuatir dilabel sebagai fesyen ‘Teletubbies’, jom Nona kongsikan tip bagaimana anda boleh ber-jumpsuit tetapi masih menutup aurat!

PADANAN KARDIGAN
Tambahan seperti kardigan atau jaket tipis adalah perlu memandangkan kebanyakan jumpsuit tidak berlengan. Sebagai wanita berhijab, pilihlah kardigan yang mempunyai potongan panjang yang boleh menutup sebahagian belakang tubuh anda. Jika anda tidak gemar mengenakan kardigan, pilih jumpsuitberlengan panjang yang mempunyai potongan lengan jenis ruffle.

PEMILIHAN WARNA
Pemilihan dari segi warna adalah penting kerana warna memberi kesan pada bentuk fizikal seseorang. Dalam pemilihan jumpsuit, pilihlah warna gelap supaya tidak terlalu menampakkan bentuk tubuh badan anda. Sama ada anda kurus atau gemuk, warna gelap mampu menutup ‘cela’ pada tubuh. Jika anda lebih gemar memilih warna pastel, pastikan warna pastel bukan kosong sebaliknya bercorak.

KENAKAN AKSESORI
Jangan lupa aksesori seperti rantai panjang dan gelang manik. Biar jadi penggemar fesyen hippies yang sedikit ‘selekeh’ tetapi masih mempunyai gaya menarik tetapi bukan fesyen teletubbies yang menjadi bahan ketawa orang sekeliling. Apa pendapat anda?

SAIZ
Dari segi saiz pula, elak memilih saiz jumpsuit yang hanya muat pada saiz tubuh anda. Adalah lebih baik memilih saiz jumpsuit sedikit lebar atau besar supaya pergerakan tidak terlalu terhad dan anda tidak merasa kekok atau malu apabila berpakaian ketat. Pemilihan potongan kaki pada seluar yang besar adalah lebih selamat dan bukannya berpotongan ‘skinny’.

 

IKLAN
Share