Fesyen jumpsuit kian mendapat tempat di kalangan penggemar fesyen termasuk wanita berhijab. Siapa kata jumpsuit tidak boleh digayakan oleh wanita berhijab? Dengan penataan gaya yang betul, gaya wanita muslimah mampu menjadi lebih stailo dan trendy. Jika anda khuatir dilabel sebagai fesyen ‘Teletubbies’, jom Nona kongsikan tip bagaimana anda boleh ber-jumpsuit tetapi masih menutup aurat!
IKLAN
PADANAN KARDIGAN
Tambahan seperti kardigan atau jaket tipis adalah perlu memandangkan kebanyakan jumpsuit tidak berlengan. Sebagai wanita berhijab, pilihlah kardigan yang mempunyai potongan panjang yang boleh menutup sebahagian belakang tubuh anda. Jika anda tidak gemar mengenakan kardigan, pilih jumpsuitberlengan panjang yang mempunyai potongan lengan jenis ruffle.
PEMILIHAN WARNA
Pemilihan dari segi warna adalah penting kerana warna memberi kesan pada bentuk fizikal seseorang. Dalam pemilihan jumpsuit, pilihlah warna gelap supaya tidak terlalu menampakkan bentuk tubuh badan anda. Sama ada anda kurus atau gemuk, warna gelap mampu menutup ‘cela’ pada tubuh. Jika anda lebih gemar memilih warna pastel, pastikan warna pastel bukan kosong sebaliknya bercorak.
KENAKAN AKSESORI
Jangan lupa aksesori seperti rantai panjang dan gelang manik. Biar jadi penggemar fesyen hippies yang sedikit ‘selekeh’ tetapi masih mempunyai gaya menarik tetapi bukan fesyen teletubbies yang menjadi bahan ketawa orang sekeliling. Apa pendapat anda?
IKLAN
SAIZ
Dari segi saiz pula, elak memilih saiz jumpsuit yang hanya muat pada saiz tubuh anda. Adalah lebih baik memilih saiz jumpsuit sedikit lebar atau besar supaya pergerakan tidak terlalu terhad dan anda tidak merasa kekok atau malu apabila berpakaian ketat. Pemilihan potongan kaki pada seluar yang besar adalah lebih selamat dan bukannya berpotongan ‘skinny’.
Gaya Datin Sri Nurheliza Helmi sentiasa menjadi perhatian peminat. Meskipun terkenal dengan imej Islamik, namun beliau bijak mengolah gaya agar kelihatan lebih santai dan fun! Contohnya mengenakan flower crown dan selendang seperti kain layah agar tidak terlalu kelihatan seperti ustazah.
Sebut tentang ustazah, pasti tergambar di fikiran imej tudung sarung labuh yang sopan. Menyedari bahawa itulah syariat berpakaian Islam yang sebenar, Heliza terus mengekalkan gaya tersebut tapi dalam ‘definisi’ beliau yang tersendiri.
Teringat dalam pertemuan eksklusif Majalah Nona dengan Heliza semalam, wanita comel berusia 36 tahun itu tampil manis dalam kerudung bawal merah jambu dipadankan jubah Mekah yang sedondon. Sopan dan manis sangat! Terinspirasi nak bergaya Muslimah sebaik beliau.
Merdunya suara Heliza berselawat, jom tonton rakaman di sebalik tabir video Inspirasi Nona dan tutorial style tudung ni…
HELIZA HELMI HIJAB
Sejak dulu personaliti Heliza yang mesra membuatkan wanita bersuara merdu ini disenangi media. Pemegang ijazah dari Universiti Malaysia Sabah itu masih aktif berniaga dan menjalankan pelbagai misi-misi kemanusiaan, selain memenuhi jemputan seni di sekitar Kuala Lumpur.
Antara bisnes Heliza adalah Heliza Helmi Hijab yang diusahakan sejak belum berkahwin lagi. Tudung segi empat bidang 50 memberikan litupan yang baik untuk tubuh, labuh selesa, patuh syariat dan boleh digayakan dengan bermacam cara.
Koleksi terbaharu Shasya Habib X Heliza Helmi khabarnya sold out dalam tempoh yang singkat. Bukan corak yang cantik je, tapi material kain cotton voile berkualiti menjadikan awning pemakai sentiasa ‘on-point’ dan terletak cantik sepanjang masa. Sesuai sangat untuk golongan mak-mak beranak kecil, tudung labuh ni dijamin menutupi aurat.
“Zup zap zup zap dah siap! Sesuai sangat untuk wanita sibuk, tak buang masa untuk digayakan. Senang nak bentuk, paling penting tak berat, tak pekak dan tak ‘kepam’.” Heliza Helmi
Boleh tengok inspirasi gaya tudung labuh macam Heliza Helmi untuk acara harian. Memang santai dan sopan, tetap menutupi aurat tanpa kelihatan terlalu formal macam guru agama di sekolah. Esok boleh cuba!
Kuala Lumpur Fashion Week menjadi taruhan pereka-pereka tempatan dalam menampilkan idea masing-masing. Antara jenama popular yang menarik perhatian penulis adalah Arared. Jenama yang terkenal di kalangan wanita-wanita urban dan moden ini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan penyertaan sulung mereka di KLFW.
Mempertaruhkan koleksi musim spring/summer 2018, Arared menyuntik aura gadis perancis ke dalam 12 rekaan mereka. Daripada perincian tulle, draping, half-peplum, riben besar sehinggalah cetakan tulisan oui yang bermaksud ya dalam bahasa perancis, kesemua rekaan ini pastinya bakal menjadi kegilaan wanita yang berani bergaya.
Dari segi pemilihan warna, Arared selesa bermain dengan warna pastel lembut yang sesuai digayakan ke apa jua acara. Boleh dikatakan, warna pastel sebenarnya memiliki aura timeless yang tidak akan lapuk dek zaman. Rekaan yang menarik perhatian penulis dari koleksi ini t-shirt bercetak Oui! yang diberikan sentuhan ropol pada penhujung lengan baju. Ia satu penyataan fesyen yang cukup elegan dalam gaya yang santai.
Melengkapkan setiap look yang dipersembahkan, sepatu dari jenama tempatan, Kulet menghiasi kaki setiap peragawati.
Penampilan anggun untuk wanita korporat adalah kunci utama untuk bergaya ketika bertemu dengan pelanggan mahupun rakan perniagaan. Wanita korporat dikaitkan dengan gaya serius dan kemas ketika ke pejabat. Apabila menempatkan diri dalam bidang perniagaan atau dunia korporat, gaya seseorang itu amat penting kerana kita menjadi tumpuan apabila sedang membentangkan kertas kerja atau berucap di dalam bilik mesyuarat.
Ada yang percaya bahawa tahap keyakinan seseorang timbul melalui cara kita berpakaian dan seterusnya akan membangkitkan tanggapan pertama daripada khalayak ramai. Maka pada hari ini pelbagai kemeja berkolar, blazer, skirt dan seluar menjadi pilihan wanita ketika hendak ke pejabat. Rekaan terkini yang menepati peredaran zaman jangan dijadikan alasan untuk kelihatan kusam dan serabut. Melangkah keluar dari kereta mewah anda, sudah pasti ramai yang melirik atau tak kurang juga yang memandang dari atas hingga ke bawah apa yang anda pakai.
Perasaan tidak selesa timbul takut ada yang mengatakan ketidak serasian pakaian pejabat anda terserlah. Maka, pemilihan pakaian pejabat yang kena dengan diri anda menjadi aset agar tampil bergaya. Untuk anda yang perlu kelihatan professional ketika menghadiri urusan pejabat, penampilan yang bijak dan elegan sudah tentu menjadi pilihan yang tepat dengan padanan yang sesuai dan berkarisma. Kepentingan Sut Wanita Korporat Menggambarkan personaliti, keyakinan, kematangan dan menampakkan ciri intelektual sebagai wanita korporat.
Direka untuk wanita korporat ketika menghadiri majlis dan acara yang melibatkan perniagaan atau urusan rasmi pejabat. Pakaian korporat menunjukkan betapa seriusnya anda ketika menjalankan tugasan. Membolehkan anda berkomunikasi dengan baik dan meningkatkan tahap keyakinan anda Sut dihasilkan dengan beberapa rekaan antaranya termasuklah sut tiga helai, sut dua helai dan sut santai yang dihasilkan dari fabrik Satin Tweed, Sutera dan Suede Koduroi.
Jika berhajat untuk membeli sut baru pastikan kualiti fabrik menjadi perhatian utama anda. Ini kerana kualiti yang baik membolehkan anda bergerak selesa ketika menjalankan tugas. Pastikan padding tidak terlalu tebal pada bahu sut kerana ia akan mencacatkan penampilan anda bak pemain ragbi.
Blazer hendaklah mempunyai ruang untuk blaus, vest dan cardigan yang hendak dipakai. Pastikan kemeja lengan panjang selesa dengan blazer yang hendak disarung. Skirt dan blazer Padanan dua persalinan ini paling sesuai untuk wanita korporat. Ia menonjolkan ketrampilan anda sebagai seorang wanita yang berkarisma. Walaupun matlamat anda adalah untuk ke pejabat, namun ia juga sesuai jika anda ingin bersantai selepas waktu kerja. Mungkin ingin duduk menenangkan tekanan kerja bersama-sama rakan.
Gayakan skirt dan blazer dengan warna hitam atau biru tua ketika hendak menghadiri majlis formal. Tip Wardrobe untuk sut anda, pastikan sut yang dipilih sesuai dengan bidang pekerjaan dan stail anda Pastikan anda memakai stoking kulit dan kasut bertutup ketika menggayakan sut dengan skirt. Walau bagaimanapun, sut yang dipadankan dengan seluar panjang adalah paling selamat jika anda kurang gemar menyarung stoking kulit Warna hitam dan biru gelap adalah merupakan warna korporat yang tampil professional.
Membeli sut rona cerah juga tidak menjadi halangan untuk anda tampil berani bergaya ke pejabat seperti rona merah jambu atau kelabu. Harus ambil tahu tip ini. Tip pakaian Pejabat Untuk urusan rasmi – padanan skirt dan blazer atau seluar dan blazer. Kasut bertutup (bukan sandal). Gayakan dengan kemeja kain lembut, dandanan rambut yang kemas, aksesori, dan sedikit solekan sudah memadai. Gaya korporat ala kasual – Pakaian seperti sundress yang digayakan bersama blazer hitam tampil kasual ketika ke pejabat tetapi pastikan tidak terlalu santai. Boleh juga dipadankan antara blaus bercorak bunga atau abstrak dengan skirt rona yang bersesuaian dengan blaus.
Pakaian kasual hari Jumaat – sesetengah organisasi mempunyai shirt polo yang bercetak logo organisasi tersebut. Maka, sesuai digayakan dengan khakis atau denim tetapi asalkan kemas dan tampil professional. Berbaju kurung juga buat anda kelihatan manis dan sopan. Sesekali gayakan dengan rantai manik yang ringkas rekaannya. Jangan pula seperti menghadiri majlis perkahwinan.
Tentukan matlamat kenapa anda ingin bergaya ketika ke pejabat. Adakah untuk meningkatkan profesionalisme, imej, atau pun prestasi anda? Stail, warna, dan kesesuaian pakaian menentukan tahap kemampuan anda ketika menjalankan tugas. Jika anda begitu prihatin terhadap kerjaya anda, maka penampilan anda harus dititik beratkan lagi supaya lebih professional tetapi dalam masa yang sama stail dikekalkan.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...