Ketika percutian, keselesaan dan penampilan selalunya dua perkara yang mesti seimbang. Ada yang mahu nampak bergaya tetapi tidak tahu atau keliru tentang cara memilih pakaian yang praktikal.
Sebagai public figure terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo sentiasa tampil anggun. Biarpun ringkas namun masih tetap nampak bergaya sepanjang percutian.
Bukan sahaja pakaian yang selesa, pemilihan warna dan layering juga sangat penting untuk kelihatan bergaya termasuk bersedia menghadapi pelbagai cuaca sepanjang perjalanan.
Inspirasi gaya Dian Sastro ini boleh menjadi rujukan untuk suai padan pakaian.
BACA JUGA: 10 Menu Sihat Ala DIAN SASTROWARDOYO Untuk Jaga Berat Badan Ideal
Dian turut berkongsi pemilihan aksesori dan material yang memainkan peranan besar dalam mencipta penampilan yang berkelas.
Berikut beberapa gaya perjalanan Dian Sastro yang boleh dijadikan inspirasi ketika bercuti.
Dian memulakan gayanya dengan kemeja hitam lengan panjang digabungkan dengan blazer labuh berwarna sama, lengkap dengan seluar berwarna krim yang memberi kesan ringan tetapi formal. Cermin mata hitam sebagai pelengkap menambahkan aura stylish
.Untuk gaya lebih santai lagi stylish, Dian memilih baju sejuk tebal digabungkan dengan seluar. Tas Goyard merah menjadi statement piece yang menambah rona terang di sebalik pakaian neutral. Rambut yang disematkan dengan hair clip menambah kesan yang kemas.
Dian juga sering bergantung kepada teknik layering untuk penampilan yang hangat dan bergaya. Gabungan kemeja kotak-kotak, vest putih, dan coat bulu coklat tebal memberikan kesan mewah lagi selesa.
Untuk gaya kasual, Dian memakai kemeja putih labuh yang digabungkan dengan skirt satin bersama kasut Converse yang memberikan sentuhan sporty.
Pilihan lain Dian ialah kemeja biru muda yang dibalut dengan coat tebal ala blazer, digabungkan dengan jeans dan sling bag berwarna coklat. Sneakers melengkapkan penampilan ini dengan sentuhan praktikal dan selesa.
This website uses cookies.