Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah gemilang buat negara apabila muncul sebagai pelakon Malaysia pertama yang ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/ Komedi di acara Golden Globe Awards.
Pelakon kelahiran Ipoh, Perak yang berusia 60 tahun itu meraih anugerah berprestij itu hasil keberkesanan lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.
Michelle menewaskan pencabar-pencabarnya seperti Lesley Manville (Mrs. Harris Goes To Paris), Anya Taylor-Joy (The Menu), Emma Thompson (Good Luck To You, Leo Grande) dan Margot Robbie (Babylon).
Sebetulnya, ini merupakan kemenangan pertama Michelle dalam anugerah berprestij ke-80 itu sejak beliau mula menceburi dunia lakonan pada 1983.
Kejayaan merangkul anugerah ini sekali gus menjadi catatan rekod peribadi buat Michelle selepas 40 tahun membina populariti dan pengaruh dalam industri perfileman Hollywood.
Ads
Menerusi filem komedi Everything Everywhere All at Once, Michelle melakonkan watak Evelyn Quan Wang, seorang ibu separuh umur yang memiliki pengalaman berpindah lintas semesta untuk menyelamatkan dunia.
Sebaik menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/ Komedi di acara Golden Globe Awards, Michelle berkata, perjalanan panjang kariernya itu akhirnya diiktiraf dan ia sangat berbaloi.
Ads
“Ini perjalanan luar biasa dan perjuangan besar untuk saya berada di sini, tapi rasanya ia berbaloi,” kata Michelle.
Menerusi rakaman yang dikongsi di pelbagai akaun media sosial, Michelle menemplak pihak produksi yang cuba ‘memotong’ ucapannya dengan berkata, dia tidak akan melepaskan peluang berkongsi aspirasinya di pentas itu.
“Saya menunggu 40 tahun untuk ini, jadi tunggu sebentar,” ujar Michelle.
Ads
Menyelak kembali perjalanan seninya, pelakon masyhur itu menyifatkan apa yang dilaluinya di Hollywood sebagai mimpi yang menjadi kenyataan.
“Saya ingat pertama kali ke Hollywood dan itu rasanya mimpi jadi nyata. Semua orang berbahasa Inggeris.“Saya pula menghabiskan masa perjalanan datang ke sini (Hollywood) selama 32 jam dan menghabiskannya dengan belajar bahasa Inggeris! Terima kasih kerana percayakan saya,” sambung Michelle dalam nada terharu.
Sumber: ASTRO AWANI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pastinya pada waktu ini kaum wanita bukan hanya sibuk menguruskan biskut raya sendiri. Tidak dinafikan ramai di antara suri rumah hari ini lebih selesa membeli biskut dan kek daripada pengusaha pastri. Namun jika anda mahukan sesuatu yang menepati cita rasa dan mementingkan kualiti, boleh lakukan sahaja dari rumah.
Untuk menyediakan kek dan biskut yang rangup dan enak, beberapa aspek perlu dititikberatkan. Antaranya termasuk bahan yang digunakan, suhu ketuhar dan teknik mengadun yang betul.
Sebelum membakar biskut atau kek, pastikan anda memanaskan dahulu ketukar selama 10 hingga 15 minit.
Gunakan api bawah sahaja untuk membakar biskut. Suhu yang paling sesuai adalah di antara 175 darjah Celsius hingga 180 darjah Celsius. Jika menggunakan api atas dan bawah, turunkan suhu 20 darjah Celsius.
Jika adunan terlembik tambahkan sedikit tepung gandum. Manakala jika ia terlalu keras dan berderai hingga sukar menjadi doh, tambahkan sedikit marjerin atau mentega.
Tutup adunan yang telah diuli seketika sebelum proses mencanai.
Pastikan anda menggunakan marjerin untuk disapu pada dulang pembakar. Elak menggunakan mentega kerana ia mudah hangus dan boleh membuatkan bahagian bawah biskut pahit jika hangus.
Apabila menyapu kuning telur di atas biskut pastikan tiada yang tertumpah di atas dulang pembakar kerana ia akan mudah hangus dan biskut melekat di dulang.
Letakkan sedikit gula di dalam balang biskut supaya ia kekal rangup.
Biskut yang telah masak harus disejukkan di atas redai terlebih dahulu. Jika dibiarkan, wap akan terkumpul di bahagian bawah biskut. Akibatnya biskut tidak tahan lama dan cepat berkulat.
RAHSIA BISKUT ENAK DAN RANGGUP
1) Gunakan Acuan
Ketika ingin membentuk biskut, jangan terus digunakan kerana ia akan membuatkan doh melekat di dalam acuan berkenaan. Basuh acuan dan pastikan ia dilap kering. Bagi memastikan doh tidak melekat di dulang pembakar, sapukan marjerin di sekeliling acuan. Bakar di dalam ketuhar selama 15 minit dan keluarkan sementara menunggu ia sejuk sebelum digunakan. Hasilnya, doh akan terbentuk cantik tanpa lekat.
2) Doh Biskut Lebih Ranggup
Bungkuskan doh yang telah siap dengan plastik dan diletakkan di dalam peti sejuk atau bekas kedap udara. Biarkan selama 1 ke 2 jam. Keluarkan dan bentukkan doh mengikut cita rasa masing-masing. Bakar seperti biasa dan hasilnya biskut anda akan lebih rangup dan enak. Antara petua lain khususnya untuk merangupkan biskut tart adalah dengan meletakkan sedikit minyak sapi di dalam adunan tart dan digaul bersama mentega.
3 )Biskut Tampil Cantik
Ada ketika biskut yang dibuat tidak kelihatan cantik dan sempurna disebabkan beberapa faktor. Jika anda menghadapi situasi ini, usah risau. Bagi mencantikkan kembali permukaan biskut, campurkan sedikit esen vanila ke dalam putih atau kuning telur. Sapukan ia di atas biskut dan kemudian dibakar seperti biasa. Biskut akan lebih licin dan menarik apabila siap dibakar.
PANDUAN MEMBAKAR KEK
Kek yang telah masak akan mudah melekat di permukaan loyang dan sukar untuk dikeluarkan apabila ia telah sejuk. Terutamanya apabila kek yang dibuat adalah kek keju. Justeru untuk mengelakkan kek terhakis dan terkoyak di sebelah tepi loyang, panaskan pisau di atas api seketika dan dilalukan ia ditepi loyang berkenaan.
Pastri yang mempunyai crust sememangnya sukar untuk dikeluarkan. Namun, terdapat cara yang boleh dipraktikkan untuk mengeluarkan ia dengan mudah iaitu dengan membiarkan crust benar-benar sejuk pada suhu bilik setelah siap dibakar. Seterusnya, terbalikkan acuan tanpa perlu mengetuk acuan tersebut. Crust akan keluar dengan sendirinya tanpa pecah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun lalu, usahawan, pelakon dan penyanyi popular Alif Satar berkongsi mengenai ibu bapanya yang berpeluang menunaikan ibadah Haji ketika musim haji tahun lalu. Alif sendiri pernah berkongsi bahawa sebelum ini, Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd Satar dua tahun berturut-turut mendapat jemputan menunaikan fardu haji, namun, belum rezeki. Alif tidak dapat pergi di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Nampaknya, hajat Alif untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dimakbulkan apabila dia dan isteri tercinta, Shadila Halid berlepas ke tanah suci hari ini untuk menjadi tetamu Allah untuk musim haji tahun ini. Perkongsian Alif Satar di laman Instagram miliknya menunjukkan dia dan isterinya bakal menjadi tetamu Allah hari ini.
Tahun lalu, penyanyi lagu Akan Tiba dan Lelaki Seperti Aku itu bersyukur doanya di bawah pancur emas Kaabah ketika menunaikan umrah memohon agar ibu bapanya terlebih dahulu menjadi tetamu Allah mengerjakan haji termakbul.
Sebagai anak, sudah tentunya Alif melahirkan rasa penuh kesyukuran dapat menghantar ibu bapanya, Nor Hafiza Mohammed dan Mohd Satar Ramli menunaikan Haji tahun lalu. Setahun selepas kedua ibu bapanya itu bergelar Haji dan Hajjah, kini tiba giliran Alif dan isterinya, Shadila Halid pula dijemput menjadi tetamu Allah untuk musim haji 1444 hijrah.
Ramai rakan-rakan selebriti menitipkan ucapan untuk pasangan ini yang bakal berlepas ke tanah suci hari ini untuk menjadi tetamu Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan buat pasangan ini dan mendapat haji yang mabrur!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama dua tokoh seni ini tidak perlu diperkenalkan. Semenjak berkecimpung dalam industri, Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Sri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham sentiasa merevolusikan program hiburan tempatan agar terus relevan dengan cita rasa peminat.
Terbaharu, dua nama hebat ini telah dilantik di bawah pejabat Menteri bagi membantu Kementerian Luar Negeri mempromosikan seni dan budaya Malaysia ke luar negara.
Dalam kenyataan rasmi Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah, Dato’ Seri Eizlan Yusof dilantik sebagai Perunding Kreatif, sementara Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Setiausaha Kebudayaan berkuatkuasa 1 November 2021.
Sesi pelantikan rasmi di Wisma Putra
“Saya yakin bahawa Dr. Ahmad Idham dan Dato’ Sri Eizlan akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan dedikasi dan jayanya.” Dato’ Saifuddin
Bukan calang-calang amanah, pelantikan mereka juga sebenarnya selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia yang bertujuan untuk mewujudkan kaedah baharu bagi mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan negara, di samping menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.
Bagi mempromosikan Diplomasi Budaya, Jawatankuasa Seni & Budaya (ARCA) akan ditubuh di bawah Pejabat Menteri untuk mengukuhkan usaha dalam meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan dalam mempromosikan warisan sejarah dan budaya negara.
“Terima kasih Dato’ Saifuddin atas amanah dan kepercayaan yang diberikan.” Dato’ Sri Eizlan Yusof
Dato’ Sri Eizlan merupakan seorang yang tidak asing dalam industri ini dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa.
“Terima kasih Dato’ Saifuddin di atas pelantikan saya sebagai Setiausaha Kebudayaan kepada Menteri Luar Negeri Malaysia.” Dr Ahmad Idham
Dr. Ahmad Idham merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan mempunyai pengalaman luas dalam industri kreatif Malaysia selama lebih 25 tahun, termasuk memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada tahun 2018.
Semoga dengan pelantikan baru ini bakal memberi nafas baru kepada sektor seni dan budaya Malaysia. Selamat menjalankan tugas!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.