Tempah Juadah Buka Puasa Shangri-La Kuala Lumpur Guna Aplikasi. Mudahnya!

Ramadan tahun ini sememangnya amat berbeza dari kebiasaannya. Saban tahun, hotel-hotel di seluruh negara bakal mengetengahkan bufet Ramadan dengan menyajikan pelbagai menu yang sukar diperolehi pada hari biasa. Namun tahun ini, Ramadan disambut dengan cara yang berbeza di mana anda boleh menikmati hidangan dari hotel bertaraf 5 bintang dari ruang makan di kediaman anda!

Shangri-La Hotel Kuala Lumpur menyemarakkan Ramadan kali ini dengan menyediakan perkhidmatan bawa pulang juadah Iftar untuk dinikmati di rumah mulai 23 April hingga 23 Mei 2020.
Para cef hebat di Shangri-La Kuala Lumpur bakal menyajikan tiga set pilihan iftar yang menyelerakan untuk dinikmati semasa waktu berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Set hidangan tersebut merangkumi “The Feast’, “The Horizon” dan “The Shangri-La”.

Antara lauk-pauk yang terkandung di dalam set “The Feast” termasuklah aneka kuih muih Melayu, kurma Tunisia, ulam-ulaman, ayam kapitan berkentang, kari kepala ikan, dalcha sayuran. Set ini turut didatangkan dengan nasi putih dan potongan buah-buahan. Set ini boleh didapati pada harga RM40 nett untuk seorang.

Set “The Horizon” pula mempunyai set hidangan istimewa antaranya termasuklah aneka kuih muih Melayu, kurma Tunisia, ulam-ulaman kampung, ayam kapitan berkentang, daging masak rendang pedas, kari kepala ikan dan dalca sayuran. Set ini juga didatangkan dengan nasi putih bersama hirisan buah-buahan segar bersama manisan pencuci mulut iaitu kek keju pada harga RM60nett untuk seorang.

Manakala set “The Shangri-La” mengandungi hidangan seperti aneka kuih-muih Melayu, kurma Tunisia, ulam-ulaman kampung, daging masak rendang pedas, ayam kapitan berkentang, kari kepala ikan dan dalca sayuran. Apa yang menarik untuk menu set “The Shangr-La”, ia menyajikan nasi briyani kambing sebagai menu tambahan. Selain itu, ia turut menyediakan nasi putih bersama hirisan buah-buahan segar serta kek coklat dan kek keju sebagai pemanis mulut. Pada harga RM80 nett untuk seorang, hidangan ini boleh dijadikan pilihan untuk sajian bersama yang tersayang!


Selain mempromosikan bufet Ramadan secara bawa pulang, Shangri-La Kuala Lumpur turut menyediakan tempahan hamper Hari raya secara dalam talian untuk memudahkan proses pembelian sesuai dengan situasi semasa yang mengamalkan penjarakan sosial walaupun selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan tidak lama lagi.

Raya Delight, Lebaran Treasure dan  Aidilfitri Platinum boleh didapati pada harga RM688,
RM888 dan  RM1,288 setiap satu. Hamper Raya tersebut  menampilkan aneka produk premium yang sesuai untuk buah tangan musim lebaran akan datang.

Shangri-La Kuala Lumpur memperkenalkan aplikasi Shangri-La Special Mobile App untuk memudahkan proses tempahan  Aplikasi tersebut boleh dimuat turun di  Google Play  dan Apple Store. Selain itu, tempahan boleh dibuat melalui panggilan telefon atau WhatsApp ke +6019 390 2257. Caj penghantaran  pada harga berpatutan dikenakan untuk penghantaran atau pelanggan boleh mengambil sendiri hidangan yang ditempah di kaunter Concierge  Shangri-La Kuala Lumpur.

 

IKLAN
Share