Gaya Hidup

Tenang Meniti 50-an, Atilia Haron Kongsi Fasa Menopaus & Cara Tidur Awal Tanpa Gangguan

Tenang meniti 50-an, Nona teruja bertemu Atilia Haron berkongsi fasa menopaus yang sedang dilalui. Beliau juga berbahagi cara tidur awal berkualiti dan tanpa gangguan. Perkongsian Atilia Haron sempena pembukaan semula studio yoga miliknya, Prahara, di Mutiara Damansara, memberi gambaran sebenar tentang perubahan yang dilalui wanita dalam fasa kehidupan ini.

Baru sebulan berpindah, Prahara Studio yang sebelum ini beroperasi di Damansara Perdana, kini bertukar alamat ke Mutiara Damansara, berhampiran pusat membeli-belah The Curve.

“Saya tidak bersendirian, Mimifly juga bersama saya di sini mengajar kelas tarian. Kami ada menawarkan pelbagai kelas senaman, kebanyakannya yoga dan pilates,” cerita Atilia yang telah menjalankan bisnes ini selama 11 tahun.

Pernah mengajar ribuan pelajar, Atilia sendiri turut menjadi tenaga pengajar di #FreeYogaFit di KLCC pada setiap Sabtu pagi. Pengalaman ini membentuk rutin aktif yang membantu mengurus Atilia Haron menopaus dengan lebih seimbang.

Hebatnya Atilia buat senaman yoga, saksikan sendiri pembukaan eksklusif Prahara Studio yang serba indah ni…

Memiliki 20 orang guru yoga termasuk dirinya sendiri, Atilia terbuka menjelaskan maksud ‘Prahara’ di sebalik studio tersebut.

“Ada tiga maksud. Dalam Bahasa Sanskrit, ia adalah unit masa tradisional, jadi prahara mewakili 3 jam sekali. Dalam Bahasa Indonesia bermaksud badai. Tapi yang paling special, prahara adalah singkatan nama saya iaitu Putri Raja Atilia Haron Abdul Raja Aziz,” ceritanya sambil memberi ‘hint’ album barunya yang turut diberi nama, Prahara.

Atilia Haron Kongsi Fasa Menopaus

Terbuka bercerita tentang perubahan fasa hidup yang dilalui, Atilia tanpa berselindung berkongsi tentang fasa menopaus. “Tahun ni saya bakal injak usia 52 tahun. Dah melalui fasa menopaus tapi saya tak malu bercerita kerana ini adalah sesuatu yang kita perlu bercerita dengan lebih banyak, sebab ramai yang tak faham.

Apabila saya melalui fasa ni, saya akan rasa malas semalas-malasnya duduk di rumah. Tiba-tiba jadi bad mood, berpeluh-peluh, hot flashesSo saya suka buat macam-macam untuk mengaktifkan diri.

Bila ada kawan-kawan ajak bisnes, saya terus bersetuju. Termasuklah my shampoo and conditioner, bisnes baru saya. Ada juga buat yoga mat

. Saya seronok buat bisnes, suka cari duit sendiri dan cuba perkara baru,” ucapnya bersungguh-sungguh.
Instagram @atiliaharon

Cara Tidur Awal Tanpa Gangguan

Selain berkongsi tentang perubahan diri, beliau turut menekankan kepentingan tidur berkualiti. Cara ini menjadi antara rutin penting ketika dirinya melalui fasa menopaus untuk memastikan tubuh kekal bertenaga dan emosi lebih stabil.

Wanita dalam fasa menopaus kerap mengalami sukar tidur (insomnia), sering terjaga atau tidur tidak berkualiti akibat penurunan hormon estrogen dan progesteron. Selain itu masalah pertambahan berat badan serta keguguran rambut turut dikaitkan dengan masalah fasa menopaus yang membimbangkan.

Amalan Mudah Untuk Tidur Berkualiti

  • Cuba tidur awal
  • Me time 30 minit ke 1 jam sebelum tidur
  • Jauhkan dari telefon pintar
  • Elakkan tonton podcast isu berat
  • Elakkan join jualan murah live TikTok

Amalan ini mungkin kelihatan ringkas, namun memberi kesan besar terhadap kualiti tidur dan kesihatan keseluruhan, terutama bagi individu yang mengalami perubahan hormon seperti Atilia Haron.

Instagram @atiliaharon

Kolaborasi Prahara Studio & Kesejahteraan Menyeluruh

Prahara Studio baru-baru ini berkolaborasi dengan jenama suplemen probiotik iaitu Life-Space Malaysia dan Watsons sempena pelancaran ruang kecergasan tersebut.

Life-Space Malaysia memperjuangkan kesihatan usus sebagai asas kesejahteraan menyeluruh, manakala Prahara Studio menghidupkan falsafah tersebut melalui ruang multidisiplin yang merangkumi pergerakan, kesedaran minda dan ekspresi diri.

Instagram @atiliaharon
Instagram @atiliaharon
Instagram @atiliaharon

Pengasas Prahara Studio, Atilia Haron berkata, “Bagi saya, kesejahteraan itu simple, bila kita rasa tenang, cukup, dan benar-benar hadir dengan diri sendiri. Prahara Studio dibina atas semangat itu, hasil tenaga dan sokongan komuniti kami. Kerjasama dengan Life-Space pula bantu lengkapi pengalaman ini, sebab kesihatan dalaman sama penting untuk capai keseimbangan sebenar.”

Pendekatan ini menggambarkan keseimbangan antara kesihatan fizikal dan dalaman, selari dengan perjalanan hidup Atilia Haron meniti menopaus yang lebih tenang dan terkawal.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/ibu-tan-sri-michelle-yeoh-sihat-bergaya-87-tahun/

Share
Published by
Norzalina