Ads

Ibu Tan Sri Michelle Yeoh Sihat & Bergaya Usia 87, Bahagia Anak Cucu Rai Hari Jadi

Ibu Tan Sri Michelle Yeoh, Datin Janet Yeoh kekal sihat dan bergaya pada usia 87 tahun, paling bahagia apabila anak cucu berkumpul meraikan hari jadi bersama dalam suasana penuh kasih sayang.

Meskipun sebagai selebriti Hollywood yang sentiasa sibuk dengan kerjaya di peringkat antarabangsa, anak Malaysia kebanggaan negara, Tan Sri Dato’ Seri Michelle Yeoh tetap tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai anak. Setiap kali ada kesempatan, beliau pasti meluangkan masa berkualiti bersama ibu tersayang di tanah air.

Menjelang sambutan hari jadi ibunya yang kini mencecah usia 87 tahun, kepulangan Tan Sri Michelle Yeoh ke Malaysia jelas membawa makna yang sangat besar buat wanita yang melahirkannya. Momen ini bukan sekadar sambutan biasa, tetapi menjadi simbol kasih sayang erat antara ibu dan anak yang tidak pernah luntur walaupun jarak memisahkan.

Ibu Tan Sri Michelle Yeoh Sihat & Bergaya Usia 87, Bahagia Anak Cucu Rai Hari Jadi
Instagram @michelleyeoh_official
Ibu Tan Sri Michelle Yeoh Sihat & Bergaya Usia 87, Bahagia Anak Cucu Rai Hari Jadi
Instagram @michelleyeoh_official
Ibu Tan Sri Michelle Yeoh Sihat & Bergaya Usia 87, Bahagia Anak Cucu Rai Hari Jadi
Instagram @michelleyeoh_official

Ibu Kekal Sihat & Anggun

Paling mencuri perhatian ramai tentunya penampilan Datin Janet Yeoh yang masih kelihatan sihat, anggun dan penuh gaya pada usia lanjut. Dengan senyuman manis yang tidak lekang di wajah, beliau tampil elegan dalam persalinan serba merah yang menyerlahkan aura positif dan keyakinan diri.

Dalam majlis tersebut, Datin Janet turut ditemani ramai ahli keluarga yang setia berada di sisi. Kehadiran mereka menjadikan sambutan itu lebih bermakna dan meriah, sekali gus mencerminkan hubungan kekeluargaan yang sangat rapat.

Ibu Tan Sri Michelle Yeoh Sihat & Bergaya Usia 87, Bahagia Anak Cucu Rai Hari Jadi
Instagram @michelleyeoh_official
Ibu Tan Sri Michelle Yeoh Sihat & Bergaya Usia 87, Bahagia Anak Cucu Rai Hari Jadi
Instagram @michelleyeoh_official

Hubungan Erat Keluarga Yeoh

Isteri kepada mendiang Datuk Yeoh Kian Teik ini sememangnya dikenali sebagai seorang ibu yang sangat penyayang. Hubungan rapat antara Datin Janet Yeoh yang dilahirkan pada tahun 1939 itu dengan anak-anaknya sering menjadi inspirasi ramai.

Ads

Tan Sri Michelle sendiri pernah berkongsi bahawa ibunya masih melayan dirinya seperti seorang kanak-kanak kecil, satu tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

Ibu Tan Sri Michelle Yeoh Sihat & Bergaya Usia 87, Bahagia Anak Cucu Rai Hari Jadi
Instagram @michelleyeoh_official
Ibu Tan Sri Michelle Yeoh Sihat & Bergaya Usia 87, Bahagia Anak Cucu Rai Hari Jadi
Instagram @michelleyeoh_official

Dalam satu perkongsian Nona, Tan Sri Michelle Yeoh pernah menceritakan bagaimana ibunya menjadi pendorong utama dalam perjalanan awal kerjayanya. Datin Janet Yeoh adalah individu yang memberi galakan untuk beliau menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia World, yang akhirnya menjadi titik permulaan kepada kejayaan besar dalam industri hiburan antarabangsa.

Sekiranya kami pulang ke rumah, ibu akan menyediakan beberapa pakaian untuk saya. Begitulah cara dia menunjukkan kasih sayangnya pada saya,” kata Tan Sri Michelle yang memegang watak Madame Morrible dalam filem muzikal fantasi Wicked itu.

Selain meraikan ulang tahun kelahiran Datin Janet Yeoh, majlis tersebut turut meraikan si comel Raelyn yang juga lahir pada bulan April. Kehadiran generasi kecil dalam keluarga itu menambahkan lagi keceriaan dan kehangatan suasana.

Ads

Ucapan penuh kasih turut dikongsikan oleh Tan Sri Michelle Yeoh.

“Happy Birthday to my big and small Baby!! Mum and Raelyn. Love you both…”

Ibu Tan Sri Michelle Yeoh Sihat & Bergaya Usia 87, Bahagia Anak Cucu Rai Hari Jadi
Instagram @michelleyeoh_official

 

Ibu Tan Sri Michelle Yeoh Sihat & Bergaya Usia 87, Bahagia Anak Cucu Rai Hari Jadi
Instagram @michelleyeoh_official

Pernah merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 menerusi lakonannya dalam filem drama komedi ‘Everything Everywhere All at Once’, Tan Sri Michelle Yeoh membuktikan bahawa kejayaan di pentas dunia tidak pernah mengubah keutamaannya terhadap keluarga.

Ads

Walaupun jadual kerja padat dan komitmen global yang tinggi, pelakon asal Ipoh, Perak yang merupakan pelakon pertama berdarah Asia memenangi anugerah berprestij itu tetap pulang ke tanah air demi meluangkan masa bersama insan tersayang.

Nilai kekeluargaan yang dipegang kuat ini jelas menjadi antara faktor yang membentuk peribadi beliau hingga berjaya ke tahap sekarang.

Sejak mula membintangi filem Hong Kong pada 1990-an, bekas ratu cantik itu telah berlakon dalam pelbagai filem termasuk filem James Bond, Tomorrow Never Dies (1997) yang menerima pujian antarabangsa dan Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000) yang membawanya kepada pencalonan British Academy Film Awards (BAFTA).

Secara keseluruhannya, kisah ibu Tan Sri Michelle Yeoh ini bukan sahaja menyentuh hati, tetapi turut memberi inspirasi tentang pentingnya menghargai ibu bapa selagi mereka masih ada. Dalam dunia yang serba pantas ini, momen bersama keluarga adalah harta yang tidak ternilai.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/lee-boo-jin-wanita-berpengaruh-samsung/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Pewaris Samsung, Lee Boo-Jin Jarang Pamer Kemewahan & Bahagia Urus Hotel...

Lee Boo-jin ialah pewaris Samsung yang berjaya membina pengaruh global sebagai ikon wanita berkuasa, pemimpin Hotel Shilla dan simbol keanggunan moden Asia.