Berita

Tengku Datuk Seri Zafrul Bangga, Anak Raih Ijazah Kelas Pertama Di University of Warwick!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tengku Datuk Seri Zafrul atas kejayaan puteri kesayangan menamatkan pengajian di United Kingdom. Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ini di platform media sosial pada 22 Julai.  

Tengku Datuk Seri Zafrul Hadiri Konvokesyen Anak

Tengku Datuk Seri Zafrul yang juga penasihat kanan politik kepada Perdana Menteri turut menzahirkan rasa syukur dan bangga menyaksikan pencapaian cemerlang anak sulungnya iaitu Tengku Zahra Jasmina dalam bidang akademik.

Menerusi perkongsian di media sosial, Tengku Datuk Seri Zafrul memuat naik momen istimewa di samping Tengku Zahra yang lengkap berjubah konvokesyen sambil ditemani ibu dan tiga beradik yang lain.  

Difahamkan Tengku Zahra Jasmina berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris dengan Kepujian Kelas Pertama di University of Warwick, United Kingdom.  

Gadis manis ini dikhabarkan bakal menyambung pengajian peringkat Sarjana di University of Oxford.  

Titip Tengku Zafrul, “Dulu hantar belajar. Hari ini datang raikan hari graduasi. Tahniah, Zahra!

First Class Honours in English Literature di University of Warwick. 

We are so proud of you.” 

Dalam pada itu, bapa kepada empat cahaya mata ini sempat berseloroh. “Lepas ni sambung Master’s di Oxford pula. Kebetulan Papa pun ada Fellowship kat sana, senanglah nak check

Zahra buat apa.  

Lepas habis Master’s nanti jangan lupa balik Malaysia.” 

Artikel https://www.nona.my/hakim-danish-bawa-pulang-trofi-kemenangan-ketibaan-pelumba-moto3-ini-disambut-meriah-peminat-sukan/

Keluarga Bahagia Tengku Datuk Seri Zafrul

Tengku Datuk Seri Zafrul mendirikan rumah tangga dengan Yang Mulia (YM) Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad.

Pasangan romantis ini dikurniakan empat orang anak iaitu Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.  

YM Raja Johanna Adrina kini meniti usia lewat 40an. Walau menghampiri usia 50 tahun namun penampilan dan raut wajah kerabat diraja Selangor – Negeri Sembilan ini tetap kelihatan awet muda.

Semoga rumah tangga Tengku Datuk Seri Zafrul dan Raja Datin Seri Johanna sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke syurga di samping permata hati kesayangan. 

Share
Published by
Suzi