Ads

Hakim Danish Ramli Bawa Pulang Trofi Kemenangan, Ketibaan Pelumba Moto3 Ini Disambut Meriah Peminat Sukan!

Kepulangan Hakim Danish Ramli
Kepulangan Hakim Danish Ramli

Kepulangan pelumba muda, Hakim Danish Ramli ke tanah air baru-baru ini cukup dinanti-nantikan peminat sukan permotoran. Apatah lagi, selepas kejayaannya merangkul juara di Grand Prix (GP) Republik Czech pada Jun lepas.  

Kemenangan anak jati kelahiran Terengganu ini menamatkan penantian sedekad Malaysia untuk melihat pelumba negara mengungguli kategori Moto3 sejak kali terakhir dilakukan pada 2016.  

Artikel https://www.nona.my/berusia-18-tahun-hakim-danish-tamatkan-kemarau-podium-moto3-lakar-sejarah-di-grand-prix-itali/

Sang Juara, Hakim Danish Ramli

Hakim Danish Ramli Bawa Pulang Trofi Kemenangan, Ketibaan Pelumba Moto3 Ini Disambut Meriah Peminat Sukan! Hakim Danish Ramli Bawa Pulang Trofi Kemenangan, Ketibaan Pelumba Moto3 Ini Disambut Meriah Peminat Sukan!

Mengimbas kembali detik bersejarah itu, Muhammad Hakim Danish Ramli mencipta sensasi menjadi juara di Litar Brno pada 21 Jun lepas yang menamatkan saingan di tempat pertama dengan catatan masa 33 minit 34.26 saat.  

Lebih mengejutkan, pelumba berusia 18 tahun berkenaan berjaya menewaskan pelumba lain meskipun bermula dari petak ke-14 akibat penalti.  

Menerusi hantaran di media sosial, Hakim Danish mendedikasikan kemenangan tersebut buat rakyat Malaysia. “My first win at Moto3 Grand Prix. NegaraKu. I love this Brno Circuit. Thank you everyone. Terima kasih Malaysia.” 

Sebelum itu, dia turut melakar pencapaian meraih podium sulung menduduki tangga ketiga di Grand Prix (GP) Itali, Litar Mugello pada 31 Mei 2026.  

Ads

Terbaharu, kepulangan Hakim Danish ke tanah air sempena cuti pertengahan musim disambut meriah peminat sukan permotoran. Lebih istimewa, dia membawa pulang trofi kemenangan di GP Republik Czech.  

Hakim Danish Ramli Bawa Pulang Trofi Kemenangan, Ketibaan Pelumba Moto3 Ini Disambut Meriah Peminat Sukan! Hakim Danish Ramli Bawa Pulang Trofi Kemenangan, Ketibaan Pelumba Moto3 Ini Disambut Meriah Peminat Sukan! Hakim Danish Ramli Bawa Pulang Trofi Kemenangan, Ketibaan Pelumba Moto3 Ini Disambut Meriah Peminat Sukan!

“Alhamdulillah saya selamat sampai di Malaysia untuk cuti pertengahan musim. Terima kasih kepada semua yang hadir di Airport tadi menyambut saya. Cuti pertengahan musim adalah masa untuk berehat dan luangkan masa bersama family saya. Semestinya saya akan terus perbaiki dan tingkatkan latihan.”  

Turut kelihatan menanti kepulangan Hakim ialah kedua-dua ibu bapa tersayang.  

Ads

Sementara itu, satu majlis bermakna diadakan bagi menyambut kunjungan sang juara ini. “Hari ini saya berpeluang berkunjung ke Aeon Credit untuk berkongsi detik kemenangan ini bersama seluruh warga AEON Credit.  

Saya juga berbesar hati membawa pulang trofi kemenangan sebagai tanda penghargaan kepada AEON Credit yang telah menyokong perjalanan karier saya sejak tahun lalu.

Terima kasih AEON Credit atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Semoga kita terus melakar lebih banyak kejayaan bersama.” 

Karier Sukan Hakim Danish Ramli

Hakim Danish Ramli Bawa Pulang Trofi Kemenangan, Ketibaan Pelumba Moto3 Ini Disambut Meriah Peminat Sukan! Hakim Danish Ramli Bawa Pulang Trofi Kemenangan, Ketibaan Pelumba Moto3 Ini Disambut Meriah Peminat Sukan! Hakim Danish Ramli Bawa Pulang Trofi Kemenangan, Ketibaan Pelumba Moto3 Ini Disambut Meriah Peminat Sukan!

Difahamkan bintang muda sukan permotoran dua roda ini menunjukkan minat mendalam dan bakat luar biasa sejak usia 12 tahun. Dia pernah memenangi kejohanan SIC MiniGP Championship. Seterusnya mengejar kerjaya sebagai pelumba profesional.   

Ads

Atas kejayaan membanggakan di persada dunia dan bergelar juara keseluruhan Asia Talent Cup, Hakim Danish dinobat sebagai Atlet Muda Terbaik Anugerah SAM 100 Plus 2022.   

Bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin dilapor menjadi individu terawal yang mencungkil bakat Hakim.   

Hakim Danish Ramli Bawa Pulang Trofi Kemenangan, Ketibaan Pelumba Moto3 Ini Disambut Meriah Peminat Sukan! Hakim Danish Ramli Bawa Pulang Trofi Kemenangan, Ketibaan Pelumba Moto3 Ini Disambut Meriah Peminat Sukan! Hakim Danish Ramli Bawa Pulang Trofi Kemenangan, Ketibaan Pelumba Moto3 Ini Disambut Meriah Peminat Sukan!

Menerusi laporan bersama Utusan ketika menemu bual bapa Hakim iaitu Ramli Ibrahim pada tahun 2022, dia menjelaskan perjalanan anak lelaki tersayang dalam arena sukan permotoran berdepan pelbagai suka duka.  

Namun dia dan isteri, Norhayati Abdul Razak tidak pernah lelah menyokong minat anak.   

Segalanya bermula apabila Ramli meminjam motosikal pocket bike milik kenalannya demi untuk mengajar Hakim Danish berlumba. Dia dan isteri juga sanggup mengikat perut untuk menampung perbelanjaan menyertai pertandingan di seluruh Malaysia.   

Semoga Hakim Danish Ramli terus bersemangat mengharumkan nama negara dalam sukan permotoran dan memberi inspirasi kepada generasi muda. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Datuk Mastura Yazid Jaga Kesihatan Diri & Mental

Jaga Kesihatan Diri & Mental, Datuk Mastura Yazid Cari ‘Me Time’...

Sesibuk mana pun Datuk Mastura Yazid dengan tugas harian, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini tetap mencari masa untuk 'reward’ diri sendiri. Bagi pemimpin wanita ini, pendekatan seumpama itu penting bagi memastikan kesihatan diri terutama mental dan emosinya terjaga setelah penat bekerja.