Ads

Berusia 18 Tahun, Hakim Danish Tamatkan Kemarau Podium Moto3 & Lakar Sejarah Di Grand Prix Itali!

Hakim Danish Cipta Sejarah Moto3 Negara
Hakim Danish Cipta Sejarah Moto3 Negara

Nama Hakim Danish jadi bualan hangat peminat sukan tanah air selepas kejayaannya melakar sejarah dalam arena Moto3 di Litar Mugello, Itali baru-baru ini. Pelumba muda berkenaan meraih podium sulung musim ini dengan menduduki tempat ketiga di Grand Prix (GP) Itali pada 31 Mei lepas.  

Ia sekaligus menyaksikan Muhammad Hakim Danish Ramli menamatkan kemarau podium Malaysia dalam saingan Moto3 sejak kali terakhir dicapai Khairul Idham Pawi ketika muncul juara GP Argentina pada 2016. 

Artikel https://www.nona.my/anak-bekas-guru-datuk-nicol-david-kagum-semangat-ibu-kerja-demi-keluarga-i-have-the-worlds-best-mother/

Hakim Danish Cipta Sejarah Moto3 Negara

Berusia 18 Tahun, Hakim Danish Tamatkan Kemarau Podium Moto3 & Lakar Sejarah Di Grand Prix Itali! Berusia 18 Tahun, Hakim Danish Tamatkan Kemarau Podium Moto3 & Lakar Sejarah Di Grand Prix Itali! Berusia 18 Tahun, Hakim Danish Tamatkan Kemarau Podium Moto3 & Lakar Sejarah Di Grand Prix Itali!

Bersyukur kejayaan yang dicapai, anak jati kelahiran Terengganu berkenaan berkongsi momen bermakna itu bersama peminat di media sosial miliknya. Perkongsian tersebut menarik lebih 50 ribu likes!  

Kongsi Hakim, “Podium Pertama di Kejuaraan Dunia Moto3. Terima kasih semua.” 

Ads

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi ini ketinggalan 0.456 saat di belakang pemenang, Brian Uriarte dari pasukan Red Bull KTM Ajo dan tempat kedua disandang Alvaro Carpe juga dari pasukan Uriarte. 

Difahamkan bintang muda sukan permotoran dua roda ini menunjukkan minat mendalam dan bakat luar biasa sejak usia 12 tahun. Dia pernah memenangi kejohanan SIC MiniGP Championship. Seterusnya mengejar kerjaya sebagai pelumba profesional.  

Berusia 18 Tahun, Hakim Danish Tamatkan Kemarau Podium Moto3 & Lakar Sejarah Di Grand Prix Itali! Berusia 18 Tahun, Hakim Danish Tamatkan Kemarau Podium Moto3 & Lakar Sejarah Di Grand Prix Itali! Berusia 18 Tahun, Hakim Danish Tamatkan Kemarau Podium Moto3 & Lakar Sejarah Di Grand Prix Itali!

Ads

Ketika ini Hakim Danish menduduki tempat ke-11 dalam carta kejuaraan Moto3 dengan mengutip 43 mata di belakang pendahulu dari Maximo Quiles. Jaguh Moto3 ini meneruskan cabaran dalam perlumbaan kelapan musim ini di GP Hungary dari 5 hingga 7 Jun 2026.  

Bakat Hakim Danish

Atas kejayaan membanggakan di persada dunia dan bergelar juara keseluruhan Asia Talent Cup, Hakim Danish dinobat sebagai Atlet Muda Terbaik Anugerah SAM 100 Plus 2022.  

Berusia 18 Tahun, Hakim Danish Tamatkan Kemarau Podium Moto3 & Lakar Sejarah Di Grand Prix Itali! Berusia 18 Tahun, Hakim Danish Tamatkan Kemarau Podium Moto3 & Lakar Sejarah Di Grand Prix Itali! Berusia 18 Tahun, Hakim Danish Tamatkan Kemarau Podium Moto3 & Lakar Sejarah Di Grand Prix Itali!

Bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin dilapor menjadi individu terawal yang mencungkil bakat Hakim.  

Ads

Menerusi laporan bersama Utusan ketika menemu bual bapa Hakim iaitu Ramli Ibrahim pada tahun 2022, dia menjelaskan perjalanan anak lelaki tersayang dalam arena sukan permotoran berdepan pelbagai suka duka.

Namun dia dan isteri, Norhayati Abdul Razak tidak pernah lelah menyokong minat anak.  

Berusia 18 Tahun, Hakim Danish Tamatkan Kemarau Podium Moto3 & Lakar Sejarah Di Grand Prix Itali! Berusia 18 Tahun, Hakim Danish Tamatkan Kemarau Podium Moto3 & Lakar Sejarah Di Grand Prix Itali! Berusia 18 Tahun, Hakim Danish Tamatkan Kemarau Podium Moto3 & Lakar Sejarah Di Grand Prix Itali! Berusia 18 Tahun, Hakim Danish Tamatkan Kemarau Podium Moto3 & Lakar Sejarah Di Grand Prix Itali!

Segalanya bermula apabila Ramli meminjam motosikal pocket bike milik kenalannya demi untuk mengajar Hakim Danish berlumba. Dia dan isteri juga sanggup mengikat perut untuk menampung perbelanjaan menyertai pertandingan di seluruh Malaysia.  

Semoga Hakim Danish terus bersemangat mengharumkan nama negara dalam sukan permotoran dan memberi inspirasi kepada generasi muda.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Rahsia Kecantikan Raline Shah

Rahsia Kecantikan Raline Shah, Ini 7 Amalan Kekal Jelita Usia 40!

Rahsia kecantikan Raline Shah didedahkan menerusi 7 amalan sihat yang membantunya kekal jelita pada usia 40 tahun, termasuk pemakanan seimbang, senaman dan penjagaan kesihatan mental.