TUN TENGKU MAIMUN TUAN MAT

Tumpang bangga apabila wanita pertama yang menyandang jawatan Ketua Hakim Negara iaitu Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat menerima penganugerahan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam. Beliau yang merupakan Ketua Hakim Negara ke-10 dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkita (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Mengimbas kembali momen bersejarah tersebut, Tun Tengku Maimun bersama Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu Tun Dr Arshad Ayub mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020 yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

IKLAN

TENGKU MAIMUN, Wanita Pertama Jadi Ketua Hakim Negara Dianugerah Gelaran ‘TUN’! TENGKU MAIMUN, Wanita Pertama Jadi Ketua Hakim Negara Dianugerah Gelaran ‘TUN’! TENGKU MAIMUN, Wanita Pertama Jadi Ketua Hakim Negara Dianugerah Gelaran ‘TUN’!

Kemunculan Tun Tengku Maimun sememangnya menarik perhatian masyarakat sejak beliau dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada awal Mei 2019. Lebih setahun menggalas tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin, kelibat wanita hebat ini sering kelihatan dalam istiadat rasmi. Misalnya, ketika Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpat Jawatan Perdana Menteri Ke-8 pada Mac lalu… penampilan Tun Tengku Maimun yang mengenakan tudung bawal merah jambu dan berbaju kurung turut mencuri tumpuan.

Apatah lagi dengan raut wajah manis dan lesung pipit yang dimiliki membuatkan ramai wanita mengagumi keperibadian Tun Tengku Maimun. Meskipun kecil molek saja orangnya tapi kebijaksanaan Tun Tengku Maimun mengendalikan hal berkaitan perundangan tidak perlu dipertikai lagi. Beliau diberi kepercayaan menjadi Ketua Hakim Negara selepas Tan Sri Richard Malanjum bersara pada 12 April 2019.

TENGKU MAIMUN, Wanita Pertama Jadi Ketua Hakim Negara Dianugerah Gelaran ‘TUN’!
Kredit: Instagram Istana Negara

TENGKU MAIMUN, Wanita Pertama Jadi Ketua Hakim Negara Dianugerah Gelaran ‘TUN’! TENGKU MAIMUN, Wanita Pertama Jadi Ketua Hakim Negara Dianugerah Gelaran ‘TUN’!

Mengintai latar belakang Ketua Hakim Negara yang berusia 61 tahun ini, Tun Tengku Maimun yang dilahirkan di Kota Bahru, Kelantan pernah memegang jawatan seperti Majistret, Hakim Mahkamah Sesyen, Peguam Persekutuan dan Penolong Kanan Pendaftar serta Pegawai Khas kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Beliau merupakan siswazah lulusan Universiti Malaya yang memulakan kariernya sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada tahun 1982. Memetik infomasi dari Bernama, pada 2 Oktober 2006 hingga 4 September 2007 Tun Tengku Maimun merupakan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kemudian beliau dilantik menyandang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selama hampir empat tahun bermula 5 September 2007 hingga 31 Mac 2011.

TENGKU MAIMUN, Wanita Pertama Jadi Ketua Hakim Negara Dianugerah Gelaran ‘TUN’! TENGKU MAIMUN, Wanita Pertama Jadi Ketua Hakim Negara Dianugerah Gelaran ‘TUN’! TENGKU MAIMUN, Wanita Pertama Jadi Ketua Hakim Negara Dianugerah Gelaran ‘TUN’! TENGKU MAIMUN, Wanita Pertama Jadi Ketua Hakim Negara Dianugerah Gelaran ‘TUN’!

Pada April tahun yang sama hingga 7 Januari 2013, Tun Tengku Maimun pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor seterusnya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya yang berkhidmat selama hampir lima tahun bermula 8 Januari 2013 hingga 25 November 2018. Tidak hanya terhenti di situ, Tun Tengku Maimun turut menerima pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan Putrajaya mulai 26 November 2018 hingga 1 Mei 2019 sebelum diangkat sebagai wanita pertama dilantik selaku Ketua Hakim Negara.

IKLAN

Berikut ringkasan fakta menarik Tun Tengku Maimun sebagai ketua bagi institusi kehakiman di Malaysia.

1. Ibu kepada empat orang anak ini merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) di Universiti Malaya.

2. Pernah bertugas di Jabatan Peguam Negara, Majistret dan Mahkamah Sesyen, sebelum dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada tahun 2006.

3. Memulakan kerjaya pada tahun 1982 sebagai Pegawai Undang-Undang, Lembaga Kemajuan Kelantan (KESEDAR).

IKLAN

4. Pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Khas Hakim Besar Malaya dan Ketua Hakim Negara.

5. Menghakimi pelbagai kes berprofil tinggi seperti kes melibatkan kematian Altantuya Shaariibuu, M. Indira Gandhi, Karpal Singh dan Datuk Seri Najib Razak.

 

 

Sumber: Astro Awani & Bernama

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI