Comelnya wajah putera sulung Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra. Pasangan diraja ini berkenan menamakan putera sulung baginda dengan nama Johan.
Perkara tersebut diumumkan oleh Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra menerusi satu hantaran di Instagram miliknya malam tadi.
“Welcome to the world baby Johan,” tulisnya.
Che Puan Sofie Louise Johansson selamat melahirkan anakanda pertama di Hospital Universiti Sains Malaysia Malaysia (HUSM) di sini pada 17 Julai lalu. Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan berkata, Che Puan Mahkota Kelantan bersama anakandanya berada dalam keadaan selamat dan sihat walafiat.
Dalam foto pertama yang dikongsikan, Che Puan Sofia kelihatan amat berseri-seri meskipun baharu seminggu melahirkan Putera Johan. Manis mengenakan sepasang kurung rona hijau, pasangan diraja ini kelihatan cukup gembira melihat anakanda yang baharu berusia satu minggu.
Untuk rekod, Dr. Tengku Muhammad Faiz dan Sofie Louise Johansson melangsungkan perkahwinan mereka pada 19 April 2019. Istiadat akad nikah pasangan itu diadakan di Istana Balai Besar yang disempurnakan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad. Istiadat tertutup secara sederhana tersebut dimeriahkan lebih 300 tetamu terdiri daripada kerabat Diraja dan kenalan terdekat sahaja.
This website uses cookies.