Gaya Hidup

Terhibur Gelagat 3 Sahabat Selebriti Ini, Dah Berjaya & Ada Keluarga Masih Pergi Cuti Bersama!

Seronok tengok keakraban dan hubungan tiga sahabat selebriti iaitu Sheila Rusly, Maria Tunku Sabri dan Sharifah Shahora. Dalam usia mencecah 50an, mereka sentiasa tampil ceria dan menghargai persahabatan yang terjalin.

Malah, walau ketiga-tiganya sudah pun berkeluarga, popular dan berjaya namun tetap pergi bercuti bersama dan menyokong di antara satu sama lain.

Menjengah media sosial Maria Tunku Sabri, bekas personaliti TV3 tersebut baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-53 pada awal Ogos lalu.

Seperti kebiasaan, penerbit popular iaitu Sheila Rusly dan aktres Sharifah Shahora meraikan hari lahir sahabat tersayang.

Kredit Instagram @sharifahshahora
Kredit Instagram @mariajjcm

Maria yang sinonim dengan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) memuat naik video mereka meraikan hari lahir tersebut sambil berkaraoke. Kongsinya, “You guys never fail to entertain me every time girls (kami feeling remaja). Love you both with all my heart.

Kawan masuk air dua orang ni, kawan bercerita dua orang ni, kawan cerita bab agama yang kiri, kawan kaki buat lawak yang kanan, kawan kaki provoke yang kanan. Saya? Semua di atas kecuali provoke itu profesion SS.”

Bahkan pada bulan Ramadan lepas, mereka berkumpul berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih berjemaah di samping keluarga masing-masing.

Kredit Instagram @mariajjcm
Kredit Instagram @mariajjcm
Kredit Instagram @mariajjcm
Koleksi Majalah Nona

Melihat kemesraan dan hubungan rapat Sheila, Shahora dan Maria ini pasti menggamit momen bersama sahabat karib sewaktu zaman remaja.

Beruntung ada sahabat yang ada bersama-sama pada waktu susah mahupun senang.

18 September nanti, Sheila Rusly cecah usia 52 tahun. Manakala Sharifah Shahora pula menginjak umur 48 tahun pada 21 September depan.

Moga hubungan baik yang terjalin di antara tiga sahabat selebriti popular ini berkekalan hingga ke syurga.

IKLAN
Share