Gaya Hidup

“Terima Kasih Sempurnakan Hidup Saya,” Usahawan Nur Amirah Kembali Jadi Isteri & Terserlah Bahagia!

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Tanggal 2 Februari lalu pastinya menjadi momen indah buat usahawan Nur Amirah Maulat Abdullah apabila dia kembali bergelar isteri.

Tampil berbusana indah serba putih di majlis pernikahan, jelas terserlah wajah bahagia wanita cantik ini di samping suami tercinta, Ihsan Yusof.

Menariknya, Nur Amirah atau mesra disapa Mira tidak mengambil khidmat jurusolek untuk hari bahagia tersebut.

Sebaliknya, dia selesa menata rias wajah sendiri dan ternyata naik seri wajah Mira!

Kredit Instagram @nuramirah11
Kredit Instagram @nuramirah11
Kredit Instagram @nuramirah11

Pada majlis pernikahan, Mira anggun dalam persalinan Minaz. Begitu juga suami tercinta yang segak berbusana Melayu rona sedondon.

Ujarnya, “Terima kasih semua yang mendoakan buat kami berdua. Saya pun masih rasa tak percaya.

Jangan ditanya macam mana. I pun masih rasa tak percaya. Hanya doa supaya Allah permudahkan segalanya dan berikan kebahagiaan.

Terima kasih semua yang wish dan mendoakan. Ampun tak sempat nak reply

semua. Sayang hampa.”

Sementara itu, majlis resepsi pula pasangan ini mengenakan persalinan songket eksklusif rona biru ilham Altelia Amani.

Kredit Instagram @nuramirah11
Kredit Instagram @nuramirah11
Kredit Instagram @nuramirah11

Nama Nur Amirah pernah menjadi bualan hangat warga maya rentetan kemelut rumah tangga dengan bekas suami sekitar tahun 2021.

Artikel https://www.nona.my/kekuatan-datang-dari-jiwa-yang-lama-terpendam-selesa-jadi-ibu-tunggal-nur-amirah-bangkit-bisnes-demi-anak/

Selepas bertahun-tahun naik turun mahkamah, dia akhirnya bercerai namun kekuatan Mira sebagai ibu tunggal meraih perhatian khalayak.

Mira merupakan pengasas Kayra Health & Beauty. Hasil perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Azkayra Malaiqa dan Asytar Malik.

 

IKLAN
Share