Ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Tanggal 2 Februari lalu pastinya menjadi momen indah buat usahawan Nur Amirah Maulat Abdullah apabila dia kembali bergelar isteri.
Tampil berbusana indah serba putih di majlis pernikahan, jelas terserlah wajah bahagia wanita cantik ini di samping suami tercinta, Ihsan Yusof.
Menariknya, Nur Amirah atau mesra disapa Mira tidak mengambil khidmat jurusolek untuk hari bahagia tersebut.
Sebaliknya, dia selesa menata rias wajah sendiri dan ternyata naik seri wajah Mira!
Selepas bertahun-tahun naik turun mahkamah, dia akhirnya bercerai namun kekuatan Mira sebagai ibu tunggal meraih perhatian khalayak.
Mira merupakan pengasas Kayra Health & Beauty. Hasil perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Azkayra Malaiqa dan Asytar Malik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi mereka yang lahir pada tahun 80an ke 90an, pasti mengenali aktres Hong Kong ini terutama penggemar filem-filem kung fu lakonan Stephen Chow.
Sharla Cheung, salah seorang aktres wanita terkenal era 90-an yang memulakan karier lakonannya sejak tahun 80an. Namanya kemudian melantun selepas digandingkan dengan Stephen Chow pada tahun 90an.
Beberapa filem yang pernah dilakonkan oleh mereka berdua ialah trilogi Fight Back to School, Hail the Judge, dan Royal Tramp.
Manakala filem yang dilakonkan oleh Sharla sendiri antaranya ialah The Dragon Chronicles – The Maidens, Holy Weapon, dan Kung Fu Cult Master.
Memetik perkongsian AsiaOne, Sharla smeninggalkan dunia seni sejak 20 tahun lalu.
Setelah sekian lama tidak muncul dalam dunia hiburan, Sharla baru-baru ini kembali mencuri tumpuan orang ramai apabila menghadiri satu majlis amal di China.
Ternyata, penampilan terkini Sharla masih cantik walaupun usianya kini sudah mencecah 55 tahun.
Turut tular di media sosial, foto Sharla yang memiliki kulit yang masih tegang, berseri dan awet muda.
Tidak dinafikan, sejak dahulu lagi Sharla dikenali sebagai salah seorang selebriti Hong Kong yang memiliki wajah cantik
Nona kongsikan transformasi gaya Sharla Cheung dari era 90an sehingga kini: –
Kredit Foto: Instagram @hk80s90s
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perawatan kaki merupakan sesuatu yang penting yang harus dilakukan oleh semua individu untuk mencapai kesihatan yang optimum. Kaki memiliki ‘sumbangan’ penting dalam aktiviti seharian kepada setiap individu selain berperanan menampung berat seluruh tubuh dan menjadi bahagian yang sering kali digunakan.
Perawatan tubuh yang sempurna pastinya menyerlahkan imej sihat dan menawan. Salah satu bahagian tubuh yang memerlukan perawatan ekstra sudah pastinya kaki. Justeru, impian untuk memiliki kulit kaki yang bersih, halus dan lembut menjadi idaman setiap wanita. Praktikkan amalan penjagaan kaki yang sempurna dengan tip penting berikut. Di samping mudah dan praktikal, ia juga boleh dilakukan hanya dari rumah.
1) Sapuan pelembap
Memberikan pelembap cukup penting untuk kaki sama ada menyapu minyak atau losen, pilihlah yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kelembapan pada kulit wajib dipelihara agar tidak kering. Oleh itu, dengan menyapu pelembap akan membantu mengekalkan kelembapan pada kulit. Gunakanlah pelembap selepas mandi. Vitamin yang terkandung dalam pelembap akan diserap oleh kaki.
2) Rutin melakukan lulur dan skrub
Dengan cara menyental atau lulur akan menyingkirkan sel-sel kulit mati sehingga kulit akan kembali cerah bersinar, halus dan lembut. Pilih dan pakai lulur mahu pun skrub yang sesuai dengan jenis kulit. Lakukan secara teratur. Seterusnya proses regenerasi kulit akan berlangsung, kolagen yang dihasilkan akan meningkat dan menjadikan kulit kusam berganti menjadi lebih lembut.
3) Gunakan sikat halus dan batu apung
Untuk mengangkat sel-sel kulit yang mati, sediakan alat seperti sikat kecil dan juga batu apung di dalam kamar mandi. Kedua-duanya paling berkesan digunakan untuk mengikis bahagian kulit yang pecah-pecah di bahagian tumit kaki atau telapak kaki. Lakukan secara lembut tidak terlalu kuat ketika menggosok untuk mengelakkan alahan pada kulit.
4) Selalu memakai alas kaki atau selipar
Dengan menggunakan alas kaki adalah untuk mengelakkan kulit pada kaki menebal, kulit kaki pecah-pecah dan kaki terlindung dari benda atau barang yang boleh melukakan kaki.
5) Periksa dan belai kaki secara teratur
Memeriksa kaki akan membantu dalam mengesan jika terjadi perubahan pada kaki seperti perbezaan warna kaki, tebal, suhu dan kaki pecah-pecah. Jika terjadi perubahan yang ekstrem, segera dapatkan pandangan dari doktor.
6) Cuci kaki setiap hari untuk memastikan kaki tetap bersih.
Jangan lupa mencuci di celah-celah jari kaki. Segera keringkan kaki setelah dicuci. Kulit kaki yang basah akan membuatnya tidak elastin sehingga mudah mengalami pecah-pecah.
7) Potong kuku kaki secara teratur.
Berhati-hatilah, jangan memotong terlalu pendek yang berpotensi melukakan kulit. Khusus untuk wanita, cat kuku sebaik-baiknya hanya dipakai tidak lebih daripada seminggu. Gunakan cecair pembersih cat kuku untuk membersihkannya. Pemakaian cat kuku dalam jangka lama dapat menyebabkan kuku rapuh dan menimbulkan masalah lain.
8) Pilih sepatu yang sesuai dengan ukuran kaki
Ketika membeli sepatu baru, beri keutamaan pada faktor selesa atau tidak. Rekaan jatuh sebagai pilihan seterusnya. Seboleh-bolehnya, hindari berjalan atau berlari tanpa selipar meski pun berada di dalam rumah untuk menjaga kesihatan kaki.
9) Setelah berdiri lama, berjalan, atau berlari, angkat kaki ke dinding seketika
Cara ini juga akan melancarkan peredaran darah di vena. Melancarkan vena dapat membantu mencegah pembekuan darah setelah berdiri lama.
10) Jangan pernah mengabaikan rasa sakit pada kaki atau pergelangan kaki.
Rasa sakit umumnya berhubungan dengan keradangan atau sebab lain yang tersembunyi. Segera berjumpa dengan doktor jika mengalami rasa sakit kaki yang berlebihan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Happy birthday Datin Paduka Eina Azman! 13 Mac lepas merupakan ulang tahun kelahiran personaliti jelita ini yang ke-30. Meniti usia 30 tahun, Datin Paduka Eina bagaimana pun cantik dalam kelas tersendiri dan kekal menawan.
Bukan hanya dikurnia rupa paras cantik, dia juga bertuah kerana mempunyai suami penyayang dan sepasang anak kembar comel. Moga hari lahir Datin Eina tahun ini memberi 1001 kenangan manis dan rahmat buat seisi keluarga.
Pastinya sebagai public figure, sambutan ulang tahun kelahiran selebriti ini menjadi perhatian peminat.
Berkongsi foto-foto ketika meraikan hari tersebut di media sosial, Datin Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman meluahkan rasa syukur.
“Happy 30th birthday to me. Syukur alhamdulillah 30 years of love, wisdom and endless blessings.”
Bersempena hari lahir ke-30, Datin Eina diraikan dalam tema glamor dengan sentuhan warna silver, putih dan hitam. Anggun dalam persalinan dress putih, seluruh ahli keluarga figura ini termasuk suami dan anak kembar turut mengenakan persalinan sedondon putih.
Selain berbakat dalam seni lakonan dan nyanyian, Datin Eina dikenali ramai kerana menjadikan media sosial miliknya sebagai platform untuk berkongsi aneka resipi masakan.
Malah sajian yang disediakan terdiri daripada aneka juadah tradisi dan Barat termasuklah sajian pencuci mulut.
Datin Paduka Eina bergelar isteri kepada usahawan Dato’ Paduka Kaiser pada 31 Ogos 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang turut meraikan ulang tahun kelahiran yang kesembilan pada 19 Februari lepas.
Semoga rumah tangga dan kehidupan Datin Eina Azman di samping keluarga tersayang sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.