Ads

Juara Grasshopper Cup 2026, Ratu Skuasy S. Sivasangari Bawa Pulang USD133 Ribu Kini Ranking Ke-5 Dunia!

Ratu Skuasy, S. Sivasangari Juara Grasshopper Cup 2026
Ratu Skuasy, S. Sivasangari Juara Grasshopper Cup 2026

Sejarah tercipta di Switzerland apabila pemain skuasy nombor satu negara, S. Sivasangari merangkul kategori emas Grasshopper Cup 2026 pada 26 April lalu. Kejayaan itu diraih atlet wanita berusia 27 tahun berkenaan selepas menewaskan pemain ranking ketujuh dunia dari Jepun, Satomi Watanabe dalam aksi sengit selama 62 minit.  

Lebih manis, kemenangan S. Sivasangari tersebut hanya 24 jam sebelum final bermula selepas dia mengharungi perlawanan separuh akhir selama 81 minit menentang pemain Mesir, Amina Orfi.  

Artikel https://www.nona.my/pernah-cedera-leher-akibat-kemalangan-sivasangari-subramaniam-kini-atlet-skuasy-ke-6-dunia-graduan-cornell-university/

S. Sivasangari Juara Grasshopper Cup 2026

Juara Grasshopper Cup 2026, Ratu Skuasy S. Sivasangari Bawa Pulang USD133 Ribu Kini Ranking Ke-5 Dunia! Juara Grasshopper Cup 2026, Ratu Skuasy S. Sivasangari Bawa Pulang USD133 Ribu Kini Ranking Ke-5 Dunia! Juara Grasshopper Cup 2026, Ratu Skuasy S. Sivasangari Bawa Pulang USD133 Ribu Kini Ranking Ke-5 Dunia!

Pemain skuasy kelahiran Kedah ini menumpaskan Watanabe 3-2 meskipun dia ketinggalan di set kedua dan ketiga. Namun di set keempat dan kelima sekaligus dinobatkan Juara Grasshopper Cup 2026.  

Ia sekaligus melayakkan S. Sivasangari melonjak ke ranking kelima dunia yang merupakan kedudukan tertinggi dalam kerjayanya.

Ratu skuasy ini juga melakar pencapaian peribadi menjadi pemain Asia pertama dalam tempoh lapan setengah tahun untuk menembusi kelompok lima terbaik dunia.  

Ads

Juara Grasshopper Cup 2026, Ratu Skuasy S. Sivasangari Bawa Pulang USD133 Ribu Kini Ranking Ke-5 Dunia! Juara Grasshopper Cup 2026, Ratu Skuasy S. Sivasangari Bawa Pulang USD133 Ribu Kini Ranking Ke-5 Dunia!

Juara Grasshopper Cup 2026, Ratu Skuasy S. Sivasangari Bawa Pulang USD133 Ribu Kini Ranking Ke-5 Dunia!

Kejohanan ini menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak USD 133,000 bagi kategori lelaki dan wanita atau bersamaan lebih RM525,000!  

Ini merupakan kejuaraan keduanya selepas turut menjadi juara Australian Open 2026 Champion pada Mac lepas.  

Ads

Kejayaan S. Sivasangari

Juara Grasshopper Cup 2026, Ratu Skuasy S. Sivasangari Bawa Pulang USD133 Ribu Kini Ranking Ke-5 Dunia! Juara Grasshopper Cup 2026, Ratu Skuasy S. Sivasangari Bawa Pulang USD133 Ribu Kini Ranking Ke-5 Dunia!

Juara Grasshopper Cup 2026, Ratu Skuasy S. Sivasangari Bawa Pulang USD133 Ribu Kini Ranking Ke-5 Dunia! Juara Grasshopper Cup 2026, Ratu Skuasy S. Sivasangari Bawa Pulang USD133 Ribu Kini Ranking Ke-5 Dunia!

Personaliti aktif ini menyambut ulang tahun kelahiran ke-27 pada 24 Januari lalu. Namanya menjadi bualan peminat sukan skuasy selepas dia merangkul gelaran juara London Squash Classic pada April 2024. 

Ads

Sejak itu, Sivasangari Subramaniam disebut-sebut sebagai pengganti Datuk Nicol Ann David. Mengimbas kembali insiden hitam yang pernah dilalui, Sivasangari bukan hanya perlu menerima hakikat terlepas beraksi di Sukan Komanwel Birmingham 2022 kerana nahas jalan raya. 

Malah dia terpaksa menanggung kesakitan kerana mengalami keretakan di bahagian muka dan tulang belakang serta menjalani pembedahan. Pun begitu, iltizam dan sikap optimis Sivasangari berjaya membuatkan dirinya segera bangkit dan berjuang.  

Juara Grasshopper Cup 2026, Ratu Skuasy S. Sivasangari Bawa Pulang USD133 Ribu Kini Ranking Ke-5 Dunia! Juara Grasshopper Cup 2026, Ratu Skuasy S. Sivasangari Bawa Pulang USD133 Ribu Kini Ranking Ke-5 Dunia! Juara Grasshopper Cup 2026, Ratu Skuasy S. Sivasangari Bawa Pulang USD133 Ribu Kini Ranking Ke-5 Dunia!

Dia berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 2019 untuk melanjutkan pengajian selepas menerima tajaan biasiswa di Cornell University. Sivasangari merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (dengan Kepujian) Komunikasi Sains pada Mei 2023.

Dia juga mendapatkan bimbingan dan latihan sukan skuasy daripada bekas lagenda skuasy Australia, David Palmer. Malah, menjadi pelajar universiti di Cornell pertama memenangi Individual National Championship dan dianugerah Ivy League Player of the Year. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Idy Chan

Idy Chan Masih Jelita Pada Usia 66 Tahun, Penampilan Terkini ‘Bibi...

Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.