“Terima Kasih Suami…” Ucap Fazura Selepas Menang Anugerah Jenama Selebriti Cemerlang

“Faz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta Fattah Amin dan puteri tersayang kami Fatima kerana sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini”.

Itulah yang dititipkan oleh Fazura sejurus menerima anugerah dan pengiktirafan sebagai Anugerah Selebriti Paling Cemerlang tahunan Malaysia bagi kategori wanita dalam majlis Anugerah Jenama Selebriti Cemerlang Dunia ke-3 baru-baru ini.

Berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya, Fazura menyatakan kesyukurannya dan berterima kasih kepada suaminya, Fattah Amin atas sokongan diberikan sepanjang Fazura berkecimpung dalam bidang keusahawanan ini sejak sedekad lalu.

Untuk rekap, Fazura mula menjejakkan kaki dalam bidang perniagaan dengan melahirkan jenama House of Doll di Bangsar, sebelum namanya ditukar kepada Fazbulous.

Kini bisnes Fazura berkembang pesat menjadi produk gaya hidup dan Muslimah yang hebat. Beliau juga melahirkan Fazbulous, Tudung Fazura, Fazura Skincare dan Fazura Beauty yang boleh didapati melalui stokis-stokis di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, selain secara online.

Fazura menyarung busana dari Mimpi Kita

Fazura juga mengambil kesempatan mendedikasi anugerah yang dimilikinya buat teamnya yang sudah lama di sisi sepanjang naik turun perniagaannya.

“Terima kasih juga kepada Team FAZURA yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam semangat kekeluargaan untuk memajukan perniagaan #MilikSemua. Tidak lupa juga kepada pengurus Faz, Iman Tang. I love you all,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Fazura juga tidak melupakan kelab peminat serta penyokong-penyokongnya yang menjadi tulang belakang kejayaannya dari bergelar selebriti dan kini usahawan berjaya.

“Tidak lupa kepada semua rakan-rakan dan para penyokong Faz serta peminat setia produk FAZURA. Faz sangat hargai sokongan dan doa darlings semua. Sekali lagi, terima kasih semua dan terus doakan kejayaan kita bersama.. mudah mudahan.. Amin,” luahnya.

 

IKLAN
Share