Gaya Hidup

Teringin Ke Luar Negara Macam Schawal? Ini Senarai Tarikh Yang Sesuai Untuk Anda Bercuti Panjang

Wah! Bila tengok foto-foto percutian Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari yang kini di Amsterdam, timbul pula rasa teringin nak bawa pasangan ke sana.

Tapi apakan daya, bukan duit tak ada tapi masa tak pernah mengizinkan! Buat anda yang mempunyai cuti terhad, ambil inisiatif untuk bercuti panjang berdasarkan cadangan senarai ini. Kalau pandai atur kerja, dapat cuti panjang sampai 10 hari tau!

Menyedari kelebihan menempah awal seperti penjimatan tiket penerbangan dan hotel penginapan, kini masanya untuk anda mula membuat rancangan percutian untuk tahun 2018.

Selain itu, penting untuk tahu tarikh cuti umum khasnya musim-musim perayaan. Untuk kaki travel,

semestinya tarikh-tarikh cuti umum dan cuti panjang inilah yang akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk melancong keliling dunia.

Nona tertarik berkongsi info daripada Projek Travel ini tentang tarikh cuti panjang untuk tahun 2018. Semoga dapat membantu anda merancang percutian bermakna sehebat pasangan romantis Schawal!

SENARAI CUTI 2018

Tip: Mohon cuti pada tarikh yang berwarna biru

JANUARI 2018

1 Januari 2018 (Isnin)
Cuti Tahun Baru
Cadangan bercuti: 30 Disember 2017 – 1 Januari 2018
Tempoh bercuti: 3 hari

31 Januari 2018 (Rabu)
Cuti Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor
Cadangan bercuti: 31 Januari 2018 – 4 Februari 2018
Tempoh bercuti: 5 hari

FEBRUARI 2018

1 Februari 2018 (Khamis)
Hari Wilayah
Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
Cadangan bercuti: 31 Januari 2018 – 4 Februari 2018
Tempoh bercuti: 5 hari

16 Februari 2018 (Jumaat)


Tahun Baru Cina
Cadangan bercuti: 16-18 Februari 2018
Tempoh bercuti: 3 hari

MEI 2018

1 Mei 2018 (Selasa)
Hari Pekerja
Cadangan bercuti: 28 April 2018 – 1 Mei 2018
Tempoh bercuti: 4 hari

29 Mei 2018 (Selasa)
Hari Wesak
Cadangan bercuti: 26-29 Mei 2018
Tempoh bercuti: 4 hari

JUN 2018

15 Jun 2018 (Jumaat)
Hari Raya Puasa
Cadangan bercuti: 15-17 Jun 2018
Tempoh bercuti: 3 hari

OGOS 2018

22 Ogos 2018 (Rabu)
Hari Raya Haji
Cadangan bercuti: 22-26 Ogos 2018
Tempoh bercuti: 5 hari

31 Ogos 2018 (Jumaat)
Hari Kebangsaan
Cadangan bercuti: 31 Ogos 2018 – 2 September 2018
Tempoh bercuti: 3 hari

SEPTEMBER 2018

11 September 2018 (Selasa)
Awal Muharram
Cadangan bercuti: 8-11 September 2018
Tempoh bercuti: 4 hari

16 September 2018 (Ahad)
17 September 2018 (Isnin)
Hari Malaysia
Cadangan bercuti: 15-17 September 2018
Tempoh bercuti: 3 hari

NOVEMBER 2018

6 November 2018 (Selasa)
Deepavali
Cadangan bercuti: 3-6 November 2018
Tempoh bercuti: 4 hari

20 November 2018 (Selasa)
Maulidur Rasul
Cadangan bercuti: 17-20 November 2018
Tempoh bercuti: 4 hari

DISEMBER 2018

25 Disember 2018 (Selasa)
Krismas
Cadangan bercuti: 22-25 Disember 2018
Tempoh bercuti: 4 hari

Seronokkan dapat cuti panjang macam ni? Kalau anda betul-betul ikut jadual cuti seperti yang dicadangkan, anda hanya perlu guna 10 hari cuti untuk menikmati cuti panjang bagi tahun 2018. Norzalina Mohd Alias

Sumber: Projek Travel & Awal Ashaari

IKLAN
Share