Uncategorized

Terkejutnya Tengok Koleksi Raya MYDIN, Sikit Punya Cantik Persis Dari Runway!

Menyambut musim perayaan ini seumpama tidak lengkap tanpa membeli baju raya baru. Suasana ceria lebih terasa bila ahli keluarga berkumpul dengan gaya sopan dan kemelayuan.

Tapi sebagai isteri dan ibu, cabaran kita tentulah untuk membeli koleksi raya tercantik tanpa membocorkan poket suami. Maklumlah banyak lagi keperluan raya lain yang perlu dibeli, tambah-tambah waktu ekonomi mahal ni.

Kalau ada yang murah, kenapa nak beli yang mahal? Kenapa bayar lebih, belilah di MYDIN.

Yang penting kualiti terjamin dan penampilan di pagi raya mencuri tumpuan mata. MYDIN melengkapkan raya pada tahun ini dengan koleksi baju raya yang penuh gaya bergaya.

Himpunan koleksi lebaran dari MYDIN tahun ini menjanjikan kelainan dengan kualiti fabrik yang lebih selesa ketika menyambut Syawal yang bakal menjelang. Cantik-cantik persis rekaan designer terkenal!

Tampil manis berbaju kurung dengan perincian renda yang kemas. Rona maroon pula menambah ceria di pagi raya.

Nampak manis saat kunjung-mengunjung tatkala menggayakan baju kurung moden bermotifkan flora. Hadir dengan fabrik yang lembut menyuntik elemen selesa kala menyambut Syawal nanti.

Kegirangan Syawal tahun ini bakal mencipta memori terindah. Motif bunga 3D yang berserakan di baju mencipta gaya elegan.

Kegirangan berganda saat berkunjung ke rumah rakan taulan kala menggayakan baju kurung moden daripada fabrik lace yang ditaburi jemeki indah.

Manis berbaju kebaya dengan sulaman rona emas di hujung baju juga hujung lengan. Walaupun tanpa sebarang aksesori penampilan sudah cukup elegan.

Gaya mewah jelas terpancar dalam persalinan mini kurung rona merah darah ini. Tampil trendy bersama sulaman rona kontras di bahagian baju. Siapa yang tidak tertawan melihat gadis manis begini?

Suntikan rona lembut begitu sinomin dengan aura feminin. Ilham mini kurung yang ringkas merupakan padanan sempurna menyambut Aidilfitri nanti.

Moden dan trendy saat menggayakan potongan kurung moden yang digarap indah bersama fabrik lace

rona hitam dan merah ini. Rekaan indah pada fabriknya mengembalikan nostalgia klasik.

Tampil manis dan menyerlah ketika menyarung baju kurung moden dengan potongan minimalis. Dipadankan dengan kain rona senada menceriakan pertemuan di pagi raya.


Hadir memukau dengan baju kurung sulam bermotifkan flora rona pastel dan skirt potongan A-line.

Himpunan menawan pada harga berpatutan, patutlah saiz cepat habis! Kalau sudah berkenan, ayuh cuci mata dan pilih baju raya kesukaan anda dengan melayari www.mydin.com.my

IKLAN
Share