Terpegun Tengok Cincin Rama-Rama Berlian 3.5 Carat, Rupanya Yang Tercantik & Termahal Di Malaysia!

Sepagi di butik De Beers Jewellers KLCC, penulis terpegun melihat himpunan perhiasan berlian ikonik yang baru diterbangkan khas dari London. Tersusun indah kilauan rantai, subang dan cincin berlian, bersilau mata… semuanya yang tercantik idaman kalbu!

Antara yang baru tiba di Malaysia adalah koleksi Nature by De Beers. Mempertaruhkan rekaan rama-rama, Nona berpeluang mencuba cincin koktel Butterfly

yang berharga RM208,800. Macam harga rumah, begitulah ibaratnya perasaan penulis saat menyarung cincin berlian seberat 3.50 carat ini.

Turut diperbuat daripada emas putih 18k, cincin ikonik ini hadir dalam pilihan ‘rough cut diamonds’ berwarna merah jambu, ungu dan jingga. Ada juga pilihan berlian sepenuhnya, dengan harga RM168,800. Lumayan!

Nak tengok rupa cincin ni bila dipakai? Jom tengok video ni…

 

Selain koleksi Butterfly, satu lagi yang terkini dari London adalah koleksi baharu The Talisman.

Sebenarnya koleksi pertama pernah dilancarkan pada tahun 2005, dengan menampilkan perhiasan kemas bertatahkan berlian mentah yang belum di-polish sempurna.

Sehebat namanya, The Talisman adalah simbol kuasa dan karakter pemakai yang cukup personal. Ia didatangkan dalam set anting-anting moden berbentuk teardrop dan cincin koktel.

De Beers juga membawa set Lea yang berinspirasikan keindahan bintang-bintang kejora di angkasa. Menurut kisah dongeng, berlian adalah serpihan butir bintang sebenar, yang jatuh ke bumi dan mendarat di atas bahu Puteri Lea. Dari sinilah nama koleksi ini diambil.

Sememangnya semua koleksi De Beers mempunyai makna dan kecantikan tersendiri. Maklumlah, bukankah wanita dan berlian sukar dipisahkan?

KOLEKSI BUTTERFLY

 

 

KOLEKSI THE TALISMAN

 

 

KOLEKSI LEA

IKLAN
Share