Sepagi di butik De Beers Jewellers KLCC, penulis terpegun melihat himpunan perhiasan berlian ikonik yang baru diterbangkan khas dari London. Tersusun indah kilauan rantai, subang dan cincin berlian, bersilau mata… semuanya yang tercantik idaman kalbu!
Antara yang baru tiba di Malaysia adalah koleksi Nature by De Beers. Mempertaruhkan rekaan rama-rama, Nona berpeluang mencuba cincin koktel Butterfly yang berharga RM208,800. Macam harga rumah, begitulah ibaratnya perasaan penulis saat menyarung cincin berlian seberat 3.50 carat ini.
IKLAN
Turut diperbuat daripada emas putih 18k, cincin ikonik ini hadir dalam pilihan ‘rough cut diamonds’ berwarna merah jambu, ungu dan jingga. Ada juga pilihan berlian sepenuhnya, dengan harga RM168,800. Lumayan!
Nak tengok rupa cincin ni bila dipakai? Jom tengok video ni…
Selain koleksi Butterfly, satu lagi yang terkini dari London adalah koleksi baharu The Talisman. Sebenarnya koleksi pertama pernah dilancarkan pada tahun 2005, dengan menampilkan perhiasan kemas bertatahkan berlian mentah yang belum di-polish sempurna.
Sehebat namanya, The Talisman adalah simbol kuasa dan karakter pemakai yang cukup personal. Ia didatangkan dalam set anting-anting moden berbentuk teardrop dan cincin koktel.
De Beers juga membawa set Lea yang berinspirasikan keindahan bintang-bintang kejora di angkasa. Menurut kisah dongeng, berlian adalah serpihan butir bintang sebenar, yang jatuh ke bumi dan mendarat di atas bahu Puteri Lea. Dari sinilah nama koleksi ini diambil.
Sememangnya semua koleksi De Beers mempunyai makna dan kecantikan tersendiri. Maklumlah, bukankah wanita dan berlian sukar dipisahkan?
Musim silih berganti, Pengarah Kreatif, Walter Chiapponi terus memberi ‘suntikan’ yang tidak terjangka dalam Tod’s lifstyesyle. Kali ini koleksi Pre-Spring 22 merupakan satu intrepretasi terhadap pola dasar bagi pakaian sukan dalam tampilan glamor dan klasik. Sentuhan handmade meningkatkan imaginasi, kebebasan, kehidupan serta menyerlahkan ciri-ciri eccentric exotism era 70an.
Eccentricity as a synonym of vital momentum.
Seluar pendek Bermuda serta seluar berpoket 5 atau parka dihasilkan daripada teknik moire. Manakala trench berfabrik tebal pula dilengkapi dengan sculptural back flap. Seni jahitan berbeza diterapkan pada coat dan skirt kulit berkilat rona merah. Weaves carpets dipadankan pada ponchos dan fringed tunics. ‘Ts and lions’ menjadi elemen tersendiri bagi jenama ikonografi ini.
Elemen safari seperti ribbed pullovers dan fields jacket menyerlahkan lagi ciri-ciri excotisim. Hasil tangan (handmade) turut memberikan ciri-ciri unik pada aksesorinya seperti sandal dan shoppers dalam crocheted raffia, beg T Timeless dengan pembalut di bahagian shoulder strap serta beg Tod’s Oboe dalam kanvas jacquard.
Jahitan yang terbesar dipaparkan pada maxi bag. Huruf ‘T’ merupakan ciri-ciri khas yang tersendiri pada cloges and loafers. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan perincian rantai Kate bersama conical kitten heels. Comelnya! Ianya turut dilengkapi pada sandal kulit dan kanvas yang menutupi bahagian buku lali sehingga menyerlahkan bentuk kaki sang pemakai.
Boleh didapati bermula November 2021 di butik-butik Tod’s seluruh negara dan juga Tods.com
Usia bukanlah penghalang untuk seseorang tampil bergaya. Ini kerana golongan berusia pun boleh kelihatan lebih muda dengan gaya suai padan.
Seperti pasangan berusia 80-an dari Taiwan, Wan-Ji Chang dan Sho-Er Hsu yang merupakan pengusaha kedai dobi yang telah beroperasi selama lebih 70 tahun.
Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoungKredit Foto: Instagram @wantshowasyoung
Ia bermula apabila cucu mereka, Reef Chang telah memujuk datuk dan neneknya itu untuk bergambar bersama sambil menggayakan mereka.
Apa yang menariknya, pakaian yang digayakan itu sebenarnya bukan milik mereka tetapi milik pelanggan dobi yang tidak pernah mengambilnya semula.
Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung
Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung
Jom kita lihat gaya pasangan berjiwa muda ini.
Layering Sweater
Mereka menjumpai sehelai baju sejuk berwarna coklat yang tidak diambil sejak 20 tahun lalu dan kemudian disuai padankan dengan pakaian mereka sendiri.
Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung
Hasilnya, gaya padanan warna hitam dan putih tercipta.
Gaya Retro
Tema warna putih dan biru digayakan oleh Sho-Er dan Wanji.
Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung
Wanji menyarungkan blazer biru laut manakala Sho-Er menggayakan gaya retro dalam satu rona.
Street Style
Mereka turut mencuba gaya jalanan. Wanji memilih jaket yang tidak diambil oleh pelanggan dalam tempoh 5-10 tahun lalu. Dia memadankannya dengan kemeja-t putih dan seluar pendek denim.
Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung
Sho-Er pula memakai t-shirt bersaiz besar yang tidak diambil dalam tempoh 3-5 tahun dan digabungkan dengan pakaiannya sendiri.
Gaya Rock ‘n Roll
Sho-Er menggandingkan baju putih bersaiz besar dengan skirt midi kuning air. Tali pinggang, kasut sukan dan cermin mata hitam menjadi pelengkap gayanya.
Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung
Wanji pula memadankan baju hitam (yang disinsing di bahagian lengannya) dengan seluar baggy. Gaya dilengkapkan dengan kasut sukan.
Berikut beberapa lagi koleksi gambar pasangan sweet dan romantik ini.
Vokal milik wanita berusia 29 tahun ini terutama membawa nada tinggi sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Aina Abdul baharu sahaja membawa pulang trofi vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-36.
Penyanyi lagu Sepi dan Sumpah ini sememangnya mencipta fenomena. Aina Abdul sentiasa mengundang perhatian peminat hiburan tanah air apabila sering tampil berani menggayakan fesyen unik dalam setiap acara hiburan yang disertainya.
Foto: Instagram @ainaabdul
Fesyen dan gaya tersendiri yang ditonjolkan oleh wanita yang mempunyai nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani ini sentiasa menjadi buah mulut. Namun, penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan pelakon ini seperti biasa tetap kelihatan yakin dengan penampilannya dan menyanyi penuh bertenaga.
Jom kita tengok nama pereka fesyen yang pernah bekerjasama dengan Aina Abdul bagi merealisasikan fesyen dalam penyampaian lagunya. Menariknya! Aina Abdul kerap mengetengahkan pereka fesyen tempatan bagi menyampaikan mesej melalui setiap lagunya.
4 TIP Kekal relevan sepanjang masa dalam berfesyen;
1. BIJAK MEMILIH FABRIK
Usah menjadikan stail atau rupa sebuah busana sebagai satu faktor utama memilih busana tersebut. Pilihan fabrik yang tepat dan sesuai dengan bentuk tubuh adalah perkara yang wajib diketahui. Pemilihan fabrik yang salah akan menjadikan tubuh kelihatan pelik dan janggal. Untuk tampak lebih baik, pilihlah busana dari fabrik cotton, wool gabardine, woolmicrofiber blends, wool crepe atau silk dan cotton blends.
2. ALL ABOUT PROPORTION
Busana mungkin kelihatan muat dan terletak pada badan tetapi mainan proportion adalah tip fesyen yang wajib diketahui! Rule yang perlu dipatuhi: Sebagai contoh, jika anda memakai kardigan labuh, sebaiknya top anda di dalamnya haruslah lebih pendek. Jika memakai jaket jenis cropped, sebaiknya labuhkan sedikit top anda.
3. PILIH CORAK YANG GELAP
Pakaian yang mempunyai motif semestinya seronok untuk digayakan namun, pilihan stail dan corak yang salah hanya akan menyerabutkan keseluruhan penampilan. Sebaiknya, pilih pakaian yang memiliki latar belakang yang gelap atau corak yang bertona. Ini membolehkan mereka yang memiliki bentuk tubuh petite atau plus size tetap boleh menggayakan busana bercorak.
4. SUAI PADAN
Tidak salah jika ingin suai padan pakaian tetapi, biarlah hasilnya sedap mata memandang. Usah memakai skirt bersama legging, turtle neck dengan seluar pendek atau apa sahaja yang menampakkan anda mangsa fesyen. Sebelum menyuai padan sesuatu pakaian, sebaiknya lihat dahulu kesesuaiannya dari segi potongan, warna dan majlis yang ingin anda hadiri.