Terpikat Raut Wajah Cantik & Kulit Mulus Jue Aziz, Usia Perkahwinan Cecah Setahun Jelitawan Ini Kian Bahagia!

Tak dinafikan sejak Jue Aziz menceburi industri seni, penampilan dan raut wajah cantiknya sentiasa menjadi perhatian peminat. Mula mencipta nama selepas menyertai program realiti Malaysia’s Most Beautiful sekitar tahun 2007, Jue masih bertapak kukuh dalam industri sebagai model dan pelakon.

Ternyata, pemilik nama Zuliana Abdul Aziz ini memiliki aura dan pesona tersendiri. Apatah lagi, selebriti ini dikenali ramai kerana keperibadiannya yang manja dan lembut. Jue Aziz genap berusia 42 tahun pada 18 Februari lalu.

Artikel https://www.nona.my/jue-aziz-terserlah-cantik-sejak-berhijab-wajah-jelitanya-usia-40-tahun-raih-perhatian/

Jue Aziz Bahagia

Menerusi perkongsian di media sosial, figura ini masih bergiat aktif dalam dunia lakonan. Dalam masa sama turut mengusahakan perniagaan sendiri. Sebelum ini Jue pernah berniaga produk sambal dan kini mempunyai rangkaian produk kecantikan iaitu JuezGlow.

Antara telemovie yang dibintangi Jue Aziz tahun ini ialah Dosa Terlindung yang dijayakan bersama pelakon lelaki berbakat besar, Zamarul Hisham.

Tanggal 18 Ogos lalu jelitawan ini menyambut ulang tahun perkahwinan pertama dengan suami tercinta, Ridwan Hussien.

Mengimbas kembali momen bergelar isteri, khabar yang dikongsikan Jue dan pasangan dengan memuat naik video di media sosial miliknya nyata mengejutkan ramai pihak.

Namun rata-rata mereka gembira dan mendoakan agar perkahwinan Jue dan Ridwan berkekalan hingga ke syurga.

Rumah Tangga Jue Aziz

Personaliti ini mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas lima tahun hidup solo pada 18 Ogos 2024. Dia menerima mas kahwin RM222 serta seutas gelang dan sebentuk cincin.

Pun begitu, Jue Aziz enggan mendedahkan sejak bila dia mengenali suami tercinta dan merahsiakan usia sebenar Ridwan. Sebaliknya hanya menyatakan lelaki berkenaan lebih muda berbanding dirinya.

Terdahulu, pelakon cantik ini pernah berkahwin dengan pemuzik Indonesia iaitu Bayu Pramana Putra Achmad Daniel pada 9 Mac 2014 namun dilapor bercerai secara baik pada tahun 2019. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Tetapi Jue mempunyai seorang anak angkat lelaki iaitu Darwish Naufal yang dijaganya sebelum berkahwin.

 

Share
Published by
Suzi