Tetap Anggun Di Usia 46, Gaya Work From Home Victoria Beckham Curi Tumpuan

Melihat pesona yang dimiliki oleh wanita ini sudah cukup membuat wanita lain cemburu. Digambarkan mempunyai kehidupan yang lengkap, dengan memiliki rupa paras menawan, bertubuh langsing walau sudah ada empat orang anak serta berkahwin dengan antara lelaki terkacak di dunia. Malah bakal menerima menantu apabila anak sulungnya akan berkahwin tak lama lagi.

Foto: Instagram @victoriabeckham

Sebagai selebriti yang mempunyai cita rasa tinggi dalam fesyen, apa sahaja yang tersarung di tubuh wanita ini akan mencuri tumpuan dunia. Lihat sahaja gaya yang ditampilkan oleh Victoria Beckham ketika bekerja dari rumah atau work from home

di kala musim pandemik ini.
Foto: Instagram @victoriabeckham
Foto: Instagram @victoriabeckham
Foto: Instagram @victoriabeckham

Biarpun sibuk menyeimbangkan kehidupannya sebagai selebriti, pereka fesyen, ahli perniagaan, isteri dan juga ibu namun Victoria begitu positif melayari kehidupannya. Apa yang menarik untuk dikongsi apabila wanita yang berusia 46 tahun ini langsung tidak takut dengan kedut ataupun garis halus di wajahnya.

Foto: Instagram @victoriabeckham

Malah isteri kepada pemain bola sepak ini begitu bangga dengan setiap anugerah miliknya serta mahu menyebarkan kesedaran setiap wanita perlu berbangga dengan tubuh sendiri dan menghargai apa yang mereka miliki. Lantas menyeru agar setiap wanita pelihara kecantikan diri dan jangan takut dengan kedutan di wajah.

Foto: Instagram @victoriabeckham

Victoria juga telah melancarkan rangkaian kosmetiknya sendiri. Dikatakan produk kosmetik milik wanita yang jarang tersenyum ini menggunakan bahan-bahan semula jadi dan sesuai dengan semua jenis kulit tanpa mengira usia.

Foto: Instagram @victoriabeckham

Victoria juga telah menunjukkan contoh yang baik dalam mendidik anak-anak. Wanita sangat menyayangi anak-anaknya dan seboleh mungkin memberi contoh terbaik buat anak-anaknya. Sebagai contoh Victoria yang sangat menjaga pemakanan telah menunjukkan contoh cara pemakanan sihat di depan anak-anaknya.

Foto: Instagram @victoriabeckham

*Kulit lembap dikatakan boleh memperlambatkan kedutan, jadi wanita kena rajin pakai krim pelembap kulit.

IKLAN
Share